Result

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

Bagaimanakah sistem gred markah peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM? Apakah gred markah peperiksaan yang digunapakai di semua sekolah dalam sistem SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah? Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM secara umumnya adalah berdasarkan kepada julat markah yang diperolehi oleh pelajar.

Berikut adalah perbezaan gred pemarkahan lama dengan yang baru untuk sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas yang boleh dijadikan rujukan untuk semua. Untuk pengetahuan semua, semakan secara online untuk keputusan peperiksaan palajar ataupon peperiksaan dalaman pelajar boleh dibuat di SAPS Ibu Bapa. Tetapi, untuk menyemak keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM anda tidak boleh menggunakan applikasi semakan ini.

Sistem Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Untuk pengetahuan semua, sistem gred pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini telah diubah daripada sistem pada tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian

Perubahan dalam julat gred markah terkini terbahagi kepada tiga peringkat pembelajaran iaitu:-

  1. UPSR : Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  2. PT3 : Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  3. SPM : Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR

Disertakan juga Julat Markah, gred UPSR untuk Sekolah Rendah 2016 iaitu:-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 65 – 79 : B : Baik
  • 50 – 64 : C : Memuaskan
  • 40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

grea markah 2016 rendah Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

 

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3

Disertakan juga Julat Markah, gred PT3 untuk Menengah Rendah 2016 iaitu:-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

grea markah 2016 men rendah Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

 

C) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2016 : SPM

Disertakan Julat Markah, gred SPM untuk Menengah Atas 2016 iaitu:-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • >40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

grea markah 2016 men atas Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

GRED PEMARKAHAN LAMA

Sebagai panduan semua, berikut adalah sistem gred pemarkahan lama yang boleh dijadikan perbandingan dengan sistem terkini:-

SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)

gred sek rendah Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3)

gred sek men Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)

gred sek men atas Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

SISTEM GRED SPM

gred spm Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM
Sumber SAPS

Nota Perubahan Gred Markah Peperiksaan SPM, PT3 Dan UPSR

Kesimpulannya, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14 jika mengikut sistem gred markah peperiksaan terkini.

Gred 3B ditukar kepada  B+ dengan merit 12, 4B kepada B (10), 5C kepada C+ (8), 6C kepada C (6), 7D kepada D (4), 8E kepada E (2) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Diharapkan perkongsian Gred Markah Peperiksaan PT3, UPSR Dan SPM Terkini ini mampu meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam nanti. Selamat berjaya dalam pelajaran dan sekalung tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dengan gred markah yang tinggi.