Nota

Nota Fizik Tingkatan 5 (Bahasa Melayu)

Antara kaedah pembelajaran yang efektif adalah dengan menyediakan nota-nota ringkas kepada setiap mata pelajaran yang diambil. Hal ini kerana ia dapat menjimatkan masa pelajar daripada perlu merujuk buku teks atau latihan sekiranya ingin membuat ulangkaji. Justeru, di bawah dikongsikan Nota Fizik Tingkatan 5 (Bahasa Melayu) sebagai rujukan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pembelajaran subjek Fizik Tingkatan 5 dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri istimewa yang memberi penekanan terhadap penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan pemikiran komputasional (PK) supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21 dan menjadi individu yang fikrah sains.

Nota Fizik SPM Tingkatan 5 (Bahasa Melayu)

Berikut adalah perkongsian Nota Fizik Tingkatan 5 (Bahasa Melayu) mengikut bab. Pelajar boleh memuat turun sebagai rujukan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Baca juga: Format Terbaharu Sijil Pelajaran Malaysia

Bab 1 : Gelombang

Pada bab ini, pelajar perlu :

  • menghuraikan maksud gerakan gelombang
  • mengenal pasti bahawa gelombang memindahkan tenaga tanpa memindahkan jirim
  • membandingkan gelombang melintang dengan gelombang membujur dengan memberi contoh setiap satunya.
  • menyatakan apakah maksud muka gelombang
  • menyatakan arah perambatan gelombang dan hubungannya dengan muka gelombang
  • mendefinisi :
    • amplitud
    • tempoh
    • frekuensi
    • panjang gelombang
    • laju gelombang
  • mengesahkan hubungan antara laju, panjang gelombang dan frekuensi
  • menghuraikan perlembapan bagi suatu sistem ayunan
  • menghuraikan resonans bagi suatu sistem ayunan.

Nota yang berkaitan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

Bab 2 : Elektrik

Bab seterusnya, pelajar perlu:

  • Dapat menyatakan hubungan antara pengaliran elektron dan
    arus
  • mendefinisi arus elektrik
  • menghuraikan medan elektrik
  • melakarkan garis medan elektrik untuk menunjukkan arah medan
  • Menghuraikan kesan medan elektrik ke atas cas
  • menyelesaikan masalah melibatkan cas dan arus elektrik

Muat turun nota bagi Bab 2 di bawah:

Bab 3 : Elektromagnet

Untuk Bab 3 iaitu elektromagnet, pelajar perlu:

  • Menyatakan apa itu elektromagnet
  • Melukis corak dan menanda arah medan magnet yang disebabkan oleh arus dalam suatu dawai lurus, gegelung bulat dan solenoid
  • Merancang dan menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan medan magnet bagi suatu elektromagnet
  • Menghuraikan aplikasi elektromaget

Pautan untuk muat turun nota adalah seperti berikut:

Bab 4 : Elektronik

Antara objektif pembelajaran bab 4 adalah:

  • menerangkan pancaran termion
  • menerangkan sifat-sifatsinar katod
  • menghuraikan prinsipkerja Osiloskop Sinar Katod.

Nota bab ini boleh dimuat turun pada aplikasi di bawah:

Bab 5 : Keradioaktifan

Dalam bab ini, pelajar dikehendaki untuk:

  • menerangkan komposisi nukleus suatu atom yang terdiri daripada proton dan neutron
  • Mendefinisi nombor proton (Z) dan nombor nukleon
  • Menerangkan istilah nuklid
  • Menggunakan simbol nuklid,
  • Mendefinisi istilah isotop

Muat turun nota bab 5 pada pautan berikut:

Diharapkan perkongsian Nota beserta pautan muat turun di atas memberikan manfaat kepada anda semua.

Re;ated : tingkatan 4 nota padat