BPKP

Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

Selepas menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah, pelajar pastinya mencari-cari peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Setiap pelajar berpeluang untuk memohon tempat dalam program pengajian yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah satu Universiti Awam yang menawarkan pelbagai program Diploma dan Asasi untuk dipohon oleh pelajar yang berkelayakan. Berikut dikongsikan senarai program Diploma dan Asasi UiTM sebagai panduan untuk semua.

Untuk makluman, program Diploma dan Asasi dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya. Manakala pelajar lepasan STPM dan yang setaraf layak untuk memohon program Sarjana Muda. UiTM yang mempunyai kampus hampir di setiap negeri di Malaysia sentiasa memastikan program pengajian yang ditawarkan menepati piawaian yang ditetapkan. Selain itu, berdasarkan kepada Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020, UiTM berada di kedudukan ke-108 dalam senarai universiti terbaik Asia bagi tahun 2020.

Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM (Universiti Teknologi MARA)

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan senarai program pengajian UiTM iaitu kursus Asasi dan Diploma mengikut fakulti-fakulti untuk rujukan semua.

Anda boleh semak kelayakan dan memohon program yang ditawarkan melalui laman web rasmi iaitu Selangkah Ke UiTM.

Baca Juga: Tips Menduduki Temuduga Program Pendidikan

Program Diploma UiTM

Berdasarkan fakulti-fakulti di Universiti Teknologi MARA, berikut adalah senarai program diploma yang ditawarkan:

Fakulti Perakaunan

  1. Perakaunan
  2. Sistem Maklumat

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka

  1. Seni Lukis Dan Seni Reka

Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

  1. Pentadbiran Awam
  2. Pentadbiran Korporat

Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur

  1. Perancangan Bandar Dan Wilayah
  2. Ukur Bahan
  3. Pengurusan Hartanah
  4. Bangunan
  5. Rekabentuk Dalaman
  6. Ukur Bangunan
  7. Sains Geomatik
  8. Senibina Landskap

Akademi Pengajian Bahasa

  1. Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional

Fakulti Sains Gunaan

  1. Teknologi Polimer
  2. Mikrobiologi
  3. Kimia Perindustrian
  4. Teknologi Makanan
  5. Industri Perkayuan
  6. Sains
  7. Teknologi Industri Higien Dan Keselamatan

Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi

  1. Pengurusan Ladang
  2. Pengeluaran Herba
  3. Akuakultur

Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan

  1. Pengajian Perniagaan
  2. Analisis Pelaburan
  3. Pengajian Perniagaan (Insurans)
  4. Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
  5. Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
  6. Pengajian Perbankan

Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

  1. Sains Komputer
  2. Statistik
  3. Sains Aktuari
  4. Sains Matematik

Fakulti Kejuruteraan Awam

  1. Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

  1. Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  2. Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

Fakulti Kejuruteraan Kimia

  1. Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  1. Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Filem, Teater Dan Animasi

  1. Filem
  2. Penulisan Skrip
  3. Teater
  4. Pengurusan Seni
  5. Animasi

Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

  1. Pengurusan Hotel
  2. Pengurusan Pelancongan
  3. Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  4. Seni Kulinari
  5. Seni Pastri

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  1. Muamalat
  2. Pengurusan Halal

Fakulti Pengurusan Maklumat

  1. Pengurusan Maklumat
  2. Pengurusan Perpustakaan

Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

  1. Komunikasi Dan Media
  2. Komunikasi Media Baharu Dan Keusahawanan Kandungan

Fakulti Muzik

  1. Seni Muzik

Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

  1. Pengurusan Sukan Dan Rekreasi
  2. Pengajian Dan Sukan

Program Asasi UiTM

Di bawah pula, adalah program-program asasi atau foundation yang ditawarkan oleh UiTM untuk mereka yang berkelayakan:

Fakulti Undang-Undang

  1. Undang-Undang UiTM
  2. Undang-Undang KPTM

Pusat Asasi 

  1. Asasi Kejuruteraan
  2. Asasi Sains

Fakulti Pendidikan

  1. TESL

Program Diploma & Asasi Terkini Yang Ditawarkan Di UiTM

Berikut adalah senarai program terkini melibatkan Asasi dan Diploma yang ditawarkan oleh UiTM bagi sesi tahun akademik 2021/2022:

senarai asasi diploma uitm 21 22 Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

senarai asasi diploma uitm 21 22 a Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

senarai asasi diploma uitm 21 22 b Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

senarai asasi diploma uitm 21 22 c Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

senarai asasi diploma uitm 21 22 d Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

Semoga perkongsian berkaitan senarai kursus pengajian diatas memberikan informasi yang membantu untuk anda.

Related : permohonan upu membuat permohonan shah alam maklumat lanjut untuk membuat pentadbiran perniagaan