Nota

Nota Fizik Tingkatan 4 (Bahasa Melayu)

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Fizik merupakan antara mata pelajaran elektif yang wajib diambil oleh pelajar aliran sains selain daripada Biologi dan Kimia. Pelajar akan mempelajari pelbagai teori dan hukum fizik yang menerangkan dengan lebih terperinci konsep-konsep sains yang berlaku disekeliling kita. Oleh itu, di bawah dikongsikan Nota Fizik Tingkatan 4 (Bahasa Melayu) sebagai rujukan untuk pelajar mengulang kaji dan membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ditulis berasakan tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ia memberi penekanan terhadap penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kemahiran berfikir, kemahiran saintifik supaya murid menjadi individu yang fikrah sains serta menguasai kemahiran pada abad ke-21.

Nota Fizik Form 4 (Muat Turun Dalam Bahasa Melayu)

Anda boleh memuat turun Nota Fizik SPM Tingkatan 4 (Bahasa Melayu) dengan membuka pautan yang disediakan mengikut bab-bab di bawah. Semoga nota-nota memberikan manfaat dan emahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Baca juga: Lokasi & Nama Sekolah Berasrama Penuh Seluruh Malaysia

Bab 1 : Pengenalan Kepada Fizik

Dalam topik ini, pelajar mempunyai objektif untuk menerangkan tentang fizik dan mengenal pasti konsep fizik dalam objek harian serta fenomena alam semulajadi. Berikut adalah nota-nota ringkas berkaitan bab ini yang boleh dimuat turun:

Bab 2 : Daya dan gerakan

Pada bab ini, pelajar dikehendaki mengetahui konsep gerakan linear, perbesaan jarak dan sesaran serta perbezaan laju vs halaju. Selain itu, anda perlu menerangkan konsep pecutan, menganalisis graf gerakan linear serta menerangkan konsep inersia dan momentum. Untuk mengulang kaji, pelajar boleh memuat turun nota pada pautan di bawah:

Bab 3 : Daya dan Tekanan

Antara objektif pembelajaran bab 3 adalah, pelajar perlu mengetahui hubungan antara daya dan luas dengan tekanan yang terhasil, konsep tekanan dalam cecair, tekanan gas dan atmosfera serta Prinsip Pascal, Archimedes, Bernoulli.

Bab 4 : Haba

Pelajar hendaklah mencapai objektif pembelajaran bab ini iaitu, menerangkan perbezaan suhu dan haba, muatan haba, dan aplikasi atau kegunaan muatan haba tentu. Selain itu, pelajar perlu memahami lengkung pemanasan dan lengkung penyejukan serta hukum-hukum gas. Muat turun nota bab ini pada pautan di bawah:

Bab 5 : Cahaya

Akhir sekali, pelajar perlu menerangkan konsep pantulan cahaya, pembiasan cahaya dan hukum-hukum yang berkaitan. Dalam bab ini juga pelajar perlu memahami konsep kanta dan jenis-jenisnya. Anda boleh memuat turun nota di bawah sebagai rujukan:

Diharapkan perkongsian Nota di atas beserta pautan muat turun dapat membantu pelajar teutamanya calon SPM dalam persediaan menjawab peperiksaan.