Nota

Buku Teks Geografi Tingkatan 1 KSSM Digital (Download)

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 1 yang bersekolah di sekolah menengah harian, sekolah berasrama dan semua sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mencari salinan lengkap buku teks digital asas (BTDA) bagi mata pelajaran Geografi? Sekiranya ya, berikut dikongsikan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) versi Digital untuk rujukan pelajar dan juga guru-guru.

Untuk makluman, buku teks KSSM Geografi Tingkatan 1 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Tingkatan 1. Setiap bab memfokuskan keperluan pengetahuan asas pelajar tentang bentuk, ciri, ruang serta persekitaran dalam melahirkan pelajar yang bersikap positif terhadap kelestarian alam sekitar.

Selain itu, ia juga menerapkan disiplin tentang ilmu geografi seperti kemahiran geografi, geografi fizikal, geografi manusia, geografi kawasan, isu dan pengurusan alam sekitar dan kerja lapangan.

Buku Teks Digital Geografi KSSM Tingkatan 1

Di bawah adalah sukatan tema dan bab serta pautan untuk memuat turun Buku Teks Digital Geografi Tingkatan 1 KSSM. Dengan memuat turun BTDA, ia dapat membantu memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tema dan Bab Geografi Tingkatan 1

Sebagai makluman, terdapat lima tema yang merangkumi 13 bab secara total dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan 1. Berikut adalah perincian tema dan bab tersebut sebagai rujukan untuk anda:

Baca juga: Nota Geografi Tingkatan 1 (Bab 1 Hingga Bab 16)

Tema 1: Kemahiran Geografi

Bab 1: Arah

Manusia sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana pelbagai tujuan. Manusia perlu mengetahui arah untuk sampai ke tempat yang dituju. Apakah maksud arah? Bagaimanakah arah dapat ditentukan?

  • Arah mata angin
  • Cara menentukan arah mata angin menggunakan Matahari
  • Cara menentukan arah mata angin menggunakan Kompas
  • Bearing sudutan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

  • Mengenal pasti lapan arah mata angin.
  • Menggunakan matahari sebagai panduan untuk menentukan arah mata angin
  • Menggunakan kompas untuk menentukan arah mata angin
  • Mengukur bearing sudutan pada peta dengan menggunakan jangka sudut

Bab 2: Kedudukan

Anda perlu mengetahui kedudukan sesuatu tempat dengan betul untuk ke tempat tersebut. Apakah maksud kedudukan? Bagaimanakah kita dapat menentukan kedudukan sesuatu tempat pada peta atau glob?

  • Kedudukan relatif
  • Latitud dan longitud

Pelajar dapat :

  • Menyatakan kedudukan relatif sesuatu tempat berdasarkan peta
  • Mengaplikasikan latitud dan longitud untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu tempat

Bab 3: Peta Lakar

Peta lakar menunjukkan pandang darat yang dilihat dari atas. Apakah ciri-ciri peta lakar? Bagaimanakah cara untuk mengenali simbol, pandang darat fizikal dan pandang darat budaya pada peta lakar?

  • Ciri-ciri peta lakar
  • Simbol-simbol dalam peta lakar
  • Pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
  • Langkah-langkah melukis peta lakar

Pelajar dapat mempelajari :

  • Menggunakan peta lakar yang tepat dengan ciri-ciri peta
  • Menggunakan simbol yang tepat dalam peta lakar
  • Membezakan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya berdasarkan simbol dalam peta lakar
  • Menghasilkan peta lakar yang lengkap berdasarkan pandang darat setempat

Bab 4: Lakaran Peta Malaysia

Malaysia terdiri daripada beberapa buah negeri dan wilayah persekutuan. Di manakah kedudukan ibu negeri bagi setiap negeri dan ibu negara Malaysia?

  • Kedudukan negeri-negeri di Malaysia
  • Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Di Malaysia

Pelajar dapat mempelajari :

  • Menentukan kedudukan negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan di Malaysia berdasarkan peta
  • Menentukan kedudukan ibu negeri, ibu negara Malaysia dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia berdasarkan peta
  • Melakar peta Malaysia yang lengkap dengan berpandukan peta sebenar

Tema 2: Geografi Fizikal: Bentuk Muka Bumi dan Saliran

Bumi ialah planet tempat kita tinggal. Bumi mempunyai sistem fizikal dan struktur yang membolehkannya menampung hidupan. Apakah sistem fizikal dan struktur bumi? Apakah benua, lautan, laut utama dan selat yang terdapat di bumi?

