Result

Semakan Keputusan PT3 2019 Secara Online dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja menjalani peperiksaan PT3 pada 1 hingga 9 Oktober 2019 yang lepas. Pasti anda tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3)  tahun 2019 akan diumumkan?

Berdasarkan trend pada tahun-tahun yang lepas, Semakan Keputusan PT3 2019 Online dan SMS dijangka akan di umumkan pada minggu ketiga pada bulan Disember 2019. Oleh itu, para pelajar dan ibu bapa boleh melayari Bahagian Pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan PT3 2019 diumumkan.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan PT3 2019 Diumumkan

Berikut merupakan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan PT3 2019. Dikongsikan kepada anda tarikh rasmi keputusan peperiksaan dan panduan untuk membuat semakan keputusan PT3 2019.

Buat pengetahuan anda, berikut adalah tarikh rasmi Keputusan PT3 diumumkan dari tahun 2014 hingga tahun 2019.

  1. 2019 : 19 Disember 2019
  2. 2018 : 13 Disember 2018
  3. 2017 : 14 Disember 2017

Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3

Disertakan juga Julat Markah, gred PT3 untuk Menengah Rendah 2016 iaitu:-

Julat Markah/ Gred / Catatan

Sebagai panduan semua, berikut adalah sistem gred pemarkahan terkini yang berbeza dengan sistem pemarkahan dahulu:-

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2017

Semakan Keputusan PT3 2019 

Berikut merupakan panduan buat para pelajar untuk mengambil dan menyemak keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 :-

  1. Pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan yang akan diumumkan iaitu (Akan dikemaskini)
  2. Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3

*Gred pemarkahan PT3 boleh dirujuk di Jadual Pengredan PT3

Mengikuti trend tahun 2015/ 2016, dijangkakan TIADA semakan secara online ada disediakan dan pelajar-pelajar dikehendaki datang ke sekolah untuk mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Semak Keputusan PT3 2019 Melalui SMS

Pada tahun ini, tiada perkhidmatan semakan keputusan meggunakan SMS.

Pelajar tingkatan 3 juga boleh menyemak ringkasan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS). Berikut merupakan cara untuk menyemak melalui SMS

  • Taip PT3 <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888

Buat pengetahuan semua, para pelajar boleh membuat permohonan semak semula keputusan PT3 dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3. Borang-borang ini boleh didapati melalui permintaan kepada sekolah masing-masing. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari setelah keputusan dikeluarkan. Untuk mendapat panduan yang lebih lanjut, sila rujuk di SEMAK SEMULA PT3.

Maklumat Lanjut PT3 2019

Buat pengetahuan ibu bapa dan pelajar, keputusan peperiksaan PT3 akan digunakan sebagai asas penentu dan syarat kelayakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional bagi sesi tingkatan empat 2020.

Kemasukan ke sekolah-sekolah ini juga dipengaruhi oleh Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Buat pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki sekolah-sekolah kluster dan premier yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Sila rujuk kepada maklumat penting permohonan di bawah ini :-

  1. Permohonan MRSM Tingkatan 4
  2. Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
  3. Permohonan Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik

Nota : Permohonan boleh dibuat sebelum keputusan PT3 diumumkan

Selamat berjaya buat para pelajar tingkatan 3 dalam Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2019. Semakan Keputusan PT3 2019 secara SMS boleh dilakukan dengan cara mengikuti langkah-langkah di atas. Sekalung tahniah buat pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.