Informasi

Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan

Berita baik buat pembayar cukai yang ingin menggunakan kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Berikut dikongsikan panduan cara isi borang e-Filing cukai pendapatan LHDN secara online. Pada tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu seorang individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir.

Untuk makluman, e-Filing adalah satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Walaupun tidak wajib (kecuali Borang E), pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya merupakan kemudahan atas talian yang sungguh cepat.

Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan Secara Online

Berikut adalah panduan buat mereka yang tidak pernah (pertama kali) atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filing cukai pendapatan online. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran semasa mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF. Tarikh akhir hantar borang e-Filing cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2023 boleh dirujuk pada maklumat Tarikh Akhir Hantar e-filing 2024.

Cara Isi Borang e-Filing Cukai Pendapatan LHDN Online

Berikut dikongsikan panduan cara langkah-langkah dalam mengisi borang cukai pendapatan secara online melalui portal rasmi MyTax atau sebelum ini dikenali sebagai ezHASiL

Pada tahun 2020, LHDNM telah melancarkan sistem e-Filing baharu iaitu MyTax. Portal ini menyediakan perkhidmatan ezHASiL seperti ByrHASiL, e-Carian, Sisitem e-CP39, e-Daftar, e-Data PCB, e-PCB, e-PC, e-Residence, e-TT, PCB Kalkulator, STAMPS dan TAef. Oleh itu, pembayar cukai dikehendaki untuk mengisi borang e-Filing di pautan berikut : –

A. Log Masuk MyTax

1. Layari Portal Rasmi MyTax
2. Pilih Jenis Pengenalan
3. Pilih Nombor Pengenalan dan masukkan nombor MyKad seterusnya klik Hantar

mytax log masuk 1 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
4. Bagi Pengguna kali pertama, sistem akan memaparkan sekiranya Sijil Digital tidak wujud

mytax log masuk 3 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
5. Terdapat dua kaedah untuk membuat pendaftaran sijil digital iaitu: e-CP55D (permohonan di web), e-KYC (pengecaman identiti wajah di mobile)
6. Klik butang e-CP55D dan pengguna akan dibawa ke halaman Pengesahan Maklumat
7. Klik Ya jika emel berdaftar betul atau klik Tidak jika emel berdaftar salah
8. Sahkan maklumat peribadi seperti no. pengenalan, nama penuh dan emel serta klik Hantar

mytax log masuk 4 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
9. Makluman Pendaftaran Berjaya akan dipapar apabila pengguna berjaya log masuk kali pertama

mytax log masuk 5 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
10. Pautan pengaktifan telah dihantar ke emel berdaftar dengan LHDNM

mytax log masuk 6 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
11. Klik pautan di emel untuk mengaktifkan Sijil Digital dalam tempoh dua (2) hari sahaja bermula tarikh emel diterima
12. Layari semula halaman utama MyTax
13. Masukkan No. Pengenalan dan klik Hantar
14. Nombor PIN dipaparkan dan pilih Jenis Pengenalan seterusnya masukkan No. Pengenalan serta klik Hantar
15. Pastikan paparan Maklumat Asas betul dan cipta kata laluan serta frasa keselamatan.

mytax log masuk 7 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan
16. Klik butang Setuju dan klik Hantar
17. Sistem akan memaparkan makluman Status Berjaya bagi penjanaan sijil digital yang berjaya didaftarkan. Seterusnya klik butang OK

mytax log masuk 2 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan

B. e-Filing MyTax

Untuk mengisi e-Filing, pengguna perlu log masuk ke portal MyTax

1. Klik pada menu perkhidmatan ezHASiL dan pilih e-filing
2. Paparan akan menunjukkan e-Semakan Pengesahan, e-Borang, e-Permohonan Pindaan BE dan e-BE Tahun Taksiran (semasa)
3. Klik e-Borang untuk pilih borang e-Filing dan tahun taksiran yang betul untuk pengguna dan lengkapkan borang tersebut dengan maklumat yang tepat

mytax e filing 1 Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan

Di bawah adalah panduan menggunakan ezHASiL sebagai rujukan.

Langkah 1 (Log Masuk) -ezHASiL

Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah
mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.

  • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
  • Sila masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.

Layari Laman Web ezHasil di pautan berikut :-

ATAU

2. e-Borang

Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.

i. Skrin eBorang

Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah

ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  • a. Maklumat Individu
  • b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  • c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  • d. Rumusan

3. Maklumat Individu

i. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya.

  • a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
  • a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

4. Pendapatan Berkanun (Cara Isi Borang e-Filing Online)

i. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian (gaji) akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.

ii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

5. Rumusan (Cara Isi Borang e-Filing Online)

i. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

6. Akuan

i. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

  • a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk PDF
  • b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
  • c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya

Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.

7. Tandatangan Dan Hantar Borang

i. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.

Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

8. Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan (Cara Isi Borang e-Filing Online)

i. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di bawah akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :-

  • a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang
  • b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
  • c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang

Kategori Pembayar Cukai

Terdapat dua (2) kategori pembayar cukai iaitu seperti berikut :-

i) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital

Mereka yang sudah mendaftar Sijil Digital boleh melayari Laman web ezHASIL untuk mengisi borang cukai di pautan ezHasil. Pembayar cukai boleh mengakses borang cukai dengan memasukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan. Untuk makluman dan bermula dari tarikh 1 Disember 2015, Kata Laluan mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, kombinasi abjad dan nombor seperti berikut :-

  1. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar
  2. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil
  3. TIDAK mengandungi aksara khas atau simbol. (Contoh : pAssword123)
  4. Sekurang-kurangnya satu (1) nombor.

ii) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital

Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.

Permohonan No. PIN Individu boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi pula boleh dibuat melalui saluran berikut:-

  • Cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut :-

  1. Borang CP55B yang lengkap diisi
  2. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
  3. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat : Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat
  4. Salinan kad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat

Maklumat Lanjut

  • Panduan cara mengisi borang efilling boleh dimuat turun atau didownload di ezHasil

Lupa kata laluan

  1. Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan atau
  2. Jika mempunyai no telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS atau
  3. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan

Semoga perkongsian Cara Isi Borang e-Filing iaitu borang Cukai Pendapatan online boleh dijadikan panduan buat pembayar cukai dalam mengisi borang.

Rel : pendapatan tahun, senarai pelepasan cukai, lembaga hasil dalam negeri lhdn, isi e filing cukai, layak dikenakan cukai, bermula 1 mac, pihak lhdn,