Sekolah

Permohonan Rayuan Kemasukan KV Dan SMT 2020 Online

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Perhatian kepada pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2020, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT yang diminati.  Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemohon yang tidak berjaya dalam ambilan pertama dan pelajar tingkatan 3 yang yang terlepas tarikh permohonan boleh membuat permohonan rayuan secara walk-in atau hadirkan diri ke mana-mana institusi yang dipohon berdasarkan aliran.

Permohonan rayuan ini adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah sesi pendaftaran pelajar yang menerima tawaran kemasukan KV dan SMT selesai. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid untuk berjaya dalam permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT ini. Pemohon juga perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk dibawa ketika sesi rayuan ini.

permohonan rayuan kv dan smt

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Berikut dikongsikan maklumat penting rayuan KV dan SMT 2020 merangkumi tarikh buka dan tutup serta cara melakukan permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT:

Tarikh Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2020

Berikut merupakan tempoh rayuan yang diberikan kepada pemohon yang gagal dalam permohonan ambilan pertama dan pelajar yang tidak membuat permohonan sebelum tarik tutup. Tarikh permohonan rayuan ini adalah berbeza mengikut aliran iaitu Aliran Perdana dan Aliran PAV kerana perbezaan tarikh pendaftaran pelajar ambilan pertama mengikut aliran.

Tarikh Rayuan  (Walk In)
Aliran Perdana
Tarikh buka  29 Januari 2020
Tarikh tutup  28 Februari 2020
Aliran PAV
Tarikh buka 12 Februari 2020
Tarikh tutup  28 Februari 2020

Cara Melakukan Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2020

Pemohon perlu hadir ke institusi yang ingin dipohon dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan membawa dokumen penting seperti berikut:

  1. Borang rayuan (walk-in)
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  4. Surat rayuan kemasukan KV/SMT

Pemohon juga digalakkan untuk membawa salinan keputusan dan sijil-sijil berkaitan bagi memudahkan proses rayuan.

Maklumat Lanjut Rayuan KV Dan SMT

Permohonan yang berjaya oleh pemohon dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi pengajian yang berkenaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) di :

  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 6, Blok E14, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
  • Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Semoga perkongsian ini memudahkan proses permohonan rayuan pelajar dan juga ibu bapa dalam menempatkan diri atau anak-anak di KV atau SMT. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya.

Close