BPKP
Semakan Keputusan Matrikulasi 2025 – 2026 Online (Tawaran & Rayuan)

Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat application secara online ke Program Matrikulasi KPM. Semakan keputusan Matrikulasi tahun 2025 dijangka akan diumumkan selepas result SPM diumumkan berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya tawaran boleh disemak secara online dalam tempoh sebulan selepas result exam SPM diumumkan.
Sebagai rujukan, application ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dibuka pada bulan Disember yang lalu.
Isi Kandungan
Semakan Tawaran Kemasukan Matrikulasi Sesi 2025 – 2026 Online
Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian Program Matrikulasi, application Matrikulasi boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui Aplikasi Matrikulasi KPM. Lulusan Matrikulasi yang lulus cemerlang boleh membuat permohonan masuk ke UA/ IPTA melalui application UPU online.
Keputusan Matrikulasi KPM 2025 Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Semakan Tawaran Matrikulasi 2025-2026 Online meliputi tarikh penting semakan, cara semakan dan pautan applikasi semakan.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Kaedah Semakan Keputusan Matrikulasi 2025
Semakan Keputusan Matrikulasi sesi 2025-2026 secara Online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat permohonan rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
i) Tarikh Rasmi Keputusan
- 2025 : 21 Mei 2025 (Hari Rabu, mulai jam 1000 pagi)
ii) Applikasi Semakan Secara Online
- Aplikasi semakan : MOE
- Tarikh pendaftaran adalah tertera pada surat tawaran.
Pelajar yang layak menerima tawaran hendaklah perlu:
- a) layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
- b) membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
- c) mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.
Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.
Bagi pelajar tahfiz yang memilih mata pelajaran Hifz Al-Quran, pelajar perlu mengemukakan salinan Sijil Tahfiz KPM/ Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/ Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/ mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM atau Majlis/ Yayasan Agama Islam Negeri semasa pendaftaran secara fizikal di kolej.
Nota Penting
- Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
- Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-
- i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
- ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
- iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
- Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan
- Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
- Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
- Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan bermula pada 22 atau 23 Jun 2025
- Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,250.00 bagi setiap semester (satu semester selama 5 bulan). Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar pada tarikh yang ditetapkan selepas dokumentasi dilengkapkan
iii) Semakan Melalui SMS
Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan (Tidak termasuk GST)
Permohonan Rayuan Matrikulasi
Untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran,
- Rayuan kemasukan bagi tahun 2025 bermula 21 Mei hingga 21 Jun 2025 secara dalam talian
Kelebihan Menyambung Pengajian Di Program Matrikulasi
Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.
Keistimewaan Program Matrikulasi KPM adalah :-
- a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara
- b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan
- c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017)
- d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar
- e) Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh merujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan:
- 03 8884 4031/ 4035/ 4036/ 4037 (waktu pejabat).
- Kaunter Pertanyaan
21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya - Soalan Lazim (FAQ)
Selamat membuat Semakan. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM.
Related : untuk makluman, matrikulasi sesi 2021 2022, surat rayuan, keputusan peperiksaan, 2020 yang telah membuat, bahagian matrikulasi kementerian pendidikan, bulan april, 30 hari bekerja, selepas 26 27 julai 2021 minggu pengurusan pelajar baharu, salinan keputusan spm, secara dalam talian, tarikh keputusan,