Biasiswa
Permohonan Biasiswa JPA 2025 (Tawaran Penajaan Lepasan SPM)

Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengannya, pelajar pastinya akan mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, pelajar juga akan mencari biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai organisasi demi meringankan bebanan kewangan. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa JPA 2025 (Tawaran Penajaan Lepasan SPM) untuk panduan semua.
Untuk makluman, Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU). Manakala, Program Dermasiswa B40 adalah program penajaan dalam bentuk dermasiswa yang menyasarkan pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40
Isi Kandungan
Cara Mohon Biasiswa JPA 2025 (Tawaran Penajaan Lepasan SPM)
Di bawah dikongsikan informasi terperinci berkaitan Biasiswa JPA: Permohonan Dan Semakan untuk makluman anda.
Tarikh Permohonan Biasiswa JPA
Berikut adalah tarikh bagi permohonan Biasiswa JPA bagi tahun 2025 untuk rujukan:
28 April 2025 – 11 Mei 2025
- Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
- Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM
- Program Khas JPA- MARA (PKJM)
30 April 2025 – 11 Mei 2025
- Program Penajaan Nasional (PPN)
- Program Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
Perincian Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
Berikut adalah maklumat seperti bidang yang ditawarkan dan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon Program Ijazah Dalam Negara:
Senarai bidang pengajian yang ditawarkan
- Kejuruteraan dan teknikal
- Sains sosial
- Klinikal dan kesihatan
- Sains
- Senibina
- Veterinar
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan)
- Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Calon dan/atau Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan
Syarat Khusus Calon
- Telah memulakan pengajian peringkat ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
- Bidang selain perubatan dan pergigian:
- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00 atau
- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UA/ Politeknik/ IPTS yang disenaraikan
- Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini
- Bidang Perubatan dan Pergigian
- Memperolehi keputusan ‘lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian.
- Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa
Perincian Program Dermasiswa B40
Berikut pula dikongsikan maklumat seperti syarat-syarat dan bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 untuk tahun 2025.
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2024
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
- Ibu/ bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
Bidang pengajian yang tidak ditaja
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
- Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)
Institusi Tajaan Yang Terpilih
- Universisti Awam
- Politeknik
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
- Kolej Komuniti
- Institut Kemahiran MARA/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Cara Mohon Biasiswa JPA
Sekiranya anda berminat dan melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat melalui pautan di bawah:
- Sila layari Laman Rasmi Permohonan Biasiswa JPA
- Pada halaman utama, terdapat bahagian ‘Permohonan Atas Talian’ dan klik pada program yang anda ingin mohon.
- Panduan lengkap permohonan boleh dirujuk melalaui pautan berikut: Panduan Permohonan Biasiswa JPA
Nota: Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
Di bawah adalah infografik, biasiswa-biasiwa lain yang ditawarkan oleh JPA:
Semakan Permohonan Biasiswa JPA
Semakan boleh dibuat melalui Laman Rasmi Permohonan Biasiswa JPA pada halaman utama di ruang ‘Semakan Keputusan’. Sebarang perubahan berkenaan tarikh semakan keputusan akan dimaklumkan di laman sesawang eSILA (esilav2.jpa.gov.my)
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Biasiswa JPA 2025 (Tawaran Penajaan Lepasan SPM) memberikan manfaat kepada anda. Untuk mendapatkan sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya. - No. Telefon: 03-8885 3297/ 3553 / 3387 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4.30 petang) kecuali cuti umum
- Pelajar Tajaan (Dalam Negara), Emel : lspdn@jpa.gov.my / pidn2021@jpa.gov.my
- Facebook Rasmi JPA