Informasi

Format Baharu Instrumen STAM 2020

Perhatian kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Format baharu akan diperkenalkan bermula tahun 2020 dimana semua 10 mata pelajaran terlibat dengan pembaharuan instrumen dalam peperiksaan yang bakal diambil. Oleh itu, berikut adalah maklumat berkenaan Format Baharu Instrumen STAM 2020 untuk panduan semua.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah  peperiksaan yang diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam. Ia merupakan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).  Selain itu, STAM adalah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti al-Azhar, Mesir bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke sana.

Untuk makluman, STAM telah diperkenalkan sekitar tahun 2000 hasil daripada kerjasama KPM dan Universiti al-Azhar. Inisiatif ini adlah bertujuan untuk menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum ini seperti Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Baca juga: Jadual Waktu Peperiksaan STAM Exam Date

Format Baharu Instrumen Peperiksaan STAM Tahun 2020

Dibawah dikongsikan jadual mengikut subjek bagi menerangkan format instrumen dan pemarkahan untuk setiap instrumen tersebut. Maklumat di bawah merangkumi jenis instrumen iaitu ujian bertulis, ujian lisan, dan kerja kursus.

Selain itu, ia juga menunjukkan jenis-jenis item samada objektif, subjektif atau tugasan, bilangan soalan, jumlah markah, wajaran, tempoh ujian, konstruk soalan, cakupan konteks, aras kesukaran dan kaedah penskoran bagi setiap kertas.

1) Hifz Al-Quran Dan Tajwid

Format Instrumen peperiksaan STAM 2020 untuk mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Tajwid adalah seperti berikut :-

stam baru 5 Format Baharu Instrumen STAM 2020

2) Fiqh

stam baru 1 Format Baharu Instrumen STAM 2020

3) Tauhid Dan Mantiq

stam baru 2 Format Baharu Instrumen STAM 2020

4) Tafsir Dan Ulumuhu

Format Instrumen peperiksaan STAM 2020 untuk mata pelajaran Tafsir dan Ulumuhu adalah seperti berikut :-

stam baru 3 Format Baharu Instrumen STAM 2020

5) Hadith Dan Mustolah

stam baru 6 Format Baharu Instrumen STAM 2020

6) Nahu Dan Sarf

stam baru 4 Format Baharu Instrumen STAM 2020

7) Insya’ Dan Mutalaah

stam baru 7 Format Baharu Instrumen STAM 2020

8) Adab dan Nusus

Format Instrumen peperiksaan STAM 2020 untuk mata pelajaran Adab dan Nusus adalah seperti berikut :-

stam baru 8 Format Baharu Instrumen STAM 2020

9) ‘Arudh Dan Qafiyah

stam baru 9 Format Baharu Instrumen STAM 2020

10) Balaghah

stam baru 10 Format Baharu Instrumen STAM 2020

Maklumat Lanjut

Untuk memuat turun format di atas, anda boleh membuka pautan yang dikongsikan di bawah:

Bagi mendapatkan maklumat terkini atau terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada maklumat dibawah:

  • Laman Rasmi Lembaga Peperiksaan
  • PEJABAT KHIDMAT PELANGGAN, LEMBAGA PEPERIKSAAN,
    ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
    62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.
  • Telefon & SMS : +603-8000 8000
  • Faksimili : +603-8888 8001
  • Emel :80008000@1mocc.gov.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Format Baharu Instrumen STAM 2020 dapat membantu semua khususnya guru-guru dan pelajar untuk membuat rujukan. Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan STAM.