Result

Semak Keputusan Ujian & Peperiksaan MRSM Online (e-Semakan)

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pelbagai sistem telah dibangunkan dalam sektor pendidikan sebagai usaha untuk memberi kemudahan kepada para pelajar serta ibu bapa. Antaranya adalah sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online. Buat para pelajar yang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), anda boleh menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian melalui aplikasi e-Semakan Keputusan Peperiksaan.

Dengan kewujudan sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan ini, keputusan ujian dan peperiksaan MRSM setiap semester dapat diketahui dengan lebih mudah iaitu secara online. Kini, para pelajar dapat membuat semakan di hujung jari di mana sahaja mereka berada dengan menggunakan komputer, telefon bimbit atau apa-apa peranti mudah alih lain asalkan mereka mempunyai akses kepada internet.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengakses sistem e-Semakan Keputusan Peperiksaan untuk menyemak keputusan anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan kadar ketelusan dalam penyampaian maklumat berkaitan keputusan peperiksaan antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga.

e-Semakan Semak Keputusan Ujian Dan Peperiksaan Semester MRSM Online

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah sejenis sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966.

MRSM dibina di hampir setiap negeri di Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah sebagai usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA juga merupakan badan berkanun yang memiliki sistem kewangan tersendiri untuk membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan dalam kalangan Bumiputera.

Jika SAPS semakan ibu bapa berfungsi sebagai sistem semakan untuk sekolah-sekolah di KPM, e-Semakan Keputusan Peperiksaan pula adalah untuk MRSM. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan e-Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online buat rujukan semua:

Panduan Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online

Untuk membuat semakan di e-Semakan Keputusan Peperiksaan, akses pautan mengikut MRSM yang disediakan.

  1. Isikan maklumat berikut:
        • Nombor Maktab
    • Kata Laluan (nombor Kad Pengenalan)
  2. Klik Login

Untuk sistem selain e-Semakan, pengguna perlu mengakses pautan, kemudian:

  1. Masukkan maklumat seperti:
    • Semester
    • Tingkatan
    • Tahun
    • Nombor Kad Pengenalan
  2. KlikĀ Masuk

Senarai pautan e-Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online

Berikut dikongsikan senarai e-Semakan Keputusan Peperiksaan beserta sistem lain yang dapat digunakan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan MRSM. Klik pada pautan yang disediakan untuk menggunakan aplikasi semakan tersebut:

  1. MRSM Kuala Klawang
  2. MRSM Tun Dr. Ismail
  3. MRSM Batu Pahat
  4. MRSM Arau
  5. MRSM Pengkalan Hulu
  6. MRSM Beseri
  7. MRSM Kepala Batas
  8. MRSM Gerik
  9. MRSM Bentong
  10. MRSM Pengkalan Chepa
  11. MRSM Baling
  12. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
  13. MRSM Serting
  14. MRSM Kuching
  15. MRSM Kubang Pasu
  16. MRSM Pasir Tumboh
  17. MRSM Johor Bahru
  18. MRSM Alor Gajah
  19. MRSM Sungai Besar
  20. MRSM Tumpat
  21. MRSM Mersing
  22. MRSM Kuantan
  23. MRSM Sultan Azlan Shah
  24. MRSM Parit
  25. MRSM Tun Abdul Razak
  26. MRSM Muar

Fakta Tentang MRSM

Berikut dikongsikan serba sedikit fakta tentang MRSM:

  • Sehingga sekarang terdapat 54 buah MRSM di serata Malaysia
  • Terdapat 47 buah MRSM di Semenanjung Malaysia dan tujuh buah di Malaysia Timur
  • Terdapat 50 buah MRSM yang mengambil pelajar Tahfiz Tingkatan 1 hingga 5 dan empat MRSM yang mengambil pelajar
  • Mulai tahun 2015, tiada lagi MRSM yang mempunyai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja disebabkan oleh pengambilan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di semua MRSM tersebut
  • Antara MRSM yang pernah membuka intake untuk murid tahap menengah rendah sahaja adalah MRSM Gerik, MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Kuala Klawang

Selamat membuat semakan keputusan mengggunakan e-Semakan Result Exam MRSM Online buat semua pelajar. Semoga anda memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.