Sekolah

Permohonan Pengambilan Calon Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2024 Online

Makluman kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang tahfiz? Jika ya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan aliran tahfiz bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Berikut dikongsikan Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2023 Online untuk panduan semua. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pengajian tahfiz Tingkatan Enam menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat sepanjang tempoh pengajian iaitu tiga semester. Antara isi kandungan mata pelajaran Tingkatan Enam tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah. Selain itu, pengajian ini bertujuan untuk mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil dalam kalangan pelajar.

Baca juga: Semakan Keputusan Tingkatan 6 Online & SMS

Pengambilan Calon Tingkatan 6 Tahfiz KPM Tahun 2023

Maklumat di bawah adalah berkaitan tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2023 Online untuk rujukan pelajar, dan ibu bapa.

Tarikh Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Tarikh permohonan kemasukan ke pengajian Tahfiz Tingkatan Enam bagi tahun 2023 :

PERMOHONAN DIBUKA & DITUTUP PADA

Tarikh Buka8 Jun 2023
Tarikh Tutup14 Jun 2023

Tingkatan 6 Tahfiz ambilan Jun 2023 ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 seperti berikut :-

PUSAT TINGKATAN 6

1SMK Agama Putrajaya
2SMK Agama Kedah
3SMK Agama Kerian, Perak
4SMK Agama Maahad Muar, Johor
5SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
6SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
7SMK Agama Kota Kinabalu
8SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab
9Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman

Syarat Kelayakan Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu menyemak dan memastikan syarat-syarat di bawah dipatuhi:

 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1) Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
2) Pemohon lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3) Pemohon mendapat kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau
4) Pemohon memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan
5) Pemohon memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan
6) Pemohon menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk
7) Pemohon bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3

Berikut dikongsikan sukatan pelajaran pengajian tahfiz Tingkatan Enam serta contoh soalan peperiksaan untuk panduan semua:

  • Sukatan Pelajaran & Contoh Soalan Tahfiz (akan dikemaskini)

Cara Memohon Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahfiz KPM

Permohonan kemasukan ke pengajian Tahfiz Tingkatan Enam hendakalah dilakukan secara online di pautan berikut:

APLIKASI PERMOHONAN 

SMKA T6 TAHFIZ

Semakan Keputusan Permohonan Tahfiz Tingkatan 6 KPM

Untuk makluman pemohon, setiap permohonan yang layak akan melalui proses temuduga bagi menapis calon-calon yang terbaik. Status permohonan yang berjaya untuk dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui aplikasi sama sewaktu membuat permohonan.

Kepada calon yang berjaya dalam temuduga, keputusan semakan tawaran boleh disemak pada aplikasi yang sama pada tarikh:

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA & TAWARAN

Tarikh Keputusan Temuduga17 Jun 2023
Tarikh Keputusan Tawaranakan dikemaskini

Untuk calon yang gagal, rayuan adalah dibuka bermula dari 3 Julai 2023 sehingga 10 Julai 2023 di lokasi tempat di mana pelajar menghadiri temuduga.

Maklumat Lanjut

Jika pemohon menghadapi masalah atau pertanyaan berkenaan permohonan Tahfiz Tingkatan Enam KPM, anda boleh hubungi atau layari pautan di bawah:

  • BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS BAWAH & 2
    NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
    63000 CYBERJAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN
    (u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
  • No. Telefon : 03-8321 7200
  • JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
    Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
    Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
    62604, Putrajaya
  • No. Telefon : 03-8889 0033
  • Laman Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Johor: No Tel : 07-2310071 Emel : najibnadzar@gmail.com
    Perak: No Tel : 05-5015000 Emel : jpnperak.spi@moe.gov.my
    Kelantan: No Tel : 09-7418057 Emel : spikelantan03@gmail.com / azlisham.Ibrahim@moe.gov.my
    Sabah: No Tel : 088-513436 Emel : spi.jpnsabah@moe.gov.my
    Kedah: No Tel : 04-7404273 Emel : spi.kedah@moe.gov.my
    Putrajaya: No Tel : 03-88890000 Emel : jpn-wp-putrajaya-cm48@moe-dl.edu.my/ azraniasran@moe.gov.my
    Negeri Sembilan: No Tel : 06-7653621 Emel : faisol.zaini@moe.gov.my/ibnuzaini79@gmail.com
    Terengganu: No Tel: 09-6221733/09-6213326 Emel: kemasukanimtiaz@gmail.com / harun.cob@moe.gov.my
    Sarawak: No Tel : 082-473775 Emel: ramona.hamden@moe.gov.my

Semoga perkongsian mengenai permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2023 Online dapat membantu semua khususnya bagi pelajar yang berminat. Semoga usaha melahirkan pelajar yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak dapat dicapai dengan jayanya.