Sekolah
Cuti Sekolah 2023 Takwim Penggal Persekolahan & Cuti Perayaan

Perhatian kepada ibu bapa penjaga dan pelajar, takwim penggal persekolahan KPM termasuk maklumat cuti sekolah 2023 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada tahun ini, terdapat 196 hari persekolahan wajib bagi semua sekolah di Malaysia. Dengan merujuk takwim sesi persekolahan tahun ini, pelajar dan ibu bapa boleh merancang percutian atau sebarang majlis dengan lebih awal. Tambahan pula, guru-guru juga boleh merancang jadual pembelajaran pelajar-pelajar dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam.
Perancangan awal ini dapat membantu ibu bapa dalam membuat persediaan aktiviti yang dirancang dengan lebih teratur. Tiket penerbangan dan penginapan dapat dibeli terlebih dahulu pada harga yang lebih murah dan sekali gus menjimat perbelanjaan anda. Selain itu, dengan merancang aktiviti anda berdasarkan takwim rasmi “school holidays” KPM, ibu bapa dapat memastikan agar persediaan anak-anak yang bakal mengahadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak terganggu. Penyertaan pelajar dalam kelas-kelas tambahan dan seminar menjawab soalan juga boleh dirancang dengan lebih awal.
Isi Kandungan
Tarikh Cuti Sekolah Dan Cuti Perayaan KPM 2023
Berikut dikongsikan takwim penggal persekolahan tahun semasa yang telah disediakan oleh KPM sebagai rujukan dan maklumat pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru. Informasi bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Takwim yang disediakan oleh KPM memperincikan tentang tarikh mula dan tamat penggal persekolahan serta tarikh cuti persekolahan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
TERKINI : Kenyataan Media Menteri Pendidikan 10 Disember 2022
Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024 akan bermula 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri kumpulan A manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri kumpulan B
Cadangan kembalikan persekolahan pada Januari juga ditangguhkan
Kenyataan Media Menteri Pendidikan 15 November 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa sesi Akademik tahun 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan B. Perincian takwim dan cuti penggal dikongsikan di bawah.
Pengumuman Sesi Persekolahan KPM Selepas Cuti Raya
Pada 6 Jun 2021, Menteri Pendidikan telah mengumumkan bahawa PdPR akan dilaksanakan seperti berikut :-
- Kumpulan A bermula dari 13 Jun sehingga 16 Julai 2021 & Kumpulan B dari 14 Jun sehingga 17 Julai 2021
Maklumat lanjut rujuk grafik berikut :-
Sebelum ini pada 26 April, Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan sesi persekolahan selepas cuti raya akan dijalankan secara (PdPR) iaiatu kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah menggantikan sesi persekolahan bersemuka. Tindakan ini diambil susulan kenaikan kes Covid-19 serta bagi mengelakkan risiko jangkitan setelah perayaan aidilfitri berlangsung dan sesi PdPR akan dijalankan selama dua minggu.
