Sekolah

Semak Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 & 4 2024 Online

Berikut adalah panduan penting bagi pelajar Tahun 6  serta Tingkatan 3 2023 yang hendak membuat semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 &  Tingkatan 4 ambilan Tahun 2024 secara online dan SMS. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, jangkaan tarikh semakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah pada sekitar bulan Mac.

Buat pengetahuan semua, semakan tawaran ke MRSM boleh dibuat secara atas talian atau online dan pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui secara sistem pesanan ringkas (SMS). Para pelajar yang telah membuat application serta ibu bapa yang ingin mengetahui keputusan anak masing-masing adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 & 4 Online 

Berikut dikongsikan panduan penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan bagi tahun 2024 dikategorikan mengikut tarikh penting dan aplikasi semakan.

Dikongsikan juga info tentang Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong serta Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga e-rayuan MRSM. Susulan pembatalan UPSR dan PT3, semua calon yang berminat untuk memohon kemasukan ke MRSM perlu menduduki pentaksiran UKKM.

A. UKKM MRSM Dan Ujian Khas Ulul Albab

Berikut merupakan panduan  bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalankan Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM dan Ujian Khas Ulul Albab :-

Pelajar yang menerima SMS / emel bagi UKKM dan Ujian Khas Ulul Albab adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM / Ulul Albab atau ringkasnya UKKM

  1. Pautan Aplikasi semakan UKKM : Tingkatan 1, Tingkatan 4
  2. Tarikh Semakan : 27 Oktober hingga 22 Disember 2023
  3. Tarikh Ujian : November hingga Disember 2023
  4. Terkini: UKKM akan dilaksanakan berdasarkan tarikh berikut:

semakan panggilan mrsm

Panduan UKKM Ulul Albab (akan dikemaskini)

  1. Semakan dan pendaftaran
  2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila bawa alat tulis bersama)
  3. Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
  4. Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)

B. Semakan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong 

Pemohon yang telah menerima SMS dan Panggilan bagi menduduki Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat email pemohon yang didaftarkan semasa apply MRSM Tingkatan 1 yang lalu.

  • Aplikasi semakan tarikh dan tempat : Klik Ujian Khas MRSM

Cara Semakan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2024 Online

Berikut merupakan tarikh penting semakan tawaran MRSM 2024 untuk intake pertama. Keputusan tawaran ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai:

  1. Tarikh semakan : 18 Januari 2024 – Hari Khamis, jam 8 malam
  2. Rayuan bermula dari tarikh keputusan diumumkan sehingga tarikh yang akan dikemaskini
  3. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak melalui aplikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan
  4. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh berbuat demikian di sistem applikasi semakan yang sama
  5. Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk MENGESAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh Tujuh (7) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolah tawaran
  6. Pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yan akan dikemaskini

Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Pelajar yang berjaya dalam application, semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini :-

1. Semakan Secara Online

Sila klik pautan semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

  1. Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1/
  2. Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4/

2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :

  • Taipkan : mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888

e-Rayuan MRSM 2023 Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran MRSM boleh membuat rayuan secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2023.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM dan ibu atau bapa pemohon tersenarai dalam senarai hitam MARA, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

  • Calon perlu membuat rayuan dengan mengisi nota di ruangan yang disediakan dalam aplikasi semakan.

Semakan Keputusan Rayuan KEDUA Ke Tingkatan Satu (1) Tingkatan Empat (4) (Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2023

Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon melalui SMS atau emel yang didaftarkan. Sekiranya calon tidak mendapat sebarang makluman selepas bulan Mei, rayuan dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan keputusan yang sama. Sila sahkan penerimaan/penolakan selewat-lewatnya pada —–. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

Semoga panduan ini memudahkan para pemohon membuat Semakan. Tahniah kepada pemohon tingkatan yang berjaya mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2024 yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia.

Related : kecenderungan kemasukan mrsm ukkm surat rayuan ujian kecenderungan kemasukan mrsm tarikh pendaftaran, cara semak, semakan keputusan rayuan mrsm, tahun 2021, secara berperingkat,