Sekolah

Permohonan Sekolah Khusus 2024 Semak PKSK Lokasi Pusat Ujian

Berita baik kepada pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah bagi pelajar yang berminat untuk menempatkan diri di Sekolah Khusus KPM. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan kaedah baharu permohonan sekolah khusus 2024 iaitu application ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus akan digunakan dan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat akan dilaksanakan untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Khusus.

Justeru, pemohon perlu bersedia untuk menghadapi pentaksiran walaupun UPSR dan PT3 telah dibatalkan.

Permohonan PKSK Sekolah Khusus 2024 Online

Di bawah merupakan maklumat seperti cara mohon, tarikh penting, keputusan tawaran dan rayuan Permohonan PKSK Sekolah Khusus 2024 Online sebagai panduan buat semua.

Anda boleh membuat permohonan secara online bermula 1 Ogos hingga 17 September 2023

Bagi kemasukan ke Tingkatan 1, sila buka pautan di bawah untuk membuat permohonan secara online:

Untuk kemasukan ke Tingkatan 4 pula, buka pautan di bawah untuk memohon:

NOTA: Pemohon diingatkan supaya menggunakan nombor kad pengenalan yang sama seperti didaftarkan dalam sistem APDM supaya maklumat pemohon dapat dipadankan dengan sistem permohonan atas talian.

Selain itu, pemohon boleh memilih jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan semasa membuat permohonan.

Tarikh Penting PKSK 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh penting PKSK 2024 mengikut tingkatan sebagai rujukan.

Perkara

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Permohonan dalam talian1 Ogos – 17 Sep 20231 Ogos – 17 Sep 2023
Semakan Pusat PKSK25 Sep – 27 Okt 202325 Sep – 13 Okt 2023
Pelaksanaan PKSK16 – 27 Okt 20232 – 13 Okt 2023
Keputusan Tawaran
Pendaftaran
Rayuan

Format Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Pemohon akan menduduki pentaksiran berpusat yang dilaksanakan oleh KPM di 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan. Untuk makluman, PKSK merangkumi tiga bahagian yang akan menguji pemohon-pemohon.

  • Bahagian A:
    • Kecerdasan Insaniah, ujian akan dilakukan secara dalam talian
    • 30 soalan objektif aneka pilihan menjadi item yang digunakan
    • Wajaran skor sebanyak 20%
    • Ia merangkumi EQ, SQ dan SSQ untuk mengenalpasti karakter calon-calon
  • Bahagian B:
    • Kecerdasan Intelek, calon akan diuji tahap IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah secara dalam talian bagi mengukur kognitif calon
    • Menggunakan item objektif aneka pilihan untuk 70 soalan objektif dalam tempoh 90 minit.
    • Wajaran skor bagi bahagian ini adalah sebanyak 70%
    • Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris
    • Soalan Matematik dan Sains bersifat kualitatif & kuantitatif
  • Bahagian C:
    • Artikulasi Penulisan, Ujian bertulis ini akan dilakukan secara bersemuka melibatkan item subjektif untuk melihat idea dan hujahan calon
    • 3 tajuk karangan akan diberikan dan calon dikehendaki memilih satu sahaja
    • Minima 100 patah perkataan untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4
    • Wajaran skor bahagian ini adalah 10%

Berikut adalah langkah yang disyorkan oleh KPM untuk pemohon apabila menghadiri PKSK di pusat pentaksiran yang ditetapkan:

  1. Pastikan anda menyemak pusat PKSK masing-masing dan mencetak slip menduduki PKSK dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Patuhi tarikh, masa dan sesi PKSK yang telah dijadualkan.
  3. Bawa bersama kad pengenalan (MyKad, MyKid), slip menduduki PKSK serta alat tulis.
  4. Pemohon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah lengkap sepanjang PKSK.
  5. Pastikan pelajar sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Semakan Pusat PKSK & Semakan Keputusan Sekolah Khusus 2024

Semakan keputusan tawaran permohonan ke sekolah khusus boleh dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon boleh membuat semakan secara online melalui pautan di bawah:

Semakan Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (Pksk) Tingkatan 1 Akan Dibuka Pada tarikh yang akan dikemaskini

Untuk Tingkatan 4 pula, semakan pusat ujian boleh disemak pada tarikh yang akan dikemaskini di pautan Form 4 di atas.

Permohonan Rayuan PKSK

Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan melalaui aplikasi semakan keputusan tawaran. Tempoh permohonan adalah pada:

  • Tingkatan 1 : akan dikemaskini
  • Tingkatan 4 : akan dikemaskini

Info Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan PKSK Sekolah Khusus 2024 Online, sila rujuk pautan di bawah:

  • Soalan Lazim PKSK (akan dikemaskini)
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
    • 03 8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
    • 03 8884 5154
  • Bahagian Pendidikan Islam
    • 03 8321 7200
  • Maktab Tentera Diraja
    • 03 8946 5562/ 5565

Selamat membuat Permohonan atas talian. Semoga permohonan anda berjaya dan menerima kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah yang diidam-idamkan.

Related : fasa 1 calon dikehendaki menjawab bahagian c, bahagian a dan b secara dalam talian, nombor mykad penjaga utama, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah, pksk adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan
soalan matematik dan maktab tentera diraja mtdcara permohonan aplikasi pangkalan data murid https spskt4.moe.gov.my kemasukan sekolah khusus pksk permohonan kemasukan ke sekolah ujian penilaian sekolah rendah upsr, pangkalan data murid apdm, pelajar layak memohon, 12 oktober, permohonan kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, memohon dan menduduki pksk, keputusan permohonan, tingkatan 3 pt3, pautan https secara berpusat bagi kemasukan, semakan statusĀ 15 januari 2021, soalan matematik dan maktab tentera diraja mtd,