Sekolah

Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020 Online. Perhatian buat para pemohon yang membuat application ke SBP Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2020. Berikut adalah panduan Semakan UKSBP 2020 Online, Ujian Kemasukan SBP yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pelajar yang memohon untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) perlu membuat semakan pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 4 Oktober 2019 bagi Tingkatan 1 dan 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4. Hal ini demikian agar pemohon dapat semak samada layak terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 Oktober 2019 bagi Tingkatan 1 dan 21 hingga 24 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4 ini.

UKSBP merupakan pengenalan syarat baru kemasukan ke SBP. Ia adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Pelajar yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Proses pemilihan baru ini adalah dengan matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum.

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020 Online

Berikut panduan penting semakan calon layak menduduki UKSBP. Semakan ini menentukan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) buat para pemohon.

Tarikh Dan Aplikasi Semakan UKSBP 2020

  1. Semakan pada 4 Oktober 2019 bagi Tingkatan 1 dan 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4.
  2. Klik Semakan Layak UKSBP atau KPM
  3. Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
  4. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2020

Tarikh ujian adalah pada:

  1. 14 hingga 18 Oktober 2019 bagi Tingkatan 1
    • di semua pusat ujian yang telah ditetapkan di seluruh negara
  2. 21 hingga 24 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4
    • di 69 pusat ujian yang ditetapkan

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, pemilihan juga adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid merupakan warganegara Malaysia
  2. Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik
  5. Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid merupakan warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Cemerlang akademik (minimum Gred Markah A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  5. Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  6. Murid aktif dalam kokurikulum

Diharap agar panduan ini dapat membantu anda dalam proses kemasukan ke SBP 2020. Diharap agar para pemohon yang berjaya agar prihatin akan tarikh-tarikh penting ini. Tahniah buat pelajar yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).