Result

SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Semakan SAPS Online. Pasti ramai ibu bapa dan penjaga murid telah mengetahui apakah itu sistem SAPS NKRA untuk ibu bapa dan guru. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS Ibu Bapa adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa dalam memantau dan membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Jika dahulu ibu bapa dapat melihat secara manual di kad rekod prestasi murid-murid yang dibawa pulang ke rumah, kini semuanya di hujung jari dan boleh dilakukan secara atas talian. Bagaimanakah cara untuk mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah?

Sistem Semakan SAPS NKRA Ibu Bapa 2024 ini sangat berguna buat ibu bapa kerana selaian untuk mendapatkan keputusan ianya memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Dengan adanya sistem ini sekaligus dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi dan perkembangan akademik anak masing-masing. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan terkini, semakan hendaklah dibuat oleh ibu bapa selepas kemasukan markah dibuat seperti tarikh/ jadual yang dikongsikan di bawah ini.

Semakan SAPS 2 Gambar SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Semakan SAPS Ibu Bapa 2024 Keputusan Peperiksaan Online

Berikut merupakan informasi berkaitan Semakan Ibu Bapa yang perlu diketahui oleh para ibu bapa dan penjaga. Ianya termasuklah cara mengakses sistem untuk lihat result anak-anak, langkah-langkah membuat semakan secara atas talian, takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman dan maklumat lain yang berkaitan.

Login SAPS Semakan Ibu Bapa

Ianya merupakan singkatan kepada  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS yang diwujudkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ianya merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD, Sekolah dan para ibu bapa / penjaga.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui Sistem ini boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Semakan Jenis Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Berikut merupakan jenis-jenis keputusan yang boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga dan murid-murid :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)
  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan cara dan langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS NKRA Ibu Bapa secara online. Disediakan juga aplikasi SAPS bagi guru untuk kemudahan memasukkan markah.

Semakan SAPS
Ibu BapaSAPS Ibu Bapa
GuruSAPS Guru
  • Sila masuk ke laman web https sapsnkra.moe.gov.my di mana ibu bapa atau penjaga perlu akses klik semak seperti pautan di atas https sapsnkra.moe.gov.my ibubapa2 untuk ke menu utama Semakan Ibu Bapa, atau
  • Bagi para guru pula, sila klik pada pautan SAPS Guru untuk Key In Markah Pelajar

Masalah Dalam Mengakses Sistem Semakan SAPS NKRA

Sekiranya ibu bapa/penjaga menghadapi masalah dalam mengakses sistem SAPS NKRA Ibu Bapa, sila lakukan perkara berikut:

  • Clear browsing cache atau;
  • Jika paparan yang ditunjukkan adalah “Your connection is not private”, sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan :

1. Klik Advanced

saps your connection not private 1 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

2. Dan seterusnya Klik Proceed

proceed with saps advanced SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

3. Anda akan mendapat paparan seperti berikut. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).

SAPS 2 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

4. Pilih negeri di mana terletak nya sekolah dan pilih nama sekolah terkini.

nkra 1 2 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya.

nkra 2 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

nkra 3 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Slip Keputusan Peperiksaan dan Analisa Markah Exam SAPS

Slip keputusan memaparkan subjek yang di ambil, gred dan markah bagi setiap subjek berserta markah keseluruhan. Markah keseluruhan ini dijadikan penanda aras bagi mengira peratus pencapaian, menentukan sama ada murid tersebut lulus atau gagal. Berdasarkan slip ini, para ibu bapa dapat membuat perbandingan bagi kedudukan kelas dan kedudukan dalam darjah.

Analisa markah memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama bagi tahun tersebut.  Berdasarkan analisa ini, ibu bapa dapat membandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi anak-anak. Berikut adalah contoh paparan analisa keputusan ujian & peperiksaan.

nkra 4 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Untuk melihat sistem gred markah exam dan ujian persekolahan terkini, sila klik pada pautan di bawah:

Keputusan Ujian/ Peperiksaan terkini hanya dipaparkan selepas pihak guru kelas serta guru-guru lain selesai memasukkan data maklumat ke dalam sistem semakan. Kemasukan maklumat pemarkahan untuk setiap ujian/peperiksaan akan dibuat merujuk kepada Takwim Kemasukan Markah Dalaman.

