Informasi

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (Video & Maksud)

Tahun baru Hijrah bagi umat Islam bermula pada bulan Muharam. Tarikh ini menandakan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa yang cukup bersejarah ini telah diambil sebagai permulaan kiraan bagi Kalendar Hijrah. Di Malaysia, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah dengan membaca Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah. Berikut dikongsikan Video bacaan doa beserta maksud untuk panduan semua umat Islam.

Pada 1 Muharam, umat Islam digalakkan untuk berdoa sebagai tanda syukur terhadap segala perkara yang berlaku pada tahun sebelum dan memohon kebaikan untuk tahun yang akan datang. Waktu yang mustajab untuk berdoa ini wajar kita manfaatkan dengan membaca doa yang berkaitan. Tambahan pula, Awal Muharam merupakan cuti umum di seluruh negara.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Video & Maksud)

Selain daripada bacaan doa di atas, kita juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam sebagai amalan sunat dilakukan pada bulan Muharam.

Tarikh yang juga dikenali sebagai Hari Asyura (10 Muharam) menandakan pelbagai nilai sejarah bagi umat Islam dan 9 Muharam disunatkan berpuasa sebagai mukhalafah untuk membezakan antara kaum Yahudi yang juga berpuasa pada 10 Muharam.

Daripada Abu Hurairah dalam Hadith Marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas puasa di bulan Ramadhan? Nabi menjawab: Sebaik-baik solat selepas solat yang difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (Bulan-bulan haram). Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tarmizi, Al-Nasai’e dan Ibnu Majah.

Amalan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Hijrah lazimnya diadakan bermula pada penghuung waktu Asar atau sebelum waktu mahrib pada akhir bulan Zulhijjah. Bacaan doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada waktu tersebut. Diikuti dengan bacaan doa awal tahun yang dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharam.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah JAKIM Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (Video & Maksud)

Bacaan Rumi:

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, was-salatu was-salamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

Allahumma maa ‘amiltu fi hadhihi as-sanati mimma nahaytani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu, wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’awatani ila at-tawbati minhu ba’da jur’ati ‘ala ma’siyatika fa inni astaghfiruka faghfirli, wa maa ‘amiltu fi hatardhahu wa wa’adatani ‘alayhi ath-thawaba fa-as’aluka allahumma ya karim, ya dhal jalali wal ikram, an tataqabbalahu minni, wa la taqta’ raja’i minka ya karim.

Wassala allahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in, wal ham dulilahi rabbal ‘alamin

Maksud Doa

“”Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah, apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahiku akan sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan aku, dan Engkau memerintahkan aku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohon daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemuanya. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pemerintah alam.”

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa-Awal-Tahun-Hijrah-JAKIM

Bacaan Rumi:

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, was-salatu was-salamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

Allahumma antal abadiyyu al-qadimu al-awwal, wa ‘ala fadhilka al-’adzim wujudika al-muawwali wa haza ‘ammul jadidun qad aqbala ‘alayna nasalukal ‘ismata fihi minal syaitani wa awliyaihi wa junudihi. Wal ‘awna ‘ala hazihi nafsil ammarati  bissuu’i wal isytiqal bima yuqarribuna ilayka zulfa ya zal jalali wal ikram ya arhamarrahimin

Wassala allahu ‘ala sayyidina mawaulana muhammadin wa ‘ala alihi wa ashabihi wassalam wal hamdulillahi rabbil ‘alamin.

Maksud Doa

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Engkau terimalah dariku. Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.”

Video Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Berikut adalah contoh bacaan doa yang boleh ditonton sebagai panduan:

Peristiwa Hijrah Rasullullah SAW

Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, Allah SWT telah memerintahkan Nabi SAW untuk berhijrah. “Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah al-Yamamh atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi Kota Madinah).” HR Bukhari (3622).

Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi SAW pulang kerumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam. Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapa untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut.

11 orang pemuda Quraisy yang dipilih untuk membunuh Baginda telah berpakat untuk bertemu selepas matahari terbenam. Rasulullah SAW dan Ali RA menyedari kehadiran mereka lalu segera Baginda menyerahkan selubung yang biasa digunakannya kepada Ali RA. Setelah itu, Rasulullah SAW bergerak ke rumah Abu Bakar RA dan tanpa membuang masa mereka keluar melalui jendela di malam itu juga. Baginda mengambil jalan sejauh lima kilometer hingga tiba di bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur.

Setelah tiba di gua Thur, Abu Bakar RA terlebih dahulu memastikan keadaan gua itu selamat. Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di gua tsur selama 3 hari iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Orang Quraisy berang kerana tidak dapat mengesan Baginda. Lalu mereka menawarkan sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan. Selepas 3 hari di gua Tsur, Abdullah bin Urayqit al Laythi (penunjuk jalan yang mahir) tiba dan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua.

Pada 8 Rabiul Awal, Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar RA telah tiba di Quba’. kemudian pada 12 Rabiul Awal, Nabi Muhammad SAW selamat tiba di Yathrib (Madinah). Baginda telah disambut dengan meriah dan penuh kegembiraan oleh penduduk Yathrib. Sejak hari itu, daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (SAW) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja.

Iktibar Peristiwa Hijrah

Antara kepentingan amalan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ini, kita dapat bermuhasabah diri dan melihat semula amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu. Ini adalah masa untuk memohon keampunan dari Allah SWT atas segala kesilapan dan kekurangan serta berazam untuk memperbaiki diri di tahun akan datang.

Selain itu, umat Islam juga berdoa untuk memohon perlindungan daripada segala keburukan dan gangguan syaitan serta petunjuk dan bantuan Allah dalam meniti ke tahun baru dengan penuh keimana dan ketakwaan.

Perkara ini jelas dengan konsep hijrah sepertimana hijrah Nabi Muhammad SAW yang berpindah untuk memulakan lembaran baru ke arah yang lebih baik. Sebagai umat Islam pada hari ini, kita seharusnya berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat supaya tauladan yang baik menjadi ikutan kepada generasi akan datang.

Rel : الن ف اغ ف ر ل ي و م ا ع م ل ت ف ي
ص م و ح ل م ت
ظ ي و ح ل م ت
ام ج د ق د أ ق ب ل
ص م ا ع م ل ت ف ي