Cuti hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa 11 Mei. Oleh itu, sekolah di Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa pada 9 & 10 Mei manakala Kumpulan B mengambil cuti pada 10 Mei 2021. Sesi PdPR mengikut kumpulan adalah seperti berikut:
- Kumpulan A : 16 hingga 27 Mei 2021
- Kumpulan B : 17 hingga 28 Mei 2021
Di bawah adalah infografik yang berkaitan bagi memudahkan anda untuk memahami tempoh cuti dan persekolahan yang ditetapkan oleh KPM:
Kalendar Penggal Persekolahan Kumpulan A 2022
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kumpulan A ialah negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di mana cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kumpulan A | |||
Penggal Pertama Persekolahan | 21 Mac – 2 Jun 2022 | ||
Penggal Kedua Persekolahan | 12 Jun – 1 September 2022 | ||
Penggal Ketiga Persekolahan | 11 September – 16 Februari 2023 | ||
Cuti Pertengahan Penggal satu | 3 – 11 Jun 2022 | ||
Cuti Pertengahan Penggal dua | 2 – 10 September 2022 | ||
Cuti Pertengahan Penggal tiga | 9 – 31 Disember 2022 | ||
Cuti Akhir Tahun | 17 Februari – 11 Mac 2023 |
Kalendar Penggal Persekolahan Kumpulan B 2022
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kumpulan B ialah negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya di mana cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad
Kumpulan B | |||
Penggal Pertama Persekolahan | 21 Mac – 3 Jun 2022 | ||
Penggal Kedua Persekolahan | 13 Jun – 2 September 2022 | ||
Penggal Ketiga Persekolahan | 12 September – 17 Februari 2023 | ||
Cuti Pertengahan Penggal satu | 4 – 12 Jun 2022 | ||
Cuti Pertengahan Penggal dua | 3 – 11 September 2022 | ||
Cuti Pertengahan Penggal tiga | 10 – 31 Disember 2022 | ||
Cuti Akhir Tahun | 18 Februari – 12 Mac 2023 |
Cuti Perayaan Tahun 2022 KPM
*Hari Raya Aidilfitri telah diisytiharkan pada 2 Mei 2022 bersamaan Hari Isnin
Kalendar Penggal Persekolahan Kumpulan A 2023
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kumpulan A ialah negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di mana cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kumpulan A | |||
Penggal Pertama Persekolahan | 19 Mac – 25 Mei 2023 | ||
Penggal Kedua Persekolahan | 4 Jun 2023 – 24 Ogos 2023 | ||
Penggal Ketiga Persekolahan | 3 September 2023 – 8 Februari 2024 | ||
Cuti Pertengahan Penggal satu | 21 April 2023 – 29 April 2023 | ||
Cuti Penggal satu | 26 Mei 2023 – 3 Jun 2023 2021 | ||
Cuti Penggal dua | 25 Ogos 2023 – 2 September 2023 | ||
Cuti Penggal tiga | 15 Disember 2023 – 1 Januari 2024 | ||
Cuti Akhir Persekolahan | 9 Februari 2024 – 9 Mac 2024 |
Kalendar Penggal Persekolahan Kumpulan B 2023
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kumpulan B ialah negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya di mana cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad
Kumpulan B | |||
Penggal Pertama Persekolahan | 20 Mac 2023 – 26 Mei 2023 | ||
Penggal Kedua Persekolahan | 5 Jun 2023 – 25 Ogos 2023 | ||
Penggal Ketiga Persekolahan | 4 September 2023 – 9 Februari 2024 | ||
Cuti Pertengahan Penggal satu | 22 April 2023 – 30 April 2023 | ||
Cuti Penggal satu | 27 Mei 2023 – 4 Jun 2023 | ||
Cuti Penggal dua | 26 Ogos 2023 – 3 September 2023 | ||
Cuti Penggal tiga | 16 Disember 2023 – 1 Januari 2024 | ||
Cuti Akhir Persekolahan | 10 Februari 2024 – 10 Mac 2024 |
Cuti Perayaan Tahun 2023 KPM
Kemajmukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama merupakan satu keunikan negara kita.
Semua rakyat Malaysia diberi peluang merasai kemeriahan perayaan ini dengan pelbagai hari kelepasan am sempena perayaan ini . Berikut adalah jadual dan tarikh cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi sekolah-sekolah di Malaysia:
Untuk memuat turun Takwim Penggal Persekolahan oleh KPM yang diperuntukkan oleh KPM, anda boleh membuka pautan berikut:
Semoga perkongsian melibatkan cuti pertengahan penggal, pertengahan penggal 2, membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid. Berdasarkan perkongsian di atas, cuti akhir tahun sekolah-sekolah di negeri Kedah Kelantan dan Terengganu dikurangkan daripada 41 hari kepada 13. Begitu juga cuti akhir tahun bagi sekolah lain dikurangkan daripada 42 hari kepada 14. Tiada lagi cuti panjang selama 41 hari atau 42 hari.
Related : laman web skrol ke bawah, sekolah dalam kumpulan b, untuk tahun kalendar cuti umum pindaan takwim, perintah kawalan pergerakan pkp, hari raya aidilfitri tahun baru cina, negeri kumpulan b negeri kumpulan a kelepasan am, tahun 2020