BPKP
Semakan UPU 2021 Online & Keputusan Rayuan Kemasukan Ke UA/ IPTA
Disemak dan dikemaskini pada pukul
Perhatian kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengannya. Tahukah anda bila dan bagaimana untuk menyemak keputusan tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti yang dimohon melalui UPU? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat Semakan UPU 2021 Online beserta semakan keputusan rayuan kemasukan Ke UA/ IPTA untuk rujukan semua.
Untuk makluman pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan di UPUOnline, hebahan keputusan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan akan dimaklumkan oleh pihak UPUOnline di laman web atau Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (BPKP JPT). Anda boleh merujuk perkongsian di bawah mengikut jenis kategori sama ada lepasan SPM dan setaraf atau lepasan STPM dan yang setaraf dengannya untuk melakukan semakan status permohonan.
Isi Kandungan
Semakan UPU 2021 Online & Semak Keputusan Rayuan Kemasukan Ke UA/ IPTA
Di bawah merupakan maklumat berkaitan tarikh dan cara untuk membuat semakan keputusan UPU 2020 secara online bagi keputusan tawaran kemasukan ke UA/IPTA mengikut kategori masing-masing.
Baca juga: Semakan Panggilan Temuduga UPU Lepasan SPM/ STPM
Kategori Lepasan SPM | |||
Hebahan Keputusan UPU | |||
Tarikh Buka | 3 Jun 2020 (12:00 tengah hari) | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini | ||
Nota: Sistem aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Ia akan ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan | |||
APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN UPU | |||
Kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA)/ Institut yang telah ditetapkan kepada calon akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan di bawah: | |||
Tarikh Pendaftaran Pelajar ke UA dan IPT
Bagi pemohon yang telah berjaya menempatkan diri di UA dan IPT, pendaftaran kemasukan akan bermula pada:
- 27 Jun – 4 Oktober 2020 (Universiti Awam)
- 5 Julai – 4 Januari 2021 (IPT)
Permohonan Rayuan UPU | |||
Tarikh Buka | 3 Jun 2020 | ||
Tarikh Tutup | 10 Jun 2020 | ||
Nota: Kepada pemohon yang tidak mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan. Untuk rayuan permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh kemukakan permohonan terus daripada institusi terbabit. Sebarang kelewatan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. | |||
APLIKASI PERMOHONAN RAYUAN UPU | |||
Sistem Permohonan Rayuan UPU | |||
Keputusan Rayuan UPU | |||
Tarikh Buka | 22 Jun 2020 | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini | ||
Keputusan Hebahan Kedua Rayuan UPU | |||
Tarikh Buka | 14 Julai 2020 | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini |
Berikut adalah maklumat semakan keputusan UPU beserta semakan rayuan UPU untuk lepasan STPM/ setaraf :-
Kategori Lepasan STPM | |||
Hebahan Keputusan UPU Fasa 2 | |||
Tarikh Buka | 18 Ogos 2020 (Jangkaan) | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini | ||
APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN UPU | |||
Nota: Pemohon boleh membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran mengikut zon di atas. | |||
Permohonan Rayuan UPU | |||
Tarikh Buka | akan dikemaskini | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini | ||
APLIKASI PERMOHONAN RAYUAN UPU | |||
Sistem Permohonan Rayuan UPU | |||
Keputusan Rayuan UPU Fasa 1 | |||
Tarikh Buka | akan dikemaskini | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini | ||
Keputusan Rayuan UPU Fasa 2 | |||
Tarikh Buka | akan dikemaskini | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini |
Punca Gagal UPU
Panduan Memilih Program:
- Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi
- Program yang minat
- Pilihan program mengikut keutamaan
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
- 90% MARKAH AKADEMIK
- 10% MARKAH KOKURIKULUM
Berikut diantara punca anda gagal mendapay tawaran UPU :-
1.Tidak menepati syarat khusus yang program yang dipohon
Sebelum membuat permohonan, pelajar disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu tentang syarat minima yang telah ditetapkan untuk sesuatu program. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Oleh itu, pelajar perlu memilih program yang menepati syarat kemasukan program dan kursus yang dipohon
2. Dokumen yang penting tidak lengkap
Ketika mengisi borang permohonan, pelajar diminta untuk memuat naik beberapa dokumen penting seperti Sijil SPM, keputusan MUET, transkrip dan banyak lagi. Dokumen itu pula mesti disahkan sebelum dimuat naik. Jika dokumen ini tidak dihantar dan disahkan secara automatik permohonan anda ditolak
3. Gagal dalam temuduga
Terdapat beberapa program yang memerlukan anda untuk hadir ke sesi temuduga seperti program perguruan. Untuk diterima masuk ke program tersebut anda perlu melepasi dengan cemerlang sesi temuduga kemudian anda akan diterima masuk ke program yang dipohon. Oleh itu kami nasihatkan anda mempersiapkan diri anda dengan temuduga yang bakal anda hadapi
4. Tempat terhad
Bagi pelajar yang membuat permohonan bagi kursus yang popular anda harus bersedia dengan saingan yang sengit dengan pelajar lain. Pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pelajar namun tempat adalah terhad. Oleh itu pemilihan dibuat berdasarkan merit pemohon
5. Menolak tawaran kemudian membuat permohonan semula melalui e-rayuan
Jika pemohon telah menolak tawaran untuk yang kali pertama secara automatik permohonan anda melalui e-rayuan akan ditolak. Ini kerana permohonan e-rayuan hanya terbuka kepada mereka yang tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UPU
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan semakan keputusan UPU termasuk program pengajian, sila rujuk pautan di bawah:
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
- Sistem Maklum Balas UPU: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Portal Rasmi UPU
Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya menempatkan diri di IPTA. Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan tawaran UPU 2020 Online Keputusan Tawaran Kemasukan Ke UA politeknik premier konvensional metro kolej komuniti ILKA TVET IPG Matrikulasi Politeknik Kolej Komuniti dapat memberi manfaat kepada semua. ua ipg kolej matrikulasi ipg kolej matrikulasi politeknik, sesi akademik jarak no kad pengenalan