Informasi

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446H bersamaan dengan hari Ahad, 2 Mac 2025. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Kedah dan Imsak 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah buat panduan warga Kedah.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah. Jadual ini akan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi masa berbuka dan imsak Negeri Kedah. Moga ianya boleh dijadikan rujukan berguna buat umat Islam sepanjang bulan puasa Ramadhan di Negeri Kedah Darul Aman dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Sejarah Negeri Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Dikenali juga sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,447 km2. Ibu negerinya adalah Alor Setar dan kota diraja adalah di Anak Bukit. Bandar utama lain termasuk Sungai Petani (kawasan bandar terbesarnya mengikut populasi), dan Kulim di tanah besar, dan Kuah di Langkawi.

Terdapat 12 buah daerah di Negeri Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Langkawi, Kulim, Baling, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan, Bandar Baharu dan Pokok Sena.

Kedah terkenal sebagai destinasi pelancongan utama di utara tanahair. Juga dikenali dengan makanan tradisional seperti Laksa Kedah, Gulai Batang Pisang, Nasi Daging Air Asam, Gulai Siam, Sup Gamat, Kuih Dangai, Ikan Pekasam, Kuih Bunga Pudak dan Pek Nga.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah Tahun 2025/ 1446H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual berbuka dan imsak melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Kedah untuk tahun 2025 / 1446H yang dibahagikan kepada 7 zon seperti berikut :-

Kedah Zon 1 

Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 1 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

NOTA : Muat Turun Takwim JAKIM 2025 (Kedah)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 

Berikut adalah jadual untuk Zon 2 meliputi kawasan Kuala Muda, Yan dan Pendang :-

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 2 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Kedah Zon 3

Untuk Zon 3 Kedah, berikut adalah jadual buat panduan penduduk Padang Terap dan Sik:-

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 3 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Zon 4 

Untuk Daerah Baling Kedah adalah seperti jadual berikut :-

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 4 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Zon 5 

Untuk Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah adalah seperti paparan di bawah:-

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 5 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Kedah Zon 6

Jadual bagi penduduk sekitar daerah Langkawi, Kedah adalah seperti di bawah

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 6 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Zon 7 

Puncak Gunung Jerai

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH ZON 7 2025 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2025

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Kedah. Semoga perkongsian jadual di atas bermanfaat buat semua.