Informasi

Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446H

Bilakah tarikh penting dalam Kalendar Hijriah tahun ini di Malaysia? Berikut dikongsikan Takwim Islam JAKIM beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2024 ini. Takwim Hijriah (Kalendar Hijrah) atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi. Terdapat 12 bulan dalam kalendar bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Takwim Islam JAKIM Tahun 2024 Masihi/ 1445-1446 Hijrah

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam di Malaysia yang memaparkan tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia untuk rujukan semua.

Seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram (Maal Hijrah) dan Maulidur Rasul.

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024/ 1445H-1446H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

Hari Kebesaran & Perayaan Islam 2024

TARIKH HIJRI 1445 TARIKH MILADI (2024) HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab8 FebruariIskraj Mikraj
  1 Ramadhan *12 MacAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa
  17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
  1 Syawal *10 AprilHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
  10 Zulhijjah *17 JunHari Raya Qurban/ Aidiladha
  1 Muharram 1446H7 JulaiAwal Muharram/ Maal Hijrah
  12 Rabiulawal 1446H16 SeptemberMaulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF di JAKIM.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam 2024

TARIKH-PENTING-DALAM-ISLAM-TAHUN-2024.

Takwim 2024 Miladiah/ 1445-1446 Hijriah Malaysia

Dikongsikan juga Takwim Islam yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan Islam dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Takwim-Miladiah-2024M-1445-1446H

  • Kalendar Miladiah tahun semasa ini boleh dimuat turun dalam PDF di Takwim Miladiah

Sejarah Dan Perkembangan Takwim Hijrah

Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah danZulhijah.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada a l – Ra m a d a ‘ bermaksud sangatpanas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Ja m a d bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi’) waktu nama tersebut diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.

Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakanbulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata sy ala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).

Permulaan Hari

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M. Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah.

Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia. Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan
akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l – Wa d a ‘ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Perubahan Takwim Hijrah

Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut di ambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun
hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

Perbezaan Jarak

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan
ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.

Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan
natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.

Contohnya seperti berikut:

(1980-622)/32 x33 = 1400H

Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622.

Contoh seperti berikut:

(1100×32/33) + 622 = 1688M

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.

SUMBER : Klik DBP

Perincian Kalendar Islam 2024 Mengikut Bulan

i) Januari, Februari & Mac

kalendar-islam-2024-januarikalendar islam 2024 februari Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 mac Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446H

ii) April, Mei & Jun

kalendar islam 2024 april Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 mei Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 jun Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446H

iii) Julai, Ogos & September

kalendar islam 2024 julai Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 ogos Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 september Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446H

iv) Oktober, November & Disember

kalendar islam 2024 oktober Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 november Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446Hkalendar islam 2024 disember Kalendar Islam 2024 Dan Tarikh Penting 1445H-1446H

Untuk paparan yang lebih jelas, boleh buka pautan takwim hijri dalam eSolat atau takwim yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor

Semoga perkongsian Kalendar Islam 2024 di atas beserta tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun ini bermanfaat buat semua umat Islam. Moga ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan buat muslimin dan muslimat dalam merancang aktiviti di Malaysia.

Related : hari raya aidilfitri, tahun hijrah, 354 atau 355 hari, pergerakan bulan mengelilingi matahari, bulan zulhijjah, israk mikraj, peredaran bulan, islam bermula, kalendar lunar qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari, islam tahun 2023 malaysia, penting dalam kalendar islam, umat islam di malaysia, mengikut kalendar takwim,