Jadual

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 KAFA

Panduan buat murid tahun 5 dan ibu bapa/ penjaga murid yang ingin mengetahui bila tarikh dan jadual peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) , tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2025. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK pada tahun 2025 yang memaparkan tarikh, masa, hari dan mata pelajaran.

Program KAFA menggunakan Kurikulum dan Buku Teks KAFA JAKIM yang menekankan kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah al-Quran, pembentukan akidah, bimbingan fardu ain, memupuk amalan fardu kifayah dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Jadual Peperiksaan UPKK 2025 Ujian Penilaian Kelas KAFA (Tarikh Dan Hari)

Berikut dikongsikan maklumat peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA buat panduan pelajar dan ibu bapa. Peperiksaan UPKK telah diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sukatan pelajaran kurikulum KAFA yang telah diselaraskan oleh JAKIM ini adalah untuk murid tahun lima. Antara sekolah-sekolah yang terbabit adalah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Peperiksaan UPKK bermatlamat untuk menilai tahap kemahiran, penghayatan dan kebolehan murid tahun 5 dalam bidang pengajian Islam. Ianya menjuruskan kepada Al-Quran, Adab (Akhlak Islamiyah), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Asas Lughatul Quran dan Jawi & Khat.

Mata Pelajaran Yang Dinilai

Bermula tahun 2024, JAKIM telah melaksanakan beberapa perubahan format pada instrumen UPKK. Antara format baru UPKK adalah:

  • Kertas Peperiksaan Tilawah Al Quran menjadi satu sahaja berbanding dua kertas sebelum ini
  • Subjek Ulum Syariah dipecahkan kepada dua Subjek iaitu Akidah (UPKK 02) dan Ibadah (UPKK 07)
  • Kertas Peperiksaan Adab juga dijadikan satu kertas berbanding dua kertas peperiksaan sebelum ini
  • Semua kertas ujian bertulis diberi tempoh 1 jam 15 minit sahaja untuk dijawab oleh calon
  • Setiap subjek akan mempunyai soalan berkaitan perkara asas dan ditanya di Bahagian A setiap kertas peperiksaan
  • Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk: Format Baru UPKK 2024

Terdapat lapan subjek dalam kurikulum KAFA iaitu:

  1. Al-Quran
  2. Akidah
  3. Ibadah
  4. Sirah
  5. Adab
  6. Bahasa Arab
  7. Jawi dan Khat
  8. Tahfiz al-Quran

Kaedah serta bentuk untuk dinilai melalui Peperiksaan UPKK adalah:

  • Secara Lisan – Al-Quran
  • Bentuk Amali – Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian – Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Penulisan Bertulis
    1. Aqidah
    2. Sirah
    3. Adab (Akhlak Islamiyah)
    4. Jawi dan Khat
    5. Asas Lughatul Quran
    6. Ibadah

Jadual Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Amali, Lisan dan Bertulis)

Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 yang telah dikongsikan oleh JAKIM.

Tarikh dan masa ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan:

A. Ujian Amali Solat

  • 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)

B. Penghayatan Cara Hidup Islam

  • 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)

C. Ujian  Al-Quran

  • 22 September hingga 17 Oktober 2025 (Waktu persekolahan)

E. Ujian Bertulis UPKK seperti berikut :-

Tarikh Ujian Bertulis UPKK tahun 2025 adalah dari 17 hingga 20 November 2025 seperti berikut.

17 November 2025 (ISNIN)

  • Akidah : 2.30 hingga 3.45 petang
  • Adab : 4.15 hingga 5.30 petang

18 November 2025 (SELASA) 

  • Ibadah : 2.30 hingga 3.45 petang
  • Jawi dan Khat : 4.15 hingga 5.30 petang

19 November 2025 (RABU)

  • Sirah : 3.00 hingga 4.15 petang

20 November 2025 (KHAMIS)

  • Bahasa Arab: 3.00 hingga 4.15 petang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik jadual rasmi di bawah ini.

Dipetik dari Facebook JAKIM,

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ihtbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bermula pada 17 hingga 20 November 2025 serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 bermula pada 18 hingga 21 Ogos 2025.

upkk 2025 Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 KAFA

Pemarkahan Gred UPKK

Pencapaian gred markah peperiksaan untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-

  • A (Tahap Cemerlang) 80-100%
  • B (Tahap Baik) 60-79%
  • C (Tahap Memuaskan) 40-59%
  • D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%
  • * * Tertakluk kepada sebarang perubahan

Akhir kata buat murid tahun 5 kelas KAFA, dengan ucapan selamat menduduki peperiksaan UPKK anda pada tahun 2025 ini. Semoga murid yang telah menghadapi UPKK ini akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.