Sekolah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan

Bagi menggantikan peperiksaan yang telah dibatalkan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pelajar tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah menengah akan terlibat dalam pentaksiran ini. Berikut dikongsikan maklumat ujian beserta Format dan Contoh Soalan untuk panduan semua.

Bermula sesi akademik tahun 2022/2023, para pelajar perlu menduduki test di atas yang akan menjadi sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sumatif. Ia bukan pentaksiran berpusat tetapi sekolah diberikan tempoh untuk melaksanakan ujian ini bagi menguji tahap kognitif dan penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran. Ujian ini juga dilaksanakan bagi mengelakkan perbandingan prestasi ataupun pencapaian antara murid sekolah, daerah dan negeri.

Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) & Contoh Soalan

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Ujian di atas meliputi Format & Contoh Soalan untuk rujukan semua.

Untuk makluman, pentaksiran ini dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai sbahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sumatif pada akhir kalendar akademik persekolahan. Oleh itu ujian akan dilaksanakan secara ujian bertulis secara sepenuhnya.

Mata Pelajaran Yang Terlibat

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang terlibat untuk murid-murid Tahap 2 Sekolah Rendah iaitu Tahun 4, 5 dan 6:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah

Di bawah pula adalah senarai mata pelajaran yang terlibat untuk Tahap 1 Sekolah Menengah, iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Ingggeris
  • Sejarah
  • Geografi
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandunsun
  • Bahasa Semai
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Asasi Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Maharat Al-Quran
  • Usul Al-Din
  • Al-Syariah
  • Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah

Nota: Setiap mata pelajaran tertakluk kepada yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Begitu juga terhadap mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari yang bergantung kepada kesediaan sekolah. KPM akan menetapkan tempoh ujian dan pihak sekolah akan menetapkan jadual dan tarikh untuk menjalankan ujian.

Tahap Penilaian UASA

Penilaian ujian ini tidak menggunakan gres atau markah seperti sebelum ini. Murid-murid akan diukur prestasi masing-masing berdasarkan enam Tahap penguasaan seperti berikut:

1) TP1 : Tahu

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas

2) TP2 : Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

3) TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

4) TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

5) TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersiakap positif

6) TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

Format Pentaksiran Ujian

Berikut adalah panduan yang disediakan oleh KPM mengandungi instrumen-instrumen peperiksaan bagi setiap mata pelajaran untuk pelaksanaan Ujian di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Format Sekolah Rendah : 

format ujian akhir sesi akademik bahasa melayu sekolah rendah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik bahasa inggeris sekolah rendah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik matematik sekolah rendah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik sains sekolah rendah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik sejarah sekolah rendah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan

Format Sekolah Menengah:

format ujian akhir sesi akademik bahasa melayu sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik bahasa inggeris sekolah menengah tingkatan 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik bahasa inggeris sekolah menengah tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik bahasa inggeris sekolah menengah tingkatan 3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik bahasa inggeris sekolah menengah penulisan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik sains sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik pendidikan islam sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik maharat al Quran sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik usul al din sekolah menengah tingkatan 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik usul al din sekolah menengah tingkatan 2 dan 3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik al lughah al arabiah al muasirah sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik asas sains komputer sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalanformat ujian akhir sesi akademik reka bentuk dan teknologi sekolah menengah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan

Anda boleh memuat turun format-format pentaksiran bagi setiap mata pelajaran dan garis panduan pantadbiran berkenaan pentaksiran ini pada pautan di bawah:

Contoh Soalan UASA

KPM telah membangunkan satu sistem aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI) untuk guru menjana soalan-soalan peperiksaan. Pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada tempoh yang ditetapkan.

Contoh soalan Ujian Akhir Sesi Akademik adalah seperti berikut:

Contoh Soalan bahasa Melayu Tahun 4, 5, 6

Bahagian A – Tatabahasa:

Pokok mangga yang ditanam oleh ayah di halaman rumah sedang berbuah…

  • A. lebat
  • B. padat
  • C. penuh
  • D. tebal

Bahagian B – Pemahaman Petikan:

Sila garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat diberi

  • Ahmad tersenyum bangga kerana dapat meringankan tugas guru kelasnya

Bahagian C – Penulisan Perenggan:

Tuliskan pendapat tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang ditunjukkan di dalam grafik di bawah. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Contoh-contoh soalan bagi mata pelajaran yang lain boleh dirujuk secara tontonan video yang telah disediakan oleh KPM melalui saluran rasmi DidikTV. Anda boleh merujuk video-video berkenaan pada pautan berikut:

Video Pengenalan

Sebagai rujukan, di bawah adalah video pengenalan pentaksiran sumatif yang memperkenalan Ujian ini yang lebih jelas dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan, Lembaga Peperiksaan KPM:

Tarikh Pelaksanaan

KPM turut telah mengumumkan tempoh masa untuk pihak sekolah melaksanakan pentaksiran bagi sesi akademik 2023/2024 seperti di bawah:

  • 12 – 20 Januari 2024 : Sekolah memuat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah
  • 2 – 27 Janauri 2024 : Pelaksanaan ujian dan dijangka akan berlangsung sekitar bulan Januari 2024. Proses pentadbiran ujian serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian

Semoga perkongsian mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik meliputi Format & Contoh Soalan di atas dapat membantu semua.

Rel : sekolah rendah tahap dua, sesi akademik uasa untuk, januari 2023,