Sekolah

Syarat Kemasukan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara Terkini 2025-2026. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah Syarat kelayakan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Sehubungan dengan itu, kami kongsikan Syarat Kemasukan MRSM Terkini : Umum Dan Akademik untuk panduan pelajar yang berminat.

Pengambilan pelajar tahun 2026 telah dibuka dari 1 Ogos  hingga 7 September 2025. Syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Kita semua tahu bahawa MRSM adalah di antara sekolah terbaik di seluruh Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Kemasukan Ke MRSM Sesi 2026

Semua pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat memasuki MRSM adalah dinasihatkan untuk merujuk lepada syarat kelayakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebelum memohon.

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Terkini untuk rujukan pelajar semua.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.

Syarat Umum  MRSM

Turut dikongsikan adalah antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat application MRSM Tingkatan Satu (1) & 4 2026 secara online :-

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
  • Calon dari sekolah yang berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
  • Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
  • Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 1 MRSM

  • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang
  • Aktif kegiatan kokurikulum
  • Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4

  1. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang
  2. Aktif kegiatan kokurikulum
  3. Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan

Nota Penting

Untuk pengetahuan pemohon, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI)    Kementerian Pendidikan  Malaysia  tidak  akan  ditawarkan  ke  MRSM.

Diharapkan pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan boleh membuat application kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 secara online di MARA. Selamat maju jaya kepada pemohon dan semoga anda berjaya dalam mendapataan tawaran kemasukan.