Informasi

Kadar Zakat Fitrah 2024 Seluruh Negeri & Cara Bayar Zakat Online

Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berikut dikongsikan kadar Zakat Fitrah tahun 2024 bersamaan 1445 hijrah untuk seluruh negeri di Malaysia beserta panduan cara bayar zakat fitrah online buat rujukan umat Islam. Bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan iaitu dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan.

Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/ badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Jumlah Bayaran Kadar Zakat Fitrah 2024/1445H (Setiap Negeri Di Malaysia)

Zakat fitrah dapat membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jenis zakat yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Jumlah Bayaran Zakat Fitrah 2024 Dan Pautan Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Berikut adalah senarai Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2024 untuk seluruh negeri di Malaysia.

Juga dikongsikan panduan cara bayar zakat fitrah online untuk setiap negeri beserta pautan laman web :-

Senarai Negeri & Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2024

  1. Perlis : RM7.00/ RM10.00
  2. Kedah : RM7.00/ RM14.50/ RM22.00
  3. Pulau Pinang : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  4. Perak : RM8.00/RM16.00/ RM24.00
  5. Selangor : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  6. Negeri Sembilan : RM7.00/RM12.50/RM22.00
  7. Melaka : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  8. Johor : RM7.00/ RM12.00/ RM20.00
  9. Pahang : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  10. Terengganu : RM10.00/ RM22.00
  11. Kelantan : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  12. Sarawak : RM7.50
  13. Sabah : RM7.50
  14. Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan : RM7.00/ RM15.00/ RM22.00

Nota: 

* Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai contoh pada tahun 2024 :-

Negeri Selangor

  • Jenis beras Super Special sebagai beras harian : Kadar  RM7.00
  • Beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi : RM14.00
  • Beras basmathi/ beras jepun/ beras merah : RM21.00

Negeri Perak:

  • Beras Super Special Tempatan 5% : Kadar  RM8.00
  • Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM16.00
  • Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM24.00

Negeri Kedah:

  • Beras Super Spesial Tempatan : RM7.00
  • Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.50
  • Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM22.00

Negeri Melaka:

  • Beras Super Special Tempatan 5% : RM7.00
  • Beras Import seperti Beras Wangi dan seumpamanya : RM14.00
  • Beras Basmathi dan seumpamanya : RM21.00

Negeri Johor:

  • Beras Super Tempatan : RM7.00
  • Selain daripada jenis super spesial tempatan (beras import) seperti beras putih import (thai), Thai super spesial dan beras putih import pakistan : RM13.00
  • Selain Beras Super Tempatan iaitu Beras Import seperti Beras Wangi dan Beras Basmathi : RM20.00

* Kadar zakat Fitrah adalah dari sumber Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri

Berikut adalah panduan membayar zakat fitrah secara atas talian mengikut negeri masing-masing :-

1) JOHOR

Urusan berkaitan pembayaran zakat fitrah di Negeri Johor HANYA dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:

2) TERENGGANU

Pembayaran zakat fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui :-

1) eZakat Maidam https://ezakat.maidam.gov.my/online/

3) PERAK

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah utama yang boleh dilaksanakan untuk membayar zakat fitrah sepanjang bulan ramadan di Perak

  1. Atas talian/ Online:
    • QR Code Maybank, aplikasi GoPayZ, SnapNPay, Shopee, Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk
  2. Bayaran melalui Amil:
    Tatacara kutipan zakat fitrah oleh Amil pula dengan kaunter Drive-thru, diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid yang berada di tepi jalan besar. Ia akan beroperasi antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari (Selasa dan Rabu serta Sabtu dan Ahad). Penjarakkan sosial juga akan dikawal selia dan tiada proses bersalaman dibenarkan. Kaedah bayaran secara langsung terus kepada Amil hanya akan dilaksanakan dalam dua keadaan sekiranya warga tua yang uzur dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan atas talian serta masyarakat pendalaman dan perkampungan.
  3. Bayaran terus pada Tabung Khas Fitrah:
    Tabung Khas Fitrah akan diwujudkan di masjid, hospital dan pejabat polis terpilih bagi memudahkan masyarakat dan petugas barisan hadapan menunaikan zakat fitrah. Pembayar hanya perlu memasukkan jumlah kadar bayaran zakat fitrah, maklumat pembayar dan nombor telefon ke dalam sampul, seterusnya memasukkannya ke dalam tabung berkenaan.

4) PULAU PINANG

Umat Islam khasnya di Negeri Pulau Pinang boleh membuat bayaran Zakat menggunakan pembayaran secara atas talian (online) samada dengan menggunakan :

Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Wilayah Persekutuan KL& Putrajaya, Sarawak, Sabah dan Kelantan.

5) KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Cara Bayar Zakat Fitrah online di KL & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadan 1445H di pautan :-

  • PPZ MAIWP
  • Laman sesawang Ejen-ejen Bank (14 buah bank)
  • PayHalal
  • Portal MyEG
  • U-Mobile
  • Pos Online

6) SABAH

Umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet ( online banking ) dan Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway ) seperti MYeG dan Boost serta Majlis Ugama Islam Sabah

7) SARAWAK

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik. Namun TBS juga menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah pada Ramadan 1445H. Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi :-

  • Portal pelanggan TBS iaitu Baitulmal Kamek
  • MyEG dan Maybank2U
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak

8) KELANTAN

MAIK mengalu-alukan umat Islam di Kelantan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan merujuk kepada :-

Pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik juga ada disediakan

Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Kedah, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :-

9) KEDAH

Pembayaran zakat untuk umat Islam di Kedah pada tahun 2024 dibenarkan untuk dilaksanakan secara atas talian berikutan keadaan semasa. Antaranya adalah menerusi platform atas talian (online) di

  1. Laman sesawang ‘Jom Zakat’
  2. Asnaf Care
  3. Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) yang boleh diakses melalui telefon pintar

Untuk golongan yang tidak mempunyai akses kepada kaedah atas talian, seramai 3,700 amil lantikan bersedia menjalankan tugas masing-masing untuk menyempurnakan kutipan zakat. LZNK akan mengeluarkan garis panduan kepada mereka mengenai kaedah kutipan terbaik dan perkara itu akan diuar-uarkan kepada orang ramai kemudian

10) SELANGOR

Umat Islam di Selangor boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-

i. EZakatPay
ii. Perbankan internet di sembilan bank iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank,CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance Bank
iii. Portal MyEg
iv. Pos Online
v. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Di samping itu Lembaga Zakat Selangor LZS turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan masyarakat mengakses terus ke platform pembayaran atas talian EzakatPay.

11) MELAKA

Pembayaran zakat fitrah di Negeri Melaka boleh dibuat kepada amil fitrah yang dilantik ataupun Bayar Zakat Fitrah secara online di pautan :-

12) NEGERI SEMBILAN

Umat Islam di Negeri Sembilan boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-

i. Portal Pembayaran Zakat Negeri Sembilan
ii. Aplikasi ZakatN9
iii. Aplikasi SnapNPay
iv. JomPAY

Untuk pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik, keperluan hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan

Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Pahang dan Perlis dalah seperti berikut :-

13) PAHANG

Pembayaran zakat fitrah online untuk umat Islam di Pahang boleh dibuat menerusi platform atas talian (online) FPX di

14) PERLIS

Umat Islam di Perlis boleh membuat kadar bayaran zakat fitrah secara atas talian (online) melalui:-

Pembayaran zakat kepada Amil Fitrah yang dilantik juga disediakan

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

  1. Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  4. Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM …… yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Syarat- Syarat Wajib Membayar Zakat Fitrah

  1. Islam dan merdeka
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Soalan Lazim Zakat Fitrah

Berikut dikongsikan soalan lazim berkaitan pembayaran zakat fitrah di Malaysia:-

1. Mengapakah kadar zakat fitrah antara negeri-negeri di Malaysia tidak selaras?

Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras. Ringkasnya, perbezaan kadar adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat dari pemborong.

2. Terdapat sebahagian negeri yang menetapkan beberapa kadar. Berapakah nilai sebenar yang perlu dibayar?

Secara umumnya, bayaran yang ditunaikan mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh majoriti masyarakat setempat adalah memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah keluarga atau individu ingin memilih kadar yang lebih tinggi, sepadan dengan jenis beras yang menjadi makanan ruji mereka, maka dalam hal ini Dr Yusuf al-Qaradhawi berpandangan ia adalah dari kerelaan hati dan dianggap sebagai suatu bentuk ketaatan tambahan yang terpuji.

Namun, bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi Covid-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pihak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga.

Dalam hal ini, para pembayar bolehlah melayari laman media sosial MAIN dan AMZ bagi mendapatkan perincian berhubung kadar bayaran fitrah yang telah ditetapkan.

3. Apakah pilihan kaedah pembayaran bagi mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet?

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ, namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum. Mekanisme pelaksanaan kadar bayaran zakat fitrah ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Walau bagaimanapun, bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.

Semoga perkongsian di atas beserta panduan cara bayar zakat fitrah online bermanfaat buat semua Umat Islam.

Related : penolong amil zakat harta, bulan ramadan, satu syawal, kemampuan pembayar, kurang berkemampuan, beliau berkata, perdana menteri hal ehwal agama, menetapkan tiga kadar zakat fitrah, menteri di jabatan perdana, kadar wajib, rm7 dan rm14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan, berdasarkan harga zakat fitrah mengikut, timbangan satu gantang baghdad, zakat fitrah tahun,