UPU

Permohonan Diploma Pengurusan Maritim RETI 2020 Online

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan yang setaraf denganya. Adakah anda berminat untuk menceburi bidang maritim? Sekiranya ya, Ranaco Education & Training Institute (RETI) ada menawarkan program diploma yang memberikan pengkhususan kepada bidang maritim. Berikut akan dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Diploma Pengurusan Maritim 2020 Online untuk panduan semua.

Untuk makluman, program ini mendedahkan pelajar kepada prosedur pengurusan sebenar dalam sektor maritim sebagai pengurusan pelabuhan, perkapalan, pengendalian kargo serta perdagangan antarabangsa. Selain itu, Diploma Pengurusan Maritim akan membuka peluang kerjaya pelajar sebagai pegawai pengurusan pelabuhan, perkapalan, logistik, pengangkutan, ejen perkapalan, pergudangan dan perdagangan antarabangsa.

Permohonan Diploma In Maritime Management 2020 Online

Berikut dikongsikan info-info berkenaan cara membuat permohonan, syarat-syarat kelayakan dan semakan keputusan permohonan Diploma Pengurusan Maritim (RETI) 2020.

Cara Permohonan Diploma Pengurusan Maritim

Permohonan dibuka bagi kemasukan sesi Februari 2020. Di bawah dikongsikan pautan kepada sistem pendaftaran permohonan Diploma Pengurusan Maritim:

APLIKASI PENDAFTARAN PERMOHONAN ONLINE

Sistem Pendaftaran RETI

Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh menghadirkan diri ke RETI yang terletak di Kemaman, Terengganu atau menghantar salinan keputusan SPM melalui faks atau pos di alamat:

  • Bahagian Kemasukan Pelajar,
    Ranaco Education & Training Institute
    No PO. Box 63, Bandar Baru Kijal,
    24100 Kemaman,
    Terengganu Darul Iman,
    Malaysia.
    Tel. +609-859 3800
    Faks. +609-859 3805

Panduan Permohonan Diploma Pengurusan Maritim (RETI) 2020 Online

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan secara online, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Panduan Permohonan

1. Sila pastikan anda mempunyai keputusan SPM dan nombor telefon yang boleh dihubungi sebelum mengisi borang permohonan secara Online.
2. Masukkan pilihan program yang dikehendaki pada borang permohonan online. Pemohon dibenarkan memilih sehingga 2 pilihan kursus program.
3. Masukkan Maklumat Peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Alamat terkini untuk proses penghantaran surat tawaran.
4. Masukkan Maklumat Peperiksaan SPM mengikut format yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan
5. Periksa dan pastikan sebarang maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar. Tawaran kursus secara bersyarat adalah bergantung kepada maklumat yang telah pemohon masukkan. Sekiranya pemohon telah pasti dengan maklumat yang telah ditetapkan, sila tekan butang “SUBMIT”.
6. Segala maklumat yang dimasukkan adalah sulit dan rahsia.

Semakan Keputusan Permohonan Diploma Pengurusan Maritim

Makluman kepada pemohon, keputusan permohonan anda akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan cara membuat semakan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Untuk melakukan semakan, sila buka pautan seperti berikut:

APLIKASI SEMAKAN PERMOHONAN ONLINE

Sistem Semakan RETI

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Anda diingatkan untuk mencetak terus Surat Tawaran Bersyarat yang dipaparkan untuk rujukan semasa pendaftaran nanti.

Maklumat Lanjut

Jika pemohon mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan permohonan Diploma Pengurusan Maritim (RETI) bagi ambilan Februari 2020, anda boleh layari atau hubungi:

iklan diploma pengurusan maritim reti 2020

Semoga perkongsian mengenai permohonan Diploma Pengurusan Maritim (RETI) memberikan manfaat kepada semua khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat. Selamat maju jaya diucapkan dalam melakukan permohonan dan semoga berjaya.