Jadual

Tarikh Peperiksaan Awam 2022 UPSR PT3 SPM STAM PAV SPMU

Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2022. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak serta buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan pentaksiran pada tahun 2022, sudah pasti anda ingin mengetahui tarikh-tarikh penting peperiksaan dan pentaksiran tahun 2022. Perkongsian ini akan memaklumkan berkenaan tarikh peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tarikh-tarikh ini telah ditetapkan kepada umum yang merangkumi 13 jenis peperiksaan dan pentaksiran di Malaysia pada tahun 2022 meliputi peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri. Para pelajar serta ibu bapa dan penjaga dinasihatkan meneliti tarikh peperiksaan dan pentaksiran yang bakal diduduki agar tidak terlepas pandang

Baca Juga : Doa Penerang Hati dan Doa Menghadapi Peperiksaan

Takwim Jadual Peperiksaan Dan Pentaksiran Awam Tahun 2022

Lembaga peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan dan pentaksiran pada tahun 2022. Ianya akan dikemaskini sebaik sahaja dikeluarkan. Berikut adalah maklumat bagi tahun 2021 sebagai rujukan. Diingatkan mengenai perkara penting ini kepada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang terlibat dengan merujuk kepada kalendar atau tarikh-tarikh peperiksaan dan pentaksiran yang dikongsikan seperti jadual di bawah.

TERKINI : Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan tarikh SPM 2022:

Pada 19 Disember 2022, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

  • Ujian lisan dan amali sains bermula Februari 2023
  • Peperiksaan bertulis bagi calon SPM 2022 bermula Februari hingga Mac 2023

KEMASKINI:Menteri Pendidikan telah mengumumkan pada 26 April 2021 bahawa :

  • UPSR dimansuhkan bermula tahun 2021 (tiada peperiksaan gantian)
  • PT3 dibatalkan bagi tahun 2021

Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NOTA : Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM.

Peperiksaan UPSR dan PT3 telah dibatalkan. Manakala peperiksaan SPM, STAM, dan SVM telah ditunda ke suku pertama tahun berikutnya pada tarikh yang dikongsikan di jadual di bawah.

Senarai Peperiksaan dan Pentaksiran

Seperti yang tersenarai di dalam jadual tersebut merangkumi peperiksaan kebangsaan dan luar negeri iaitu:

Peperiksaan & Pentaksiran Kebangsaan

Peperiksaan & Pentaksiran Luar Negeri

  • The Associated Board Of The Royal Schools Of Music (ABRSM)
  • The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)
  • University of London (UoL)
  • The Association Of International Accountants (AIA)
  • Diplome d’Etudes En Language Francaise (DELF)
  • International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486

Takwim Peperiksaan Awam 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh peperiksaan awam 2022 beserta kaedah peperiksaan yang dijalankan sebagai rujukan.

Peperiksaan

Kaedah

Tarikh

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Lisan
Bertulis

– (21 hingga 23 September 2021)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)BATAL
i. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 1BATAL
ii. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 1BATAL
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pentaksiran Pendidikan Kesenian PT3BATAL
Lisan

BATAL

Komunikasi

BATAL

BertulisBATAL
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Kerja Kursusakan dikemaskini
Lisanakan dikemaskini
Bertulis16 Januari hingga 2 Februari 2023
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Bertulis

(Akademik)

akan dikemaskini
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)akan dikemaskini
Bertulis20 Februari hingga 15 Mac 2023

SUMBER : LPM, Lembaga Peperiksaan (Kemaskini Disember 2022)

Ibu bapa serta guru-guru boleh menjadi peranan utama untuk membantu serba sedikit terhadap peperiksaan dan pentaksiran yang bakal tiba tersebut. Oleh yang demikian, mereka seharusnya mengingatkan kepada para pelajar berkenaan tarikh-tarikh penting ini. Di samping itu, anda boleh menjadikan tarikh-tarikh ini sebagai waktu penting di dalam kalendar. Tambahan lagi, ianya boleh dijadikan penanda aras masa/waktu supaya anda tidak leka daripada terlepas peluang untuk membuat persediaan awal.

Perlu diingatkan kepada calon-calon untuk peperiksaan penting, anda perlu membuat persiapan awal dan rapi daripada segi fizikal dan mental. Semoga perkongsian takwim peperiksaan dan pentaksiran 2021 ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada anda untuk peperiksaan dan pentaksiran yang bakal tiba.