Bantuan

Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Secara Online

Semakan Status Permohonan/ Pembayaran Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 2019. Bagaimana cara semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT) 2019 online? Panduan buat pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta. Bantuan sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut yang layak. Setiap orang akan memperoleh RM100 bagi tahun 2019.

Objektif pemberian bantuan BPPT 2019 adalah untuk membantu dalam mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia. Jadi ramai yang bertanya, bilakah tarikh pelajar akan menerima bayaran bantuan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT) 2019?

semakan kads1m Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Secara Online

Cara Semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT) 2019

Berikut dikongsikan maklumat semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT) 2019 buat panduan pelajar. Pada 24 Februari 2019, Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman bahawa BPPT akan diteruskan bagi tahun 2019. Ia melibatkan pemberian bantuan sejumlah RM100 bagi setiap pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di IPT.

Bayaran dijangka akan dilakukan pada hujung bulan Mac dengan cara dikreditkan terus ke akaun Kad Debit Pelajar Bank Rakyat seperti sebelum ini. Kemaskini akan dibuat sebaik sahaja pengumuman rasmi dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Buat makluman semua, bermula dari tahun 2017 BPPT telah menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) . BPPT akan diagihkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat Debit-i. Ia akan memerlukan pelajar untuk membuat permohonan Kad Debit Pelajar di Bank Rakyat.

Semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat 2019 Online (BPPT)

Berdasarkan Garis Panduan Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Tahun 2019, pelajar yang berkelayakan boleh membuat semakan status kelayakan serta mengisi borang permohonan (bagi pelajar baru yang tidak mempunyai kad) mulai 28 Mac 2019 di pautan seperti di bawah:

Nota: Sekiranya pelajar menepati semua kriteria kelayaan penerimaan BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”, sila hubungi dan maklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing bagi mengemaskini data di e-IPTS (IPT swasta) / MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / penyelaras agensi mulai 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

Setelah melakukan permohonan, anda boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di cawangan Bank Rakyat berhampiran setelah semakan status bertukar menjadi “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.

Kriteria Kelayakan BPPT 2019

Berikut dikongsikan kriteria kelayakn BPPT 2019:

  1. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia; dan
  2. Mempunyai status aktif sebagai pelajar sepenuh masa (full-time) atau separuh masa (part-time) pada tarikh 31 Disember 2018 di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia seperti yang berikut:
  • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  • Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang telah berkuatkuasa; atau
  • Memperoleh pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.

Tarikh Penting BPPT 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh penting BPPT 2019:
PerkaraPelajar Sedia Ada (Sudah Mempunyai Kad)Pelajar Baru (Belum Mempunyai Kad) / Akaun Telah Ditutup
Tempoh Semakan Kelayakan28 Mac 2019 – 28 April 201928 Mac 2019 – 28 April 2019
*Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status “TIADA REKOD”28 Mac 2019 – 28 April 201928 Mac 2019 – 28 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK”Tidak perlu memohon / BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada1 April 2019 – 30 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA REKOD”Tidak Berkaitan10 Mei 2019 – 31 Mei 2019
Tempoh Semakan Status PermohonanTidak BerkaitanSemakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
Tempoh Pengambilan KadTidak BerkaitanSelewat-lewatnya pada 31 Julai 2019

Nota Penting

  1. Penuntut yang telah menerima KADS1M pada tahun 2017 adalah tidak perlu untuk membuat permohonan baharu KADS1M kerana bantuan KADS1M akan dikreditkan secara automatik ke akaun sedia ada penuntut.
  2. Bermula tahun 2018, penuntut dibolehkan untuk mengambil Kad Siswa 1Malaysia mereka di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Tidak seperti tahun 2017, dimana penuntut hanya boleh mengambil kad di cawangan Bank Rakyat terpilih sahaja.
  3. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih. Selain itu ianya bantuan boleh di gunakan untuk pembelian perisian komputer dan peralatan pembelajaran

Sebarang pertanyaan berkaitan BPPT yang menggunakan KADS1M Debit, penuntut boleh menghubungi :-

  • Bahagian Kewangan Seksyen Geran dan Badan Berkanun, Kementerian Pendidikan Tinggi

Selamat membuat Semakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT) 2019 online. Semoga Status pembayaran RM100 telah dikreditkan di akaun anda. Gunakan bantuan yang diberikan untuk membantu anda dari segii bantuan pembelajaran sepanjang berada di IPTA atau IPTS.