Informasi

Ucapan Selamat Berpuasa 2024 (Pantun Menyambut Ramadhan)

Bulan ramadhan merupakan bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh segenap umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan berkat ini seharusnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam untuk beribadah dan menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling kita. Oleh itu, berikut dikongsikan Ucapan Selamat Berpuasa 2024 (Menyambut Ramadhan) supaya dapat disampaikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tersayang.

Perkembangan media sosial wajar kita raikan dengan merapatkan ukhuwah sesama ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Dengan hanya menyampaikan ucapan, ia pasti dapat menunjukkan perasaan kasih dan sayang kita kepada mereka walaupun tidak berjumpa dan duduk jauh di perantauan. Nescaya hubungan yang baik sesama manusia memberi impak dalam hubungan kita dengan Tuhan sempena bulan yang suci dan penuh barokah ini.

Pantun Dan Ucapan Selamat Berpuasa 2024 (Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak)

Ikuti perkongsian koleksi ucapan di bawah yang boleh disampaikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hantaran di aplikasi Whatsapps atau membuat hantaran terbuka di profil Facebook masing-masing.

Koleksi Ucapan Salam Ramadhan Buat Keluarga & Sahabat

Umat Islam akan berpuasa sepanjang bulan ramadhan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, anda boleh menyampaikan ucapan ini pada awal atau sepanjang bulan ramadhan berlangsung. Mereka yang berlainan bangsa dan agama juga boleh merujuk ucapan ini untuk disampaikan kepada rakan-rakan terdekat.

Selamat Berpuasa! Semoga bulan yang mulia ini membawa berkah, rahmah, kedamaian dan kebahagian untuk kita semua. Mari kita memanfaatkan setiap detik untuk berdoa, melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

 

Sempena bulan ramadan ini, marilah kita membersihkan hati dan jiwa. Semoga Allah SWT memberkati langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat berpuasa!

 

Bulan Ramadhan yang mulia telah tiba! Semoga bulan yang penuh keampunan ini memberikan kedamaian dan kebahagiaan kepada kita semua. Semoga kita menggunakan masa ini untuk merenung dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT

 

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang suci! Marilah kita bersama-sama menuntut rahmat Allah SWT dengan hati yang tulus dan ikhlas

 

Marhaban Ya Ramadhan! Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT sepanjang bulan yang penuh berkah ini. Selamat berpuasa!

 

Ahlan ya Ramadhan! Bulan yang dinanti-nantikan dan dirindui kini tiba! Semoga setiap doa kita dipanjatkan di bulan ini dan diterima oleh Allah SWT!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Bulan Ramadhan kembali menjelang
Salah dan khilaf mohon dimaafkan
Selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini

 

Setitik tinta jadi noda
Setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkat segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa

 

Ramadan bukanlah bulan santapan,
Tapi bulan penuh keberkatan,
Marilah kita tingkat amalan,
Semoga pengakhiran penuh kemuliaan

Sungguh harum daun pandan,
Buah kurma dari Mekah,
Marhaban ya Ramadan,
Bulan suci penuh berkah

Angin berhembus dengan perlahan,
Di tepi pokok kelapa pandan,
Kepada sahabat, rakan dan taulan,
Selamat menyambut bulan Ramadhan

Kelapa muda petik setandan.
Hilangkan dahaga penat dan lelah,
Selamat menyambut bulan ramadan,
Banyakkan ibadah kepada Allah

Beli sejadah beserta tasbih
Beli dekat Pengkalan Chepa
Malam ini dah mula terawih
Dingatkan supaya tidak terlupa

Gersang bumi tanpa hujan, gersang akal tanpa ilmu
Gersang hati tanpa iman, gersang jiwa tanpa amal
Selamat menyambut bulan ramadhan!

Pergi ke hutan memburu rusa
Terpijak duri kaki terluka
Esok kita dah mula berpuasa
Jangan membazir ketika berbuka

Bulan ramadhan yang penuh bercahaya
Puasa dan ibadah kita jalani dengan raya
Di masjid kita bersujud dan berdoa
Semoga amal kita diterima di sana

Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturrahim
Indah ramadhan dengan Ibadah

Marhaban ya Ramadhan
Pucuk selasih bertunas menjulang
Dahannya patah tolong betulkan
Puasa ramadhan kembali menjelang
Salah dan khilaf mohon maafkan

Wahai rakan, kuatkanlah iman,
Semoga mendapat nikmat ibadah,
Dijauhkan dari segala fitnah,

Rumah limas di kota lama
terhias indah lampu pelita
Bulan Ramadan bakal menjelma
detik suci ampun dipinta

Ikhlas daripada…

Masam-manis si buah mangga
Sangat enak dibuat berbuka
Bulan ramadhan telah tiba
Maafkan diri jika ada tersilap bahasa

Sakapur sirih berulam pinang
Siap tersaji sebagai hidangan
Bulan Ramadhan segera datang
Salah dan silap harap dimaafkan

Dimulakan dengan Bismillah,
Menyambut bulan penuh barakah,
Mari tingkatkan keimanan dan takwa,
Semoga diampunkan segala dosa

Bulan ramadhan kini tiba,
Amal ibadah menjadi rutin kita,
Menambah kefahaman ibadah puasa,
Agar masa tidak disia-sia.

Sampaikan salam dan sejahtera kepada semua umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita semua meraih kemenangan terutamanya bagi umat Islam di Palestin!

Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kekuatan untuk memenuhkan bulan yang mulia ini dengan ibadah yang bermanfaat! Selamat berpuasa!

Bersihkan minda, sucikan jiwa, sucikan hati, Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini!

Ramadan Kareem! Semoga roh bulan ini menerangi jalanmu menuju ketaqwaan

Selamat menyambut Ramadan yang penuh damai dan penuh keberkatan! Semoga hari-hari anda dilimpahi keberkatan dan rahmat

Selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga hari-hari anda dipenuhi dengan cahaya iman, dan malam-malam anda dihiasi dengan keindahan solat. Ramadan Kareem!”

Assalamualaikum semua, Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat ini! Jangan lupa untuk berpuasa dan memenuhkan aktiviti malam dengan ibadah.

Selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan! Semoga kita dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Malam Lailatul Qadr

Di kesempatan yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua sekiranya saya tersalah bahasa dan terkhilaf. Semoga kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia ini dengan penuh keinsafan.

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan muslim! Selamat melaksanakan ibadah dengan sihat dan sejahtera!

Saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah yang dilaksanakan diterima, dilimpahi rahmat dan kesejahteraan.

Sempena bulan ramadhan yang penuh berkah, Selamat menjalankan ibadah puasa, waktu yang tepat untuk meminta ampunan dari Allah SWT 

“Tiada kebahagiaan tanpa syukur, tiada rasa syukur tanpa sabar, tiada sabar tanpa maaf. Marhaban ya Ramadan, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

Selamat berpuasa di bulan suci ramadhan, semoga diberi kekuatan dan kemudahan dalam menjalankan ibadah ini hingga datang hari kemenangan!

Wishing you all a blessed Ramadan!

Warmest greetings for a peaceful and fulfilling Ramadan to all my muslim friends!

May the devine blessings of Ramadan be with you throughout the month and beyond. Ramadan Mubarak!

Sekian sahaja perkongsian ucapan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan 2024 diatas amat berguna untuk panduan semua. Semoga segala niat baik kita untuk menyebarkan kebaikan dan mengukuhkan perhubungan menjadi asbab kepada kita mendapat rahmat serta keberkatan menyambut bulan Ramadhan kali ini.