Maklumat Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2020

Berikut adalah beberapa Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan tahun 2020 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia sebagai rujukan.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir bagi memasukkan markah (key in markah). Untuk makluman ibu bapa, markah peperiksaan terkini hanya dapat disemak selepas tarikh kemasukan markah peperiksaan tersebut mengikut takwim berikut:

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2020 SAPS Ibu Bapa 2024 Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Soalan Lazim/ Frequently Ask Question (FAQ) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut adalah sebahagian dari soalan yang kerap ditanya berkaitan isu sistem ini :-

  1. Saya tidak tahu proses kerja yang terlibat dalam mengendalikan sistem ini di sekolah saya
    • 1) Guru data HEM / PK HEM mendaftar Guru Kelas dalam sistem APDM
    • 2) Guru Kelas mengemaskini data murid dalam aplikasi pangkalan data murid (APDM)
    • 3) Para guru mendaftar ID masing-masing. Proses ini boleh dilakukan oleh guru secara individu atau juga boleh juga dibuat oleh SUP sahaja
    • 4) SUP membuat proses daftar guru menggunakan MENU ADMIN – GURU–TAMBAH GURU
    • 5) SUP mengimport data murid daripada APDM ke dalam sistem dengan menggunakan butang Import Data Murid. Sistem akan mengambil data asas iaitu Nombor Kad Pengenalan, Nombor Surat Beranak, Nama, Jantina, Kaum, Agama, Kelas dan butiran Guru Kelas daripada APDM
    • 6) SUP mendaftar Pengetua/Guru Besar menggunakan MENU ADMIN-GURU-DAFTAR PENGETUA/ GURU BESAR
    • 7) Guru mata pelajaran mendaftar mata pelajaran masing-masing menggunakan kemudahan MENU GURU MP-DAFTAR MP. Sila pastikan bilangan murid daftar adalah menyamai bilangan murid yang terkini. Jika bilangan murid daftar tidak menyamai bilangan murid sebenar, status pengisian markah peperiksaan akan menjadi tidak lengkap serta tidak boleh disahkan
    • 8) Guru mata pelajaran memasukkan markah dalam tempoh yang telah ditetapkan (sebelum tarikh tutup setiap kali peperiksaan). Semua murid perlu mempunyai markah. Catatkan TH bagi murid yang tidak hadir
    • 9) SUP menyemak status pengisian markah menggunakan MENU ADMIN – SEMAKAN -SEMAK KEY-IN MARKAH. Semakan perlu dibuat dengan kerap supaya prosedur seterusnya dapat dijalankan dengan segera. Laporkan status pengisian kepada pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Pengetua/ Guru Besar juga boleh menyemak status pengisian markah menggunakan ID Pengetua atau Guru Besar
    • 10) SUP mengesahkan data bagi setiap aliran (tingkatan/darjah) sebaik sahaja guru mata pelajaran lengkap mengisi markah. Jika tidak lengkap seperti markah seorang murid tidak diisi atau bilangan daftar murid mata pelajaran tidak menyamai bilangan murid dalam kelas, pengesahan tidak akan dapat dibuat
    • 11) SUP mencetak lampiran pengesahan markah oleh pihak sekolah dan difailkan
    • 12) Guru Kelas mencetak slip peperiksaan kelas masing-masing untuk diberikan kepada murid/ibu bapa dan penjaga
    • 13) SUP melakukan tindakan proses markah dengan cara klik pada butang MENU ADMIN – PENGESAHAN MARKAH – PROSES MARKAH PEPERIKSAAN. Sila pastikan proses ini dijalankan. Jika tidak, laporan analisis dan slip pelajar tidak akan dijana. Sistem hanya akan benarkan data yang telah disahkan sahaja untuk diproses. Pengisian markah yang tidak lengkap atau belum disahkan SUP tidak akan diproses
    • 14) SUP mencetak laporan analisis peperiksaan dan difailkan. SUP perlu laporkan pencapaian semasa kepada pentadbir sekolah
    • 15) Pengetua/Guru Besar perlu pastikan dapatan disebarluas kepada semua panitia dan guru. Kendalikan sesi post mortem untuk mengenal pasti kelemahan murid dan langkah penambahbaikan yang boleh dibuat
  2. Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) tidak boleh menggunakan Sistem. Komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOG MASUK SEMULA”
    • Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa log masuk. Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai meja SAPS PPD /JPN
  3. Saya adalah Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP). Saya telah terlupa log masuk saya
    • Mohon bantuan pegawai meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyemak log masuk anda
  4. Saya belum mempunyai ID SAPS
    • Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) anda untuk mendaftarkan anda dalam senarai pengguna sekolah anda. Kemudian, anda perlu mendaftar ID dan kata laluan terlebih dahulu. Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my. Anda perlu klik pada butang DAFTAR ID GURU. Sila isikan maklumat anda dengan lengkap
  5. Guru Mata Pelajaran / Guru Kelas tidak boleh menggunakan SAPS. Komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOG MASUK SEMULA”
    • Berkemungkinan besar anda belum mempunyai ID guru yang sah, tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa log masuk. Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan SUP sekolah anda
  6. Terdapat nama murid yang berulang dalam senarai nama SAPS-APDM apabila saya membuat semakan melalui menu IMPORT DATA APDM – SENARAI MURID SAPS & APDM
    • Ia disebabkan APDM telah diubah. Kebiasaannya kes seperti ini berlaku apabila nombor Kad Pengenalan murid diubah atau disebabkan oleh murid berpindah kelas. Oleh itu, anda perlu padam nama murid yang berulang tersebut daripada senarai nama murid. Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu
  7. Guru Mata Pelajaran telah mengisi markah tetapi apabila dibuka semula didapati sebahagian markah murid saya telah hilang
    • Kemungkinan besar anda mengisi markah ketika waktu puncak . Dicadangkan agar anda sentiasa klik pada butang SIMPAN setelah beberapa kali memasukkan markah tanpa perlu menunggu sehingga semua senarai murid selesai. Selain daripada itu, anda dinasihatkan agar mengisi markah dengan segera sebaik sahaja tempoh pengisian markah dalaman dibuka tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir
  8. Beberapa orang murid saya telah berubah markahnya selepas disemak semula. Saya telah masukkan markah baharu tetapi dalam laporan pencapaian murid masih kekal dengan markah yang lama
    • Sila maklumkan kepada SUP sekiranya berlaku perubahan markah. Ia adalah kerana setiap kali berlaku perubahan, SUP perlu memproses semula markah untuk mendapatkan laporan analisis terkini. Jika tidak, laporan analisis dan slip pelajar akan kekal berdasarkan maklumat yang telah diproses kali pertama dahulu

Untuk FAQ yang lengkap, sila rujuk dan muat turun di FAQ dalam PDF

Diharapkan dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa 2020 ini dapat membantu ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka secara online dengan lebih mudah dan pantas. Semoga kewujudan sistem ini juga mampu memudahkan ibu bapa untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka agar mereka berjaya pada masa hadapan kelak.

Rel : untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak, ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan, kad pengenalan pelajar, no kad pengenalan klik semaksaps ibubapa, keputusan peperiksaan sekolah anak perlu login saps ibubapa, ejaan nama, butiran murid, untuk memasukkan markah, markah peperiksaan pelajar, 5 dan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space, slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, setiausaha peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia
markah peperiksaan pelajar, mohon bantuan pegawai meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space
negeri daerah dan nama, kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan
gps 0 bilangan lulus 0, kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space, komputer memaparkan id atau kata laluan semasa,