Bab 5: Bumi

  • Bumi ialah planet yang berbentuk sfera dan mempunyai anggaran keluasan permukaan 510 juta km persegi. Air meliputi 71% daripada permukaan bumi manakala 29% ialah daratan. Komponen yang membentuk bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera.
    • Sistem Fizikal Bumi
    • Struktur Bumi
    • Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat
    • Kesan Pergerakan Kerak Bumi
  • Murid dapat :
    • Menjelaskan empat sistem fizikal bumi
    • Menjelaskan struktur bumi
    • Mengenal pasti benua, lautan, laut utama dan selat
    • Membincangkan kesan-kesan pergerakan kerak bumi

Bab 6: Bentuk Muka Bumi

  • Bentuk muka bumi negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan pinggir laut. Apakah kepentingan pelbagai bentuk muka bumi itu?
    • Bentuk muka bumi di Malaysia
    • Lokasi pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia
    • Kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia

Bab 7: Saliran

Sungai dan tasik merupakan saliran utama di Malaysia. Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan air kepada
manusia? Apakah kegunaan air selain dijadikan sebagai keperluan domestik?

    • Pandang darat fizikal peringkat aliran sungai
    • Sungai dan tasik utama di Malaysia
    • Kepentingan sungai dan tasik di Malaysia

Tema 3: Geografi Manusia: Penduduk dan Petempatan

Bab 8: Penduduk di Malaysia

Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Mereka tinggal di seluruh pelosok negara. Namun, terdapat kawasan yang padat penduduk dan juga kawasan yang jarang penduduk. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku? Mengapakah terdapat kawasan di negara kita yang tidak mempunyai penduduk?

    • Taburan penduduk di Malaysia
    • Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia

Bab 9: Petempatan di Malaysia

Pertambahan jumlah penduduk pada setiap tahun menyebabkan berlakunya perubahan dan pertambahan kawasan kediaman atau petempatan. Petempatan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu petempatan bandar dan petempatan luar bandar.

    • Jenis-jenis petempatan di Malaysia
    • Pola petempatan di Malaysia
    • Fungsi petempatan bandar dan luar bandar

Tema 4: Geografi Kawasan

Bab 10: Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara

Asia Tenggara terbahagi kepada Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

  • Negara yang terletak di Tanah Besar Asia Tenggara ialah Malaysia (Semenanjung Malaysia), Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam
  • Negara yang terletak di Kepulauan Asia Tenggara ialah Malaysia (Sabah dan Sarawak), Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Timor Leste dan Filipina.
    • Negara-negara di Asia Tenggara
    • Bentuk muka bumi di Asia Tenggara
    • Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara

Bab 11: Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara

Penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang (sehingga Jun 2016). Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada keseluruhan populasi penduduk dunia.

    • Taburan penduduk di Asia Tenggara
    • Fungsi-fungsi petempatan bandar utama di Asia tenggara

Tema 5: Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

Bab 12: Sumber Air

Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun. Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu air permukaan dan air bawah tanah. Sumber air permukaan adalah sumber air utama dan sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan. Secara umumnya, 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia).

    • Jenis-jenis sumber air
    • Punca krisis air di Malaysia
    • Kesan krisis air di Malaysia
    • Langkah mengurangkan kesan krisis air

Bab 13: Sisa Domestik

Mengikut perangkaan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jumlah sisa domestik yang terhasil di negara kita mencecah 33 000 tan matrik
sehari (Sumber: Sinar Harian, 19 Januari 2016). Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya bilangan ini semakin meningkat berbanding tapak pelupusan yang terhad?

    • Jenis-jenis sisa domestik
    • Sisa-sisa domestik di Malaysia
    • Kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Malaysia
    • Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik

Kerja Lapangan

Kerja lapangan ialah satu kajian melibatkan hubungan secara langsung dengan objek atau bahan yang dikaji secara semula jadi. Kajian lapangan juga merangkumi kajian luar yang dijalankan oleh murid di kawasan persekitaran
mereka. Apakah langkah-langkah untuk melakukan kerja lapangan?

Bab 14: Panduan kerja lapangan

Muat Turun Buku Teks Digital Geografi Tingkatan 1

Berikut adalah pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan 1:

Semoga perkongsian berkaitan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 KSSM memberikan manfaat terutamanya kepada pelajar dan guru. Diharapkan ia memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran masing-masing.

Related : sekolah rendah pengenalan buku teks tahun 6 bahan bantu mengajar teknologi dan kandungan digital buku teks pdf format pdf dimuat turun penggunaan teknologi bentuk digital, orang ramai mencetak buku teks, untuk memudahkan, bidang pendidikan