Sekolah

Contoh Soalan UKKM MRSM (Tingkatan 1 & 4)

Perhatian kepada calon-calon yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Satu peperiksaan yang dikenali sebagai Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) perlu diduduki oleh setiap calon yang ingin mendapat tempat di MRSM. Ujian ini bakal menguji calon kemasukan Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4. Sebagai panduan, berikut dikongsikan Contoh Soalan UKKM MRSM (Tingkatan 1 & 4).

MARA mengumumkan bahawa terdapat sejumlah 104,000 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2024 untuk mengisi 8,679 tempat yang ditawarkan 57 MRSM di seluruh negara. Oleh itu, UKKM merupakan indikasi yang digunakan untuk menapis calon yang berminat, berkelayakan dan cemerlang dalam aspek-aspek yang diingankan.

Contoh Soalan UKKM MRSM (Ujian Tingkatan 1 & 4)

Majlis Amanah Rakyat (MARA akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2024, secara berperingkat mulai bulan November 2023.

Calon akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat, dengan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi MARA. Calon akan menerima peringatan menerusi SMS atau emel yang didaftarkan ketika permohonan dilakukan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat itu, bermula pada bulan November / Disember.

Kesemua calon akan menduduki Ujian Khas ini di pusat-pusat ujian terpilih di MRSM di seluruh negara dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) lain, di Selangor dan Negeri Sembilan. Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

Di bawah dikongsikan informasi berkaitan Contoh Soalan UKKM MRSM (Tingkatan 1 & 4). Sebelum melihat kepada contoh soalan, berikut adalah format atau bentuk soalan UKKM yang akan diuji kepada calon-calon:

Bentuk Soalan UKKM

Terdapat empat ujian yang akan diambil oleh calon berdasarkan permohonan MRSM yang dibuat. Bagi calon yang memohon kemasukan ke MRSM Teknikal dan Ulul Albab, terdapat satu ujian khas yang perlu diambil sebagai syarat kelayakan.

  1. Sains
    • 30 soalan objektif
    • Masa menjawab : 30 minit
  2. Matematik
    • 20 soalan objektif
    • Masa menjawab : 30 minit
  3. Bahasa Melayu
    • 30 minit masa menjawab
    • 30 soalan objektif
  4. Ujian Keperibadian
    • 80 soalan objektif
    • Masa menjawab : 30 minit
  5. Ujian Teknikal Tingkatan 1
    • Masa menjawab : 35 minit
    • Calon program teknikal sahaja
  6. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
    • Masa menjawab : 20 minit
    • Ujian hafazan si depan panel/guru
  7. Ujian Khas IGCSE (Form 1)
    • Temuduga terbuka
    • Antara 20 hingga 35 minit

Contoh-Contoh Soalan UKKM

Untuk makluman, soalan UKKM bagi calon Tingkatan 1 merangkumi silibus pembelajaran Tahap II Sekolah Rendah manakala soalan bagi calon Tingkatan 4 merangkumi silibus Menengah Rendah.

1) Sains

  • Soalan berkaitan Pengetahuan Am
  • Calon perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu
  • Contoh Soalan:
  1. Which of the following is an example of non-flowering plants? Yang manakah antara berikut adalah contoh tumbuhan yang tidak berbunga?
    • A) Fern Paku-pakis
    • B) Rose Plant Pokok Ros
    • C) Tulip Plant Pokok Tulip
    • D) Durian Plant Pokok Durian
    • E) Papaya Plant, Pokok Betik
  2. Which of the following objects can be attracted by magnets? Objek yang manakah antara berikut boleh melekat dengan magnet?
    • A) Pen Pen
    • B)Pencil Pensel
    • C)Rubber Getah pemadam
    • D)Book Buku
    • E)Metal Ruler Pembaris besi

2) Matematik

  • Soalan berkaitan wang dalam peratusan, pecahan, perpuluhan dan nisbah untuk calon Tingkatan 1
  • Soalan berkaitan nisbah, kadaran, simpanan, pelaburan, kredit, hutang, pengiraan faedah dan konsep jual beli untuk calon Tingkatan 4
  • Contohnya, sekumpulan penternak membela sejumlah 200 ekor lembu. Terdapat 500 kaki binatang di ladang ternakan mereka. Berapa ekor kambing yang terdapat di ladang ternakan tersebut?
  1. Find the Highest Common Factor (HCF) of 24, 36, 72. Cari Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 24, 36 dan 72
    • A) 72
    • B) 36
    • C) 13
    • D) 12
  2. Round Off 0.029954 to 3 significant figures. Bundarkan 0.029954 kepada 3 angka bererti
    • A) 0.029900
    • B) 0.0299
    • C) 0.0300
    • D) 0.03
  3. List all the integers from -3 to 2. Senaraikan semua integer dari -3 hingga 2.
    • A) -3, -2, -1, 0, 1, 2
    • B) -3, -2, -1, 1, 2
    • C) -2, -1, 0, 1, 2
    • D) -2, -1, 0, 1
  4. (2p-3)(5p+4) =
    • A) 3p² -12
    • B) 10p² – 12
    • C) 10p² – 7p – 12
    • D) 10p² + 7p – 12
  5. Given 2p=q/r-4, calculate the value of r if p=3 and q=30. Diberi 2p=q/r-4, hitung nilai r jika p=3 q=30
    • A) 9
    • B) 6
    • C) 2
    • D) 1

3) Ujian Keperibadian

  • Soalan berkaitan personaliti diri calon-calon
  • Calon dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan
  • Contohnya, Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah), Saya mudah bersimpati terhadap orang lain (Betul/Salah)
  • Calon digalakkan unutk memilih jawapan yang munasabah dan positif

4) Ujian Teknikal

  • Akan dikemaskini

5) Ujian Khas Ulul Albab

  • Calon akan diberi masa 25 minit untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang akan diberikan.
  • Kemudian 35 minit untuk membaca hafazan masing-masing
  • Sebelum ini, ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al- Mulk ayat 1 hingga ayat 12

Calon juga digalakkan untuk mengulang kaji soalan-soalan tahun lepas UPSR atau PT3 sebagai persediaan menduduki UKKM. Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga merupakan contoh soalan yang akan diberikan kepada calon.

Pautan Semakan Panggilan UKKM

MARA telah membuat pemakluman panggilan untuk calon UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk rujukan semua calon permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi persekolahan tahun 2024:

  • Tarikh Semakan Panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Khas IGCSE/ Ujian Teknikal : Bermula 27 Oktober 2023 hingga 22 Disember 2023
  • Tempoh UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Khas IGCSE/ Ujian Teknikal : Belum diumumkan lagi (Secara berperingkat)

Makluman panggilan hanya melalui SMS dan emel calon. Selain itu, calon juga boleh menyemak secara online melalui :

PERINGATAN : Calon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran, borang pengesahan pendapatan ibu atau bapa atau penjaga (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian.

semakan panggilan mrsm

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu calon-calon yang memohon kemasukan ke MRSM. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon untuk mendapatkan tempat di MRSM.

Related : kelancaran membaca al quran, 4 di pusat pusat, membaca al quran tajwid, 25 minit sahaja, berdasarkan kelancaran membaca al, matematik sains, pelajar daripada keluarga berpendapatan, pemohon yang memohon ulul, pusat pusat ujian terpilih, tarikh ujian ukkm, dilaksanakan secara berperingkat bermula,