Sekolah

Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 & 4 Online

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Ambilan Tahun 2026. Perhatian buat semua pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 namun telah dibatalkan. Buat calon yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2026 kini anda boleh untuk membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 2026 secara online.

Berdasarkan makluman di Portal Rasmi KPM, tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2026 akan mula dibuka pada 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025.

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2026 Tingkatan 1 & 4 Online

Sehubungan dengan itu, kami kongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 2026 secara online.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Sistem Pendidikan ini diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi bagi mengembangkan potensi diri mereka berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Pautan Borang Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 & 4

Seperti sedia maklum, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mampu menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam (6) dan pelajar Tingkatan Tiga (3) pada tahun 2025 dan berminat serta mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) MRSM 2026 secara online.

Langkah-langkah memohon adalah seperti berikut:-

Layari Laman Permohonan Rasmi KPM

Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membuat permohonan MRSM melalui pautan kemasukan MRSM berikut:

Nota Penting : Jika pelajar berminat untuk memasuki Sistem Pendidikan MRSM, sila pastikan anda memilih MRSM sebagai pilihan pertama apabila membuat permohonan dalam sistem permohonan Sek. Khusus & MRSM.

Tarikh Penting Permohonan MRSM 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh penting permohonan mengikut tingkatan sebagai rujukan.

Perkara

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Permohonan dalam talian1 Ogos – 7 Sep 20251 Ogos – 7 Sep 2025
Semakan Pusat PKSK12 Sep – 17 Okt 202512 Sep – 3 Okt 2025
Pelaksanaan PKSK6 – 17 Okt 202522 September – 3 Okt 2025
Keputusan Tawaran26 Disember 202526 Disember 2025
Pendaftaran13 Januari 202613 Januari 2026
Rayuan26 Disember 2025 – 13 Januari 202626 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Keputusan Rayuan6 – 10 Februari 20266 – 10 Februari 2026

Syarat Kelayakan Mohon MRSM 2026

Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum memohon :-

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
  • Calon dari sekolah yang berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
  • Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
  • Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Senarai Aliran / Program Pendidikan MRSM Tingkatan 1 & 4

Kesemua program yang disenaraikan di bawah ini di tawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4, hanya Program Premier dan Program Bitara sahaja yang ditawarkan kepada pelajar.

Sila rujuk kepada Lokasi T4 & Lokasi T1 untuk medaptkan informasi program yang ditawarkan pada sekolah tersebut

1) MRSM PROGRAM PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

2) MRSM PROGRAM PREMIER-STEM EXCELLENCE

MRSM Program Premier – STEM Excellence menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Premier – STEM Excellence melaksanakan modifikasi kurikulum secara bersepadu merentas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemetaan kurikulum yang menyeluruh bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih tersusun, progresif dan holistik, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang STEM.

3) MRSM PROGRAM BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

4) MRSM PROGRAM INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

MRSM Program IGCSE menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.

5) MRSM PROGRAM ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

6) MRSM PROGRAM TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan atau Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh melalui:

  • a) E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
  • b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)

Semoga berjaya membuat Permohonan Tingkatan 1 & 4 2026 Online. kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Diharapkan permohonan anda berjaya.

Related : tarikh permohonan mrsm ukkm bagi menguji potensi calon dan minat membabitkan subjek matematik sains dan bahasa inggeris serta ujian keperibadian, tempoh ukkm bagi menguji potensi calon dan minat membabitkan subjek matematik sains dan bahasa inggeris serta ujian keperibadian, iklan permohonan mrsm ukkm bagi menguji potensi calon dan minat membabitkan subjek matematik sains dan bahasa inggeris serta ujian keperibadian, ambilan tahun 6 dan tingkatan 3, panduan permohonan mrsm ukkm bagi menguji potensi calon dan minat membabitkan subjek matematik sains dan bahasa inggeris serta ujian keperibadian