Nota

Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM (Digital Download)

Pelbagai ciri menarik telah ditambah bagi menarik minat pelajar membaca dan merujuk buku teks yang digunakan di sekolah. Antara ciri tersebut adalah terdapat QR code di bahagian tertentu buku tersebut yang membawa pelajar ke laman video dengan naratif, kuiz interaktif dan info tambahan. Oleh itu, berikut dikongsikan Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM (Digital Download) untuk rujukan semua khususnya pelajar dan guru-guru.

Buku ini telah ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendekatan melalui pengajaran dan pembelajaran STEM juga didedahkan menggunakan konsep inkuiri, penyelesaian masalah atau projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi. Pelajar secara langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi serta membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

Download Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM Digital

Di bawah adalah perkongsian mengenai sukatan bab dan cara memuat turun Buku Teks Form 2 Science KSSM (Digital Download) untuk anda.

Sebagai makluman, sebanyak empat tema yang diketengahkan untuk mata pelajaran ini iaitu penyenggaraan dan kesinambungan hidup, penerokaan unsur dan alam, tenaga dan kelestarian hidup, penerokaan bumi dan angkasa lepas.

Sukatan Bab Sains Tingkatan 2

Di bawah adalah sub-topik mengikut bab-bab yang terkandung dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2:

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Tema 1 : Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

Apakah kepentingan biodiversiti kepada manusia?

Bagaimanakah manusia dapat mengekalkan keseimbangan alam?

Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat?

Apakah amalan-amalan yang dapat memelihara sistem pertahanan badan kita?

Bab I Biodiversiti

Kepelbagaian organisma, sama ada mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan disebut sebagai biodiversiti. Biodiversiti wujud akibat kepelbagaian habitat dan cuaca. Organisma yang berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza untuk menyesuaikan diri dan bermandiri di habitat masing-masing

  1. Kepelbagaian Organisma
    • Tahukah anda negara kita, Malaysia merupakan salah satu daripada 12 buah negara mega biodiversiti di dunia? Keadaan di Malaysia yang beriklim khatulistiwa menjadikannya habitat yang sangat sesuai bagi pelbagai jenis organisma.
  2. Pengelasan Organisma
    • Dua kumpulan utama organisma ialah haiwan dan tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan pula boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan kecil lagi berdasarkan ciri sepunya dan ciri yang berbeza.

Bab II Ekosistem

Bagaimanakah tenaga dialirkan dalam suatu ekosistem? Apakah jenis interaksi yang wujud antara hidupan? Bagaimanakah pengetahuan tentang interaksi antara hidupan diaplikasikan dalam bidang pertanian?

  1. Aliran tenaga dalam ekosistem
    • Tahukah anda bahawa sumber tenaga dalam semua ekosistem berasal dari Matahari? Tumbuhan hijau menukarkan tenaga cahaya dari Matahari kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis. Tenaga kimia tersebut dipindahkan kepada pengguna primer dan seterusnya kepada pengguna sekunder dan kepada pengguna tertier dalam rantai makanan dan siratan makanan.
  2. Kitar nutrien dalam ekosistem
    • Pemindahan nutrien dan tenaga berlaku secara berterusan dalam suatu ekosistem. Nutrien diperoleh dari ekosistem yang seimbang dan digunakan oleh benda hidup. Kemudian, nutrien dikembalikan ke persekitaran untuk digunakan semula. Kitaran ini disebut sebagai kitar nutrien. Masihkah anda ingat contoh kitar nutrien, iaitu kitar air, kitar karbon dan kitar oksigen yang dipelajari semasa Tingkatan Satu? Apakah peranan benda hidup dalam kitar-kitar tersebut?
  3. Saling bersandaran dan interaksi antara organisma dan antara organisma dengan persekitaran
    • Organisma dalam suatu ekosistem saling bersandaran antara satu sama lain untuk memastikan kemandirian spesies. Organisma ini juga saling bersandaran dengan komponen-komponen bukan hidup dalam persekitaran seperti air, cahaya, udara dan tanah.
  4. Peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan alam

Bab III Nutrisi

Apakah jenis makanan yang dapat memberi tenaga kepada kita?

Bagaimanakah keperluan tenaga individu berbeza dengan individu lain?

Apakah yang berlaku kepada makanan yang kita makan?

  1. Kelas makanan
    • Makanan kita terbahagi kepada tujuh kelas utama, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air. Setiap kelas makanan mempunyai fungsi tertentu.
  2. Kepentingan gizi seimbang
    • Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang betul.
  3. Sistem pencernaan manusia
    • Apakah organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan manusia? Sistem pencernaan manusia terdiri daripada satu tiub yang disebut sebagai salur pencernaan dan beberapa organ lain seperti hati, pundi hempedu dan pankreas. Salur pencernaan ialah tiub panjang yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur.
  4. Proses penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan serta penyahtinjaan
    • Makanan tercerna yang terdiri daripada molekul-molekul kecil mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah melalui dinding usus kecil. Molekul-molekul kecil tersebut kemudiannya dibawa ke seluruh bahagian badan.

Bab IV Kesihatan Manusia

  1. Penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit
    • Penyakit merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan kepada seseorang individu. Penyakit boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.
  2. Pertahanan badan
  3. Patogen memasuki badan melalui sistem respirasi, sistem pencernaan, sistem perkumuhan dan kulit. Patogen perlu dimusnahkan oleh badan. Tahukah anda kita mempunyai strategi untuk mempertahankan badan daripada serangan penyakit?

Tema II : Penerokaan Unsur Dalam Alam

Bab V Air dan larutan

Bagaimanakah air di dalam akuarium dirawat supaya ikan dapat hidup di dalamnya?

Adakah botol minyak masak perlu digoncang sebelum digunakan?

Apakah kesan pencemaran air kepada hidupan akuatik?

Bagaimanakah larutan tepu terhasil?

Mengapakah air dikenali sebagai pelarut semesta?

  1. Sifat fizik air
    • Air merupakan keperluan asas bagi semua hidupan di Bumi. Tanpa air, semua hidupan tidak dapat hidup. Lebih 70% permukaan Bumi dilitupi oleh air. Air mempunyai ciri-ciri yang unik. Air tulen tidak berwarna, tidak berbau, tiada rasa dan wujud sebagai cecair pada suhu bilik.
  2. Larutan dan kadar keterlarutan
    • Apa yang akan terjadi pada gula yang dimasukkan ke dalam air? Zat terlarut ialah bahan yang boleh melarut di dalam cecair, manakala pelarut ialah cecair yang boleh melarutkan bahan. Oleh itu, gula ialah zat terlarut dan air ialah pelarut. Larutan ialah hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut di dalam pelarut. Oleh itu, air gula yang dihasilkan ialah larutan
  3. Pembersihan dan pembekalan air

Bab VI Asid dan alkali

Mengapakah sesetengah buah berasa masam?

Apakah nilai pH bagi air tulen?

Adakah sengat lebah berasid?

  1. Sifat asid dan alkali
  2. Peneutralan
    • Apakah yang akan berlaku jika asid bercampur dengan alkali? Tindak balas antara asid dengan alkali akan menghasilkan garam dan air. Tindak balas ini disebut sebagai peneutralan. Semasa peneutralan, asid hilang sifat asidnya dan alkali hilang sifat alkalinya. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan tindak balas ini disebut sebagai pentitratan.

Tema III : Tenaga & Kelestarian Hidup

Bab VII Keelektrikan dan Kