BPKP

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Peringatan kepada calon-calon pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Berikut merupakan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 buat rujukan pelajar Tingkatan Lima (5). Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) akan mengeluarkan tarikh peperiksaan untuk peperiksaan bertulis bagi memudahkan persiapan calon-calon melakukan ulang kaji pelajaran.

Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan yang penting buat para pelajar kerana ianya merupakan tiket untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.  Jika ingin menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, terdapat pelbagai program pendidikan yang ditawarkan seperti kemasukan ke IPT (Universiti Awam/ Swasta), Program Matrikulasi , Tingkatan 6 (Enam). Bagi mereka yang ingin terus bekerja, sektor awam menyediakan jawatan yang  bersyaratkan kelayakan SPM.

BACA JUGA :

Jadual Rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025

NOTA : Untuk makluman, jadual RASMI peperiksaan SPM untuk tahun 2025 akan disertakan di bawah ini sebaik sahaja jadual tersebut dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Harap maklum.

Tarikh Penting Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2025

Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan SPM 2025 meliputi ujian bertutur, ujian amali dan ujian mendengar dan ianya memaparkan maklumat seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

  • Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3
    • 3 Hingga 6 November 2025
  • Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3
    • 10 Hingga 13 November 2025
  • Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3
    • 17 November 2025
  • Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3
    • 18 November 2025
  • Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3
    • 19 November 2025
  • Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3
    • 19 November 2025
  • Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4
    • 20 November 2025
  • Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4
    • 20 November 2025
  • Peperiksaan Bertulis SPM 2025
    • 20 November Hingga 23 Disember 2025

Baca Juga Pendaftaran Calon Persendirian SPMU & SPM

Ujian Bertutur Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

spm ujian bertutur1 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

spm ujian bertutur2 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi & Sains Tambahan)

spm amali sains fizik3 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025spm amali sains kimia4 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

spm amali sains biologi5 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

spm amali sains tambahan6 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Ujian Mendengar BM & BI

spm ujian mendengar7 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Jadual waktu lengkap 2025 peperiksaan bertulis seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah seperti berikut :-

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025 (BERTULIS)

25 Hingga 27 November 2025

spm bertulis1 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

1 Disember & 2 Disember 2025

spm bertulis2 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

3, 4 & 8 Disember 2025

spm bertulis3 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

9 & 10 Disember 2025

spm bertulis4 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

15 & 16 Disember 2025

spm bertulis5 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

17 & 18 Disember 2025

spm bertulis6 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

22 Disember 2025

spm bertulis7 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

spm bertulis8 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

23 Disember 2025

spm bertulis9 Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025

Arahan Am

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2024
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Arahan Di Dewan/ Bilik Peperiksaan

  1. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/ bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  2. Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan
  4. Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran dalam tempoh pendaftaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam mana-mana dokumen rujukan calon. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2025 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran. Lembaga Peperiksaan berhak untuk tidak mengeluarkan keputusan calon sekiranya tiada bukti pendaftaran telah dilaksanakan

Amaran Peperiksaan Buat Calon Peperiksaan SPM

Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan adalah dilarang:

  1. Membawa  masuk  sebarang  catatan  sama  ada  pada  pakaian  atau  anggota  badan,  nota,  dokumen  seperti  buku,  lukisan,  grafik, akhbar,  kamus,  kertas,  Jadual  Waktu  Peperiksaan  serta  telefon  bimbit,  alat-alat  komunikasi  atau  peranti  elektronik,  bekas  alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Peringatan

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan  tindakan  tatatertib.  Menurut  Peraturan-Peraturan  Pendidikan  (Penilaian  dan  Peperiksaan)  1997  dalam  Akta  Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang  disifatkan  sebagai  suatu  salah  laku  serius  oleh  Lembaga  Peperiksaan.  Calon  yang  disabitkan  dengan  mana-mana  salah  laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

  1. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  2. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  3. Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

Cara Muat Turun/ Download Jadual SPM 2024

Maklumat lanjut berkenaan jadual waktu peperiksaan SPM yang lengkap, arahan dan peringatan buat calon-calon boleh di download atau dimuat turun dalam PDF, sila klik pautan berikut  :-

Selamat berjaya buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semoga jadual ini dapat membantu anda untuk membuat ulangkaji dengan penuh bersungguh-sungguh demi mendapat keptutusan cemerlang yang membantu ada melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ref : peperiksaan kementerian pendidikan malaysia, draf jadual waktu peperiksaan spm 2023
pembayaran hendaklah memaklumkan kepada pihak jpn sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi borang pembetulan maklumat calon, menulis nota dokumen seperti buku lukisan grafik akhbar kamus kertas jadual waktu peperiksaan serta telefon bimbit alat alat komunikasi atau peranti elektronik bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, sains tambahan 12 disember 2024,