Sekolah

Permohonan MTD 2026 Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja Online

Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2026 terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga 2025. Maktab Tentera Diraja (MTD) adalah merupakan sebuah sekolah tentera yang ditubuhkan untuk melatih anak muda Malaysia untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Maktab ini ditubuhkan dengan nama Kolej Tentera Persekutuan (Federal Military College) dan telah dianugerahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 9 Disember 1966, gelaran “Diraja” dalam satu majlis yang diadakan di kolej tersebut.

Konsep sekolah yang sama seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan membantu pelajar-pelajar MTD menjadi seorang yang lebih berdisiplin disamping dapat menikmati kecemerlangan akademik serta latihan ketenteraan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan secara percuma untuk pelajar di MTD seperti sajian makanan sebanyak enam kali sehari, rawatan kesihatan dan pakaian seragam serta elaun sebanyak RM100 sebulan menambah nilai keistimewaan sekiranya dapat melanjutkan pelajaran di MTD. Maka, di bawah akan dikongsikan maklumat berkaitan permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Maktab Tentera Diraja MTD bagi ambilan sesi tahun 2026 secara atas talian.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2026 Online

Berikut akan dikongsikan informasi penting seperti tarikh dan cara melakukan permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja bagi ambilan sesi 2026.

Tarikh Penting

Tarikh permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2026 seperti yang diumumkan oleh KPM adalah seperti berikut:

Permohonan MTD 2026 Dibuka
Tarikh Buka1 Ogos 2025
Tarikh Tutup7 September 2025

Cara Membuat Permohonan MTD

Untuk makluman, pemohon perlu melakukan permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja melalui sistem aplikasi online yang disediakan oleh MTD. Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi permohonan kemasukan online ke MTD:

Borang Permohonan
Sistem Permohonan

Seperti menggunakan aplikasi pendaftaran yang lain, pemohon perlu mendaftar masuk terlebih dahulu untuk membuka akuan sebelum boleh mengakses sistem tersebut dan melakukan permohonan.

Jika pemohon menghadapi sebarang masalah atau soalan berkaitan sistem permohonan kemasukan ke MTD, anda boleh merujuk kepada manual pengguna yang dikongsikan dibawah:

Jika langkah yang ditunjukkan oleh manual dituruti dengan tepat dan teliti, permohonan anda akan berjaya untuk ditapis oleh pihak MTD.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja MTD 2026

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan kemasukan ke MTD

Syarat Am Mohon MTD

i. Calon perlu memilih Maktab Tentera Diraja sebagai pilihan pertama
ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan (KPM).
iii. **Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.

Syarat Khusus

1. i. Pemohon mestilah lelaki dan warganegara Malaysia

ii. Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia

iii. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

2. Tinggi Minimum = 152 sm & Berat Minimum = 40.5 kg
3. Body Mass Index (BMI) = 18 hingga 26.9
4. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
5. Kesihatan – sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah:

  • a. Angin pasang (inguinal hernia)
  • b. Asma atau lelah (asthma)
  • c. Buasir (haemorrhoids)
  • d. Fizikal bahu tidak sama (uneven shoulder)
  • e. Jangkitan kulat pada kulit (tinea)
  • f. Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD-Deficiency)
  • g. Rabun jauh (myopia) 6/12
  • h. Rabun warna (colour blindness)
  • i. Tapak kaki rata (flat footed)
  • j. Temu janji rawatan susulan yang berpanjangan
  • k. Terdapat kerak telinga (impacted earwax)
  • l. Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi (braces)
  • m. Tulang belakang bengkok (scoliosis)
  • n. Urat bersimpul (varicose veins)
  • o. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan ketenteraan di MTD

Sesi Ujian Pemilihan Dan Temuduga Putera MTD

Program ujian pemilihan dan temuduga Putera MTD akan dijalankan selama 5 – 7 HARI. Setiap calon akan diuji dalam aspek akademik, kecergasan fizikal, sahsiah dan keterampilan.

Pemeriksaan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan setiap calon bebas daripada sebarang penyakit dan mampu mengikuti aktiviti ketenteraan yang lasak.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD

Untuk makluman, calon perlu melalui proses temuduga sebelum mendapat tawaran ke MTD. Semakan temuduga boleh dibuat mulai tarikh yang akan dimaklumkan di Portal Rasmi Semakan . Tarikh semakan tawaran kemasukan ke MTD boleh disemak bermula 26 Disember 2025.

Keistimewaan Memasuki MTD

Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi:-

  1. Penginapan dan sajian (6 kali sehari)
  2. Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan
  3. Rawatan kesihatan
  4. Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD
  5. Kelas akademik,makmal,perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin
  6. Buku teks dan keperluan pembelajaran
  7. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik
  8. Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri
  9. Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan
  10. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, latihan membaca peta dan war cry
  11. Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) ke kampung halaman bagi Puteraputera dari Sabah dan Sarawak.

Jika pemohon atau ibu bapa menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi terus Maktab Tentera Diraja melalui:

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pemohon atau ibu bapa pemohon maklumat yang berguna dalam membuat permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Tahun 2026. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pemohon agar berjaya mendapatkan temuduga awal dan tempat dalam institusi yang berprestij di Malaysia ini.