Result

Semakan Keputusan STAM 2023 Online & SMS (Check Result)

Makluman kepada calon-calon STAM, semakan keputusan peperiksaan STAM boleh disemak secara online dan SMS. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah peperiksaan awam yang melibatkan calon berdaftar dari sekolah menengah agama negeri (SMA). Selain itu, calon STAM juga terdiri daripada pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah menengah agama rakyat. STAM juga melibatkan calon luar negara, calon persendirian dan calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Berikut dikongsikan Tarikh Dan Cara Semakan Keputusan STAM 2023 Secara Online Dan SMS

Untuk makluman, Sijil STAM merupakan syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Al Azhar, Mesir menggantikan 26 sijil yang dikeluarkan oleh negeri-negeri berasingan. Kini, STAM juga diiktiraf setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang membolehkan pemegang sijil untuk memohon IPTA di Malaysia.

info semak keputusan stam Semakan Keputusan STAM 2023 Online & SMS (Check Result)

Tarikh Dan Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023

Di bawah  dikongsikan maklumat berkenaan semakan keputusan STAM 2023 seperti tarikh dan cara kaedah yang boleh dibuat untuk menyemak.

Tarikh semakan sejurus pengumuman rasmi dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut :-

Tarikh Keputusan STAM Diumumkan
Tarikh buka26 Mac 2024 (Selasa)
Masa10 pagi

Kaedah Semakan

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menyediakan sistem semakan secara online dan sms bagi memudahkan calon-calon menyemak keputusan peperiksaan yang telah mereka duduki.

Menerusi kenyataan media KPM, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

A) Secara Online

Sistem aplikasi bagi semakan keputusan penuh STAM 2023 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi. Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi bagi calon-calon membuat semakan :-

Aplikasi Semakan Atas Talian
Myresult STAM

B) Semak Melalui SMS

Sistem semakan secara SMS juga disediakan untuk pelajar mendapatkan ringkasan keputusan. Perkhidmatan akan diaktifkan dari jam 1000 pagi, pada tarikh rasmi keputusan diumumkan sehingga jam 600 petang, 1 April 2024

Berikut adalah ringkasan cara melakukan semakan melalui khidmat SMS.

SMS
Taip: STAM (jarak) NO IC (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 68886
Contoh: STAM 012301014765 MP033S014 dan hantar ke 68886

Nota

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Pangkat Sijil STAM

Gred atau format penyata keputusan pencapaian STAM yang digunakan bagi setiap mata pelajaran dalam menentukan kedudukan pelajar adalah seperti berikut:

Jenis Pencapaian
MumtazCemerlang
Jayyid Jiddan
Sangat Baik
JayyidBaik
Maqbul
Lulus
RasibGagal

Semoga perkongsian mengenai tarikh dan cara semakan secara online dan SMS membantu calon-calon STAM.  Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan semoga maju jaya dalam bidang yang diceburi di masa hadapan.