Sekolah
Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 Online (Tawaran)

Makluman untuk pelajar tingkatan 3, anda boleh merujuk maklumat di bawah untuk membuat semakan keputusan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2026. Bagi yang masih belum memohon, tarikh tutup application adalah pada 7 September 2025. Pelajar tingkatan 3 yang berminat adalah layak untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik serta mengambil aliran KV bagi menengah atas.
Antara kelebihan melanjutkan pelajaran ke KV dan SMT ialah anda mempunyai peluang yang cerah dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian kerana kerajaan telah mengiktiraf dan memerlukan tenaga kerja yang khusus dalam bidang TVET bagi merealisasikan Revolusi Perindustrian 4.0 dalam negara. Dasar kerajaan yang mendukung pembelajaran teknikal dan vokasional akan memberikan manfaat kepada pelajar dan juga negara. Justeru, Pelajar-pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran di KV atau SMT perlu memberikan tumpuan sepenuhnya agar pembelajaran teknikal dan vokasional di sekolah dapat diaplikasikan dalam pekerjaan di masa kelak.
Isi Kandungan
Tarikh Penting Semakan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2026
Berikut dikongsikan maklumat intake KV dan SMT 2026 yang merangkumi tarikh penting, cara semakan keputusan tawaran dan rayuan. Untuk makluman terkini, pemohon boleh melayari laman web utama KPM pada pautan berikut:
Tarikh Semakan Keputusan KV Dan SMT Ambilan 2026
Pelajar tingkatan 3 yang telah membuat application boleh mula membuat semakan tawaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik mengikut tarikh dibawah. Tarikh ini merupakan tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh KPM.
Tarikh Rasmi Semakan | |||
Tarikh buka | 26 Disember 2025 | ||
Tarikh tutup | — |
Cara Membuat Semakan Keputusan KV dan SMT 2026 Secara Online
Untuk makluman pemohon, semakan keputusan tawaran KV dan SMT hanya boleh dilakukan melalui aplikasi online. Hal ini kerana, perkhidmatan semakan melalui SMS tidak disediakan.
Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi online KPM bagi pelajar atau ibu bapa untuk melakukan semakan:
Semakan Tawaran | |||
Aplikasi Semak Tawaran |
Tindakan sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV/SMT:
- a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran yang disertakan
- b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/ SMT semasa hari pendaftaran.
Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran ke KV dan SMT bagi sesi 2026. Berikut merupakan tarikh sesi pendaftaran :
- 13 Januari 2026
Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Untuk info, semua KV/SMT ada menyediakan kemudahan asrama kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching. Sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama boleh membuat Rayuan penempatan asrama di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT tersebut.
Baca juga : Senarai Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV
Rayuan ke KV dan SMT 2026
Bagi pemohon yang gagal dalam application kali pertama, anda mempunyai peluang untuk membuat rayuan. Pemohon perlu membuat erayuan secara online melalui aplikasi application ke KV dan SMT.
Berikut dikongsikan tarikh rayuan ke KV dan SMT secara atas talian:
Tarikh Rayuan | |||
Tarikh buka | 26 Disember 2025 | ||
Tarikh tutup | 13 Januari 2026 |
Semakan keputusan rayuan secara online boleh disemak pada 6 hingga 10 Februari 2026 dan bergantung kepada kekosongan menggunakan pautan berikut:
Pemohon atau pelajar yang ingin menghubungi pihak berkenaan KV dan SMT boleh merujuk info di bawah:
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel : 03 – 8884 5154
Faks : 03 – 8884 5033
Emel : info@bptv.edu.my