Nota

Kerajaan Agraria (Ciri-Ciri) – Tamadun Awal Asia Tenggara

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4, adakah anda sudah mengulang kaji Bab 3 dalam matapelajaran Sejarah? Sekiranya belum, di bawah dikongsikan nota ringkas berkaitan Kerajaan Agraria – Tamadun Awal Asia Tenggara untuk rujukan semua. Pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga digalakkan untuk merujuk sebagai langkah persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Seperti sedia maklum, tamadun atau kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaiatu di Tanah Besar Asia Tenggara (Kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia) dan Kepulauan Asia Tenggara (Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya, Majapahit). Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara juga terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Agraria yang berorientasikan pertanian dan Kerajaan Maritim yang berasaskan perdagangan dan kelautan.

Ciri-Ciri Kerajaan Agraria – Tamadun Awal Asia Tenggara

Berikut dikongsikan contoh soalan beserta jawapan berkaitan Kerajaan ini yang merangkumi ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan tersebut :-

Contoh Soalan

Baca juga: Buku Teks Sejarah Form 4

1. Apa Itu Kerajaan Agraria?

  • Sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan memungut hasil hutan serta sungai
  • Kerajaan ini terbentuk di kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian seperti di lembah sungai, kawasan pedalaman seperti kawasan berbukit dan juga lereng gunung
  • Contoh kerajaan adalah Dvaravati, Taruma, Sailendra, Angkor, Sukhotai dan Funan

Lokasi

Kawasan lembah sungai yang subur contoh:

  • Kerajaan Dvaravati (Thai)
  • Sungai Irrawadi (Myanmar)
  • Kerajaan Sungai Merah (Vietnam)
  • Kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam)

Kawasan pedalaman di kawasan berbukit dan di lereng gunung berapi contoh:

  • Kerajaan Taruma di Indonesia

2. Apakah Ciri-Ciri Kerajaan Agraria?

  • Lokasi lazimnya di lembah sungai dan kawasan yang subur untuk pertanian
  • Aktiviti menanam sawah padi dan padi huma dijalankan
  • Selain itu, tanaman seperti sayur-sayuran, jagung dan pisang dijalankan sebagai tanaman sampingan
  • Pelbagai rempah seperti lada hitam dan cengkih telah dihasilkan
  • Hasil hutan dikumpulkan seperti kayu gaharu, kayu cendana dan buah-buahan
  • Aktiviti menangkap ikan di kawasan sungai, paya dan sawah
  • Penternakan binatang seperti ayam, kambing, lembau dan juga kerbau
  • Hasil ternakan atau tanaman yang berlebihan akan dipasarkan atau dibekalkan bagi masyarakat di bandar atau penduduk maritim
  • Kerajaan bertanggungjawab menguruskan sistem pengairan serta melibatkan raja dalam pembinaan
  • Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap adalah contoh sumber sistem pengairan yang dibina

3. Nyatakan Kegiatan Ekonomi Kerajaan

  • Aktiviti pertanian seperti tanaman sawah padi dan padi huma
  • Aktiviti tanaman sampingan seperti sayur-sayuran, jagung, pisang dan
  • Penghasilan pelbagai rempah seperti lada hitam dan cengkih
  • Pengumpulan hasil hutan seperti kapur barus, tanduk, gading, damar dan buah-buahan
  • Sarang burung dari gua diambil bagi tujuan perdagangan
  • Aktiviti tangkapan ikan di paya, sungai atau sawah
  • Aktiviti ternakan binatang seperti kerbau, lembu, ayam dan kambing
  • Memasarkan hasil tanaman dan ternakan yang berlebihan untuk penduduk di bandar dan maritim

4. Apakah Faktor Perkembangan Kerajaan?

  • Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam menguruskan sistem pengairan
  • Raja Indravarman 1 turut terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
  • Sumber sistem pengairan yang baik adalah daripada Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
  • Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
  • Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
  • Mempunyai sumber air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap
  • Hasil padi dapat menampung keperluan beras penduduk

Lain-Lain Soalan

Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75 – 76)

  • Menanam padi sawah atau padi huma
  • Menanam tanaman sampingan
  • Menghasilkan pelbagai jenis rempah
  • Mengumpulkan hasil hutan
  • Mengambil sarang burung dari gua
  • Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • Mendapatkan kulit kura-kura
  • Menternak binatang
  • Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada masyarakat maritim

Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu sama lain ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 83)

  • Beras – Kerajaan ini membekalkan beras kepada kerajaan maritim
  • Dagangan – Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan
  • Mewah – Kerajaan ini bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar
  • Hutan – Kerajaan ini membekalkan hasil hutan sebagai tukaran dalam perdagangan
  • Gajah – Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan ini
  • Tukang – Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh kerajaan ini

Kerajaan Funan telah berubah kepada Kerajaan Maritim. Apakah punca atau sebab berlaku perubahan tersebut?

  • Terdapat kemudahan pengangkutan di Sungai Mekong
  • Kedudukan Oc-Eo
  • Terletak di muara Sungai Mekong
  • Terlindung daripada tiupan angin
  • Mempunyai kemudahan pelabuhan
  • Kaya dengan bekalan makanan dan minuman

Jelaskan sumbangan kerajaan tersebut kepada tamadun awal di Asia Tenggara

  • Tasik Tonle Sap telah menjadi sumber pengairan untuk aktiviti pertanian sekitarnya
  • Juga menjadi sumber protein iaitu tangkapan ikan dan sumber air minuman
  • Kawasan tanah tinggi atau bukit yang tidak mendapat air dibuat teres untuk penanaman padi huma
  • Penternakan binatang dapat memenuhi keperluan penduduk dan dipasarkan kepada masyarakat maritim

Apakah ciri-ciri untuk memiliki sebuah pelabuhan yang menarik kunjungan kapal-kapal dagangan di peringkat antarabangsa?

  • Ciri-ciri utama adalah pelabuhan tersebut perlu lengkap dari seluruh aspek infrastruktur
  • Contohnya kemudahan mengangkut kontena, kemudahan storan kontena, perkhidmatan servis kapal, pusat penginapan untuk krew kapal dan juga kemudahan pengangkutan ke bandar yang terdekat.

Wajarkah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan di atas diberikan keutamaan dalam masyarakat hari ini?

  • Wajar kerana pertanian merupakan sektor penyumbang ekonomi yang sangat penting
  • Kegiatan ekonomi yang diamalkan perlu diberi keutamaan dengan mengaplikasikan teknologi terbaharu supaya dapat menampung keperluan masyarakat di seluruh dunia yang bertanbah dari hari ke hari.

Diharapkan perkongsian nota-nota berkenaan di atas, dapat membantu pelajar.

Related : padi sawah, mempunyai teknologi, kerajaan angkor, peringkat awal, kerajaan yang berasaskan pertanian, subur di lembangan sungai, kawasan tanah subur, agraria ialah padi huma ubi taro dan padi sawah, berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian, hasil utama kegiatan pertanian, pertanian ialah padi huma, tanah subur di lembangan, kegiatan pertanian ialah padi,