Sekolah

Permohonan SMA Terengganu 2026 & Semakan Keputusan SMANT Online

Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) akan membuka permohonan kemasukan secara online. Permohonan SMANT ini terbuka kepada pelajar yang berasal daripada negeri Terengganu dan berminat untuk mempelajari ilmu agama Islam. Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang akan memasuki Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. SMANT terdiri daripada tiga jenis sekolah iaitu sekolah berasrama penuh, sekolah berasrama harian dan Madarash Moden Terengganu atau dikenali sebagai MAIDAM.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bertanggungjawab mengelola pentadbiran SMANT dan pengurusan kemasukan pelajar. Sehingga hari ini, terdapat 13 buah SMANT dibangunkan di seluruh negeri Terengganu. Inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dalam memberikan pelajaran yang seimbang antara ilmu sains dan agama wajar dipuji dan dimanfaatkan oleh ibu bapa. Kejayaan SMANT dalam melahirkan pelajar yang cemerlang menjadikan permohonan kemasukan pelajar baru meningkat dari tahun ke tahun. Justeru, ibu bapa perlu peka dalam memastikan proses permohonan dilakukan dengan betul dan pada tarikh yang ditetapkan.

infografik smant Permohonan SMA Terengganu 2026 & Semakan Keputusan SMANT Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Negeri Terengganu (SMANT) 2026 Online

Berikut dikongsikan informasi penting seperti tarikh dan cara melakukan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu ambilan tahun 2026.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan kemasukan SMANT bagi tahun 2026 rasmi yang telah diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu adalah seperti berikut :

Ambilan SMANT Online 2026
Tarikh buka4 September 2025
Tarikh tutup 4 Oktober 2025

Borang Permohonan SMANT 2026 Online

JHEAT melalui unit ICT telah menyediakan sistem permohonan kemasukan secara online. Sistem ini memudahkan ibu bapa dan juga pelajar untuk melakukan permohonan. Berikut adalah pautan kepada sistem tersebut.

Borang Online
Sistem SMAonline

Pemohon hendaklah mengisi permohonan mengikut kategori yang layak. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan.

iklan smant 2026 Permohonan SMA Terengganu 2026 & Semakan Keputusan SMANT Online

Syarat Kemasukan Ke SMANT

Syarat-syarat kemasukan ke SMANT adalah mengikut sekolah dan berbeza mengikut tingkatan. Di bawah akan dikongsikan syarat-syarat kemasukan bagi pelajar Tingkatan 1.

Syarat umum kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia & rakyat Terengganu
    • Calon mestilah lahir di Terengganu;
    • Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu;
    • Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu dan mempunyai niat serta bukti akan terus tinggal di Terengganu
  2. Berumur 13 tahun pada tahun semasa
    • Calon yang lahir pada pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
  3. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik
    • Calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik yang boleh menghalang terlibat aktiviti sekolah dan asrama
  4. Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024
    • Calon telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 atau sekurang-kurang mempunyai Sijil Kelas Fardu Ain lain yang setara.
    • Calon yang memperoleh keputusan terbaik akan diberi keutamaan
  5. Mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web ditetapkan
    • Calon mestilah membuat pengisian borang permohonan secara atas talian
  6. Calon-calon dari :
    • Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
    • Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR)
    • Sekolah Rendah Agama Swasta
    • Bersetuju menerima mana-mana SMANT yang ditawarkan oleh JPINT
  7. Lulus ujian dan temu duga dijalankan oleh JPINT

Syarat khusus kemasukan mestilah memperolehi result UPKK atau setara mengikut sekolah – sekolah pilihan berikut :

KEMASUKAN KE SEKOLAHKRITERIA KHUSUS
 Kemasukan ke SMA(A)SZAMemperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A dalam UPKK
Kemasukan ke SMIDI Dungun & SMIDI Kuala NerusMemperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 8 Mumtaz (6 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 7A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara
Kemasukan ke SMA Khairiah Memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK
Kemasukan ke SMASZA Ladang Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK
 Kemasukan ke SMIDI Besut & SMIDI Hulu TerengganuMemperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 5 Mumtaz (3 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 5A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara
Kemasukan ke SMA Maarif, SMA Sultan Ismail, SMA Mahmudiah & SMA MarangMemperoleh sekurang-kurangnya 2A dalam UPKK
Kemasukan ke SMA Al-FalahMemperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam UPKK
Kemasukan ke SMA Ittifakiah  & SMA SetiuTerbuka kepada semua calon yang memenuhi kriteria-kriteria umum

Semakan Ujian Bertulis & Temuduga SMANT 2026

Ibu, bapa atau penjaga calon boleh merujuk tarikh-tarikh penting berikut sebagai panduan untuk memastikan proses permohonan kemasukan ke SMA Negeri Terengganu 2026 berjalan lancar:

Tarikh-Tarikh Ujian Kelayakan SMANT 2026 Online
Semakan Panggilan Ujian Bertulis/ Pelaksanaan Ujian9 Oktober 2025/ 25 Oktober 2025
Semakan Panggilan Temuduga/ Pelaksanaan Temuduga6 November 2025/ 15 November 2025

smant ujian bertulis 26 Permohonan SMA Terengganu 2026 & Semakan Keputusan SMANT Online

Semakan Keputusan SMANT 2026 Online

Berikut adalah tarikh penting di mana calon boleh membuat semakan keputusan tawaran SMANT samada layak atau tidak. Juga calon yang gagal boleh membuat rayuan seperti tarikh ditetapkan.

Tarikh Semak Tawaran
Tarikh 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026

Semakan keputusan tawaran boleh disemak melalui pautan di bawah.

Pautan Semakan Keputusan
SMAonline

Calon yang gagal boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026. Keputusan Rayuan akan dimaklumkan pada tarikh 6 – 11 Januari 2026.

Pendaftaran Kemasukan ke SMANT Online 2026

Tarikh pendaftaran kemasukan ke SMANT bagi tahun 2026 adalah pada 13 Januari 2026.

Pendaftaran SMANT  2026
Tarikh 13 Januari 2026

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik berikut :-

smant tarikh penting 26 Permohonan SMA Terengganu 2026 & Semakan Keputusan SMANT Online

Semoga perkongsian di atas membantu pelajar dan ibu bapa dalam permohonan kemasukan ke SMANT. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pemohon yang berjaya.

Rel : kemasukan ke sma a cara hubungi pendaftaran sekolah bagi tingkatan kemasukan ke sma terengganu