Nota

Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2 KSSM (Download)

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan, sekolah berasrama penuh dan semua sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tahukah anda bahawa anda boleh memuat turun salinan lengkap buku teks bagi mata pelajaran Sejarah? Oleh itu, berikut adalah perkongsian mengenai Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2 KSSM sebagai rujukan dan panduan untuk semua.

Untuk makluman, buku teks ini telah ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tingkatan 2 yang memperincikan kepada sepuluh bab bertemakan Warisan Negara. Tema ini terdiri daripada dua tajuk utama iaitu Tajuk 5: Kerajaan Alam Melayu dan Tajuk 6: Kesultanan Melayu Melaka sebagai Asas Kerajaan Masa Kini. Pengetahuan dan pemahaman tentang tajuk-tajuk ini dipelajari secara kronologi agar mencapai fokus utama KSSM untuk melahirkan pelajar yang arif dan peka sejarah.

Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 2 (Form 2)

Di bawah adalah sukatan bab dan pautan untuk memuat turun Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2 KSSM. Pelajar dan guru boleh merujuk maklumat berikut untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan atau persiapan sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Sukatan Bab Sejarah Tingkatan 2

Berikut adalah perincian setiap bab dalam mata pelajaran Sejarah bagi Tingkatan 2:

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Bab I Kerajaan Alam Melayu

Alam Melayu merupakan kawasan yang merangkumi kepulauan dan tanah besar. Sejarah awal Alam Melayu memperlihatkan kemunculan beberapa kerajaan yang masyhur seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara.

Kerajaan-kerajaan ini mempunyai persamaan dalam aspek geografi, bahasa dan budaya. Kerajaan-kerajaan ini telah berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor. Kegemilangan kerajaan ini turut dikenali setanding dengan tamadun dunia yang lain.

  • Konsep Alam Melayu
  • Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu
  • Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur
  • Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman

Bab II Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Kerajaan mempunyai sistem pemerintahan tersendiri, iaitu sistem beraja. Masyarakat kerajaan juga menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan hasil laut serta perlombongan dan pembuatan.

  • Sistem Pemerintahan
  • Kegiatan Ekonomi

Bab III Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sosiobudaya merupakan cara hidup dan pemikiran sesebuah masyarakat. Masyarakat kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara berkembang dengan ciri-ciri sosiobudaya yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, sosiobudaya ini diamalkan mengikut kesesuaian situasi dan kreativiti kerajaan masing-masing. Sosiobudaya masyarakat kerajaan sentiasa berkembang dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

  • Bahasa Dan Tulisan
  • Persuratan
  • Seni Bina
  • Struktur Sosial

Bab IV Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Masyarakat kerajaan Alam Melayu mempunyai pegangan agama dan kepercayaan. Kepercayaan awal masyarakat ini ialah animisme dan dinamisme sebelum menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha. Seterusnya, masyarakat kerajaan Alam Melayu menerima pula pengaruh agama Islam.

Keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang merangkumi aspek sistem pemerintahan beraja dan kebijaksanaan pemerintah, kegiatan ekonomi, perkembangan sosiobudaya dan amalan beragama telah membuktikan kegemilangan kerajaan Alam Melayu.

  • Agama dan Kepercayaan
  • Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Bab V Kesultanan Melayu Melaka

Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesinambungan kepada kerajaan masyhur di Alam Melayu. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara dan menjadi sebuah kerajaan yang unggul dan gemilang. Kemantapan kepimpinan raja, sistem pemerintahan dan perundangan telah melonjakkan kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka.

Namun begitu, Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis.

  • Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
  • Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

Bab VI Kesultanan Johor Riau

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran ke arah kegemilangan. Kegemilangan dicapai dari aspek perdagangan dan persuratan Melayu.

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah empayar yang unggul di Alam Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

  • Pengasasan Kesultanan Johor Riau
  • Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

Bab VII Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor merupakan kelangsungan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Pengasas Kesultanan Pahang dan Perak merupakan kesinambungan langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka. Pengasasan Kesultanan Selangor dan Terengganu pula berkait rapat dengan Kesultanan Johor Riau.

Oleh itu, warisan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor. Hal ini dapat dilihat dalam sistem pemerintahan, agama Islam dalam pemerintahan, perundangan, adat istiadat, persuratan, dan ekonomi.

  • Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Bab VIII Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Kegemilangan kerajaan Alam Melayu turut diwarisi menerusi pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis. Kerajaan-kerajaan ini diasaskan dalam tempoh masa yang berbeza-beza dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Kerajaan-kerajaan ini juga menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negeri Melayu yang lain.

Kebijaksanaan pemerintah menghadapi cabaran sejak pengasasannya telah membolehkan setiap kerajaan ini berkembang makmur dan stabil.

  • Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
  • Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang lain.

Bab VIV Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Aspek warisan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis mencakupi sistem pemerintahan beraja, adat istiadat, perundangan, persuratan dan kesenian. Aspek warisan Negeri Sembilan pula meliputi keunikan adat dan pemerintahannya.

Warisan kegemilangan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis ini kekal hingga kini.

  • Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
  • Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan

Bab X Sarawak dan Sabah

Sarawak dan Sabah merupakan sebahagian daripada Alam Melayu. Masyarakat Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan mereka sendiri. Mereka telah menyesuaikan kehidupan harian dengan bentuk muka bumi, khususnya sungai.

Hal ini telah mewujudkan keunikan kepada warisan budaya masyarakatnya yang berlainan dari satu tempat ke satu tempat mengikut kaum masing-masing.

  • Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu
  • Kemunculan Pemerintahan Tempatan
  • Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah
  • Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

Muat Turun Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2

Bagi memuat turun Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2, sila buka pautan di bawah:

Diaharapkan perkongsian berkaitan Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 2 KSSM memberikan manfaat kepada pelajar dan guru. Semoga urusan pembelajaran dan pengajaran dapat dipermudahkan.

Related : pengenalan buku teks penting untuk membeli buku murid murid, pdf kssm tingkatan 2