Sekolah

Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (ASBFELDA)

Asrama Semai Bakti Felda merupakan kemudahan asrama yang diwujudkan oleh FELDA kepada anak-anak atau cucu-cucu peneroka serta anak kakitangan FELDA yang tinggal di kawasan rancangan bagi mendapat kemudahan pendidikan di kawasan bandar. Pelajar-pelajar yang berpotensi dalam akademik ini boleh bersaing dan mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Teknik dan sekolah kawalan KPM yang lain. Ibu bapa dan penjaga perlu cakna akan perkara ini dan tidak mensia-siakan kemudahan yang baik yang telah disediakan oleh FELDA dalam sentiasa mewujudkan generasi yang berjaya di masa hadapan.

FELDA mempunyai misi untuk melahirkan pelajar yang berdedikasi, berkualiti dan berdisiplin demi pembangunan pendidikan seiring dengan Wawasan 2020. Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975.  ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA. Pada tahun 2018, jumlah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di ASBFKL yang direkodkan ialah seramai 164 orang.

Permohonan ASBF Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (Tingkatan 1)

Berikut akan dikongsikan maklumat penting seperti tarikh dan cara permohonan berkaitan permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti Felda ambilan tahun 2026 secara online.

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh permohonan kemasukan adalah seperti berikut:

  • Tarikh buka: 7 Oktober 2025
  • Tarikh tutup: 21 Oktober 2025

Cara Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online

Permohonan kemasukan hendaklah melalui sistem aplikasi online yang disediakan oleh FELDA, berikut adalah pautan kepada sistem tersebut:

Pemohon perlu mendaftar masuk sebagai pengguna baharu sebelum boleh memohon. Anda boleh mendaftar akaun baharu dengan mengisi maklumat peribadi di halaman Pendaftaran. Pastikan anda menggunakan emel yang aktif.

Selepas mendaftar dan log masuk, pilih menu Permohonan Atas Talian dan isi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda menyemak sebelum menghantar.

MyASBF FELDA merupakan sistem bagi memudahkan proses pendaftaran, permohonan kemasukan pelajar, semakan panggilan peperiksaan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP), serta keputusan temuduga secara atas talian dengan lebih mudah, cepat dan telus.

Syarat Kemasukan ASBF

Syarat Utama

  1. Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA/ Kumpulan FELDA
  2. Calon memohon secara dalam talian (online)
  3. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF)
  5. Calon yang tidak menduduki UKKP tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ASBF tahun 2026
  6. Calon yang lulus UKKP akan di panggil ke sesi temuduga

Nota : Borang Pengesahan warga FELDA boleh dimuat turun/ di download di FELDA.

Syarat Tambahan

  • Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah
  • Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin

Kelayakan

  • Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar Asrama Semai Bakti FELDA (UKKP-ASBF) dan sesi temuduga
  • Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses

Apa Itu UKKP-ASBF?

UKKP ASBF ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar, iaitu peperiksaan bertulis untuk menilai kelayakan awal pelajar sebelum proses temuduga.

Mata pelajaran yang terlibat adalah :-

  1. Bahasa Inggeris
  2. Sains
  3. Matematik

Semakan Panggilan UKKP & Keputusan Temuduga ASBF 2026

Anda boleh menyemak panggilan UKKP melalui akaun masing-masing di sistem ini. Notifikasi akan dipaparkan sekiranya anda layak menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan temuduga pula boleh disemak selepas proses temuduga selesai. Keputusan boleh disemak secara terus melalui sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau log masuk akaun.

Rujuk Manual Pengguna dan Soalan Lazim (FAQ) di bawah untuk maklumat lanjut:

Cara Hubungi

Sekiranya menghadapi masalah teknikal, sila hubungi Pentadbir Sistem ASBF FELDA melalui emel atau talian bantuan yang disediakan di halaman Hubungi Kami.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :-

Alamat :

Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA
Tingkat 37, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC,50088 Kuala Lumpur. Malaysia
Isnin – Jumaat : 8 pagi – 5 petang​
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum :Tutup

No Telefon :

03-4257 6166 (ASBFKL)
09-5147 755 (ASSBFK)
07-5099 528 (ASBFJB)
03-8744 4206 (JPKG)
Emel : myasbf@felda.net.my

asbf 2026 Permohonan Asrama Semai Bakti Felda 2026 Online (ASBFELDA)