Informasi

Format Kertas Geografi SPM Terkini 2021 (2280)

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Makluman kepada calon-calon yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Adakah anda tahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan format peperiksaan SPM yang baharu bagi semua mata pelajaran? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan Format Kertas Geografi SPM Terkini Kertas 1 dan 2 (Kod 2280/1 dan 2280/2) sebagai panduan buat pelajar dan guru-guru.

Mata pelajaran Geografi berobjektif untuk membolehkan pelajar memahami fenomena geografi yang berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain. Selain itu, mata pelajaran yang bukan teras ini diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Seperti sebelum ini, terdapat dua kertas yang akan diambil oleh calon bagi peperiksaan SPM tetapi kandungan format adalah berbeza.

Format Kertas Geografi SPM Mulai Tahun 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2021 dan guru-guru yang ingin membuat persiapan, dibawah dikongsikan maklumat berkaitan format kertas Sejarah SPM Terkini bagi Kertas 1 dan Kertas 2 berdasarkan kepada KSSM (Kurikulm Standard Sekolah Menengah).

Baca juga: Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Format Kertas 1 Geografi SPM

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, kaedah penskoran dan alat tambahan bagi Kertas 1 Geografi SPM.

Kertas 1 (2280/1)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis ItemObjektif aneka pilihan
3. Bilangan Soalan40 Soalan
(Jawab semua soalan)
4. Jumlah Markah40 Markah
5. Konstruk
  • mengingat
  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
6. Tempoh Ujian1 Jam 45 Minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran

Dikotumos

10. Alat tambahan

Kalkulator dan alat geometri

Format Kertas 2 Geografi SPM

Jadual dibawah merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, kaedah penskoran dan alat tambahan bagi Kertas 2 Geografi SPM.

Kertas 2 (2280/2)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis Item
  • Subjektif Respons Terhad
  • Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan Soalan
  • Bahagian A (30 markah)
    • 2 Soalan (Jawab semua soalan)
  • Bahagian B (30 markah)
    • 3 SoalanĀ  (Jawab semua soalan)
  • Bahagian C (40 markah)
    • 4 SoalanĀ  (Jawab dua (2) soalan)
4. Jumlah Markah100 Markah
5. Konstruk
  • mengingat
  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
  • menilai
  • mencipta
6. Tempoh Ujian2 Jam 30 Minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran
  • Analitik
  • Holistik
10. Alat tambahan

Kalkulator dan alat geometri

Berikut adalah jadual lengkap format baharu peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Geografi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk rujukan semua:

 

format baru spm geografi

Maklumat Lanjut

Format lengkap bagi setiap subjek/ mata pelajaran SPM telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, anda boleh memuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sila klik pautan berikut untuk memuat turun format baharu SPM 2021 bagi setiap subjek:

Semoga perkongsian berkaitan Format Kertas Geografi SPM Terkini Kertas 1 dan 2 dapat membantu pelajar dan guru secara langsung dan tidak langsung. Selamat maju jaya diucapkan kepada anda yang bakal menduduki peperiksaan SPM.