Sekolah

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2024 Online

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 & 4 Online. Untuk makluman buat pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang membuat application ke SBP ambilan 2024. Untuk Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1  dan Tingkatan 4 2024 pula akan diumumkan selewat-lewatnya pada Mac 2024 (Tingkatan 1) dan juga Mac 2024 (Tingkatan 4). Semakan ini juga akan diumumkan selepas Pentaksiran Sekolah Khusus (PKSK) diadakan. Pada tahun 2023, tarikh semakan keputusan diumumkan bemula 17 Mac 2023.

Berdasarkan kepada Laman Web Permohonan Sekolah Khusus 2024, untuk penempatan ke Tingkatan Empat 4 SBP ambilan 2024 pula keputusan pemilihan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 1 Mac 2024. Bagi murid yang gagal mendapat tawaran, e-Rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 & 4 Online

Berikut adalah panduan semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat mengikut tarikh dan aplikasi semakan serta panduan rayuan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024

  • Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 : 1 Mac 2024. Tahun lepas, 17 Mac 2023 (3.00 petang).
  • e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan keputusan
  • Semakan erayuan ambilan 2 : 9 hingga 22 April 2024. Tahun lepas, 20 April 2023 (3.00 petang)
  • Tarikh Rasmi Mula Persekolahan Sesi 2024 KPM

Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2024

  • Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 : 1 Mac 2024. Tahun lepas pada 17 Mac 2023.
  • e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan keputusan
  • Semakan erayuan ambilan 2 : 9 hingga 22 April 2024. Tahun lepas, 20 April 2023 (3.00 petang)

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di aplikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.

Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

  • spskt1.moe.gov.my
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya

Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang berikan, sila CETAK surat dan lampiran tawaran dan bawa bersama ketika hari pendaftaran. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran jika dokumen calon tidak lengkap semasa sesi pendaftaran di SBP.

e-Rayuan SBP 2024

Perhatian buat pelajar yang gagal mendapat tempat di SBP, anda boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat application secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

Untuk makluman murid yang tidak membuat application secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan walaupun telah membuat e-rayuan kerana tidak menduduki peperiksaan UKSBP atau PKSK.

e-Rayuan akan mula dibuka apabila tarikh pengumuman penawaran ambilan pertama kepada murid yang berjaya diumumkan.

Cara Membuat e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

i) Calon yang telah membuat application atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Layari ke laman sesawang: Semakan SBP 2024
  • Langkah seterusnya akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

ii) Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Keputusan rayuan boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-

  • Tarikh semakan bermula pada 9 hingga 22 April 2024
  • Aplikasi semakan keputusan rayuan Tingkatan 1 : spskt1.moe.gov.my
  • Aplikasi semakan keputusan rayuan Tingkatan 4 : spskt4.moe.gov.my

Semoga panduan ini memudahkan pemohon untuk membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & Tingkatan 4 2024 secara Online. Tahniah buat pelajar yang berjaya untuk menyambung pelajaran menengah Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat ke Sekolah Berasrama Penuh. Buat mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dan terus berusaha.

Related : semasa hari pendaftaran semak keputusan, penempatan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4