Sekolah
Semakan Tahun 1 2026 – 2027 Online (Keputusan Penempatan)

Sekalian untuk penjaga / ibu / bapa yang ada pernah membuat registration anak-anak mereka untuk pengambilan Tahun 1 2026 – 2027. Mereka yang telah memohon melalui aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian di Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).
Anda boleh mula membuat semakan keputusan tersebut mengikut tarikh yang diberitahu melalui perkongsian ini secara dalam talian atau secara online (melalui sistem yang sama).
Registration melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian SPATKPM – Pemohon adalah untuk seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk juga negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya telah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2018 sekarang, pemohon dikehendaki menyemak registration semula kerana sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk membuat registration tersebut (arahan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Isi Kandungan
Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2026 – 2027 Online (Keputusan Penempatan)
Pertama sekali, registration untuk Murid Tahun 1 2026 dan 2027 akan dibuka mulai 1 Mac 2025 sehingga 30 April 2025. Pendaftaran ini terbuka kepada penjaga/ibu/bapa sahaja yang hanya dibenarkan untuk membuat registration bagi murid tersebut.
Mereka boleh melayari laman sesawang seperti idme moe untuk mengakses masuk ke sistem registration dalam talian bagi pengguna yang telah berdaftar.
Manakala, bagi pengguna yang baru. Anda boleh melayari daftar pengguna untuk membuat pendaftaran baru.
Perlu diingatkan bahawa kemasukan untuk tahun 2026 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020 sahaja.
Cara Untuk Membuat Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2026 – 2027
Berikut merupakan maklumat ringkas mengenai semakan keputusan Murid Tahun 1 secara dalam talian / online bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia untuk sesi pengambilan 2026 / 2027 di dalam laman sesawang idme KPM:
i) Tarikh semakan tahun 1 untuk seluruh Malaysia : –
Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2025 di pautan https://idme.moe.gov.my/
- Semakan Keputusan Penempatan bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia : 1 Ogos 2025
- Rayuan Penempatan: bagi sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh 1 hingga 31 Ogos 2025
- Ibu bapa perlu membuat pengesahan setelah membuat semakan. Sila cetak surat penempatan dan hantar ke sekolah yang telah diluluskan.
- Keputusan Rayuan: boleh disemak bermula pada tarikh yang akan dikemaskini (sekitar bulan Oktober atau November 2025)
Pengesahan/ Perakuan Penempatan
- Ibu Bapa penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/08/2025 hingga 11/01/2026
- Kerjasama Ibu Bapa Penjaga adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan tersebut.
- Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak mereka atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
- Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan ini adalah betul.
- lbu bapa penjaga diminta untuk menyimpan surat tawaran bagi rujukan di masa hadapan.
- Sekiranya Ibu Bapa Penjaga tidak bersetuju dengan penawaran penempatan ini dan ingin memohon pertukaran sekolah, mereka hendaklah membuat rayuan secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah pada 31/08/2025.
- Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Rayuan Penempatan
- Application rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
- Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan
- Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
- Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan.
Sekali lagi diberitahu bahawa semakan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian/online di laman sesawang idme KPM. Penjaga/ibu/bapa dikehendaki untuk log in/log masuk ke dalam aplikasi idme KPM yang sama dengan mengunakan maklumat yang telah didaftarkan – Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) pendaftaran anda sebelum ini. Berikut cara mudah untuk akses masuk di dalam sistem tersebut:
- Dikehendaki log in/log masuk untuk “DAFTAR MASUK” dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang dipilih
- Buat pilihan pada pautan Tahun 1
- Akhir sekali, tekan Semak untuk melihat keputusan penempatan anda
Untuk Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan masalah berkaitan idme KPM boleh dikemukakan ke e-mail supportidMe@moe.gov.my / daftartahun1@moe.gov.my atau boleh buat rujukan juga ke Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing.
Semoga dengan perkongsian ini memudahkan penjaga/ibu/bapa dalam membuat registration serta semakan. Segala maklumat ini berguna dan berkesan untuk anda. Selamat maju jaya.
Related : secara manual,