Nota

Kebaikan Dan Keburukan Kawalan Biologi Dalam Pertanian

Sains adalah merupakan satu komponen penting dalam bidang pertanian. Kita boleh lihat masalah yang sering dihadapi dalam pertanian adalah serangan daripada serangga perosak. Oleh itu, pelbagai kaedah diperkenalkan bagi mengelakkan daripada serangga perosak. Berikut dikongsikan kawalan biologi dalam pertanian iaitu kebaikan dan keburukan untuk panduan semua.

Pengusaha pertanian dalam negara ini gemar menggunakan racun serangga yang mengandungi bahan kimia kerana ia memberi kesan yang cepat serta mudah untuk diuruskan. Tetapi apabila penggunaan racun serangga digunakan secara keterlaluan dan tanpa kawalan, perosak mampu mengadaptasi dan menjadi kebal terhadap racun tersebut. Pada jangka masa panjang, racun serangga akan menjadi kebal dan hasil pertanian akan musnah. Adakah kaedah kawalan biologi lebih baik berbanding penggunaan racun serangga?

Kaedah Kawalan Biologi Dalam Pertanian – Kebaikan Dan Keburukan

Dibawah adalah definisi kawalan biologi serta kebaikan dan keburukan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam pertanian.

Definisi Kawalan Biologi

Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia. Lazimnya interaksi diantara haiwan mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi dalam bidang pertanian di Malaysia.

Contoh Haiwan Bagi Kawalan Biologi

  • Burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit.
  • Ikan guppy dipelihara di dalam kolam untuk memakan jentik-jentik

Manfaat Kaedah Kawalan Biologi

KEBAIKAN

KEBURUKAN

1. Kos yang berpatutan berbanding menggunakan bahan kimia

1. Memerlukan tempoh masa yang lama

2. Selamat dan tiada kesan sampingan

2. Sukar di kawal kerana melibatkan organisma hidup

3. Tidak mencemarkan alam sekitar

3. Memerlukan perancangan yang lebih teliti

4. Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak

5. Mengekalkan keseimbangan kitaran ekologi

Kesan negatif penggunaan bahan kimia

  1. Menjejaskan kesihatan petani kerana terdedah pada bahan kimia
  2. Keracunan makanan disebabkan hasil pertanian yang mengandungi banyak racun
  3. Pencemaran air akan berlaku kerana hasil penggunaan racun serangga yang tak terkawal akan mengalir ke sungai atau sumber air berdekatan.

Kesimpulan

Di sini apa yang boleh disimpulkan adalah kaedah kawalan biologi lebih baik berbanding penggunaan racun serangga yang mempunyai bahan kimia. Justeru, penggunaan kawalan biologi harus digalakkan dalam kalangan pengusaha pertanian bagi mengekalkan keseimbangan ekologi sekitar dan hasil pertanian yang lebih berkualiti.

Semoga perkongsian berkaitan kawalan biologi dalam pertanian-kebaikan dan keburukan bermanfaat buat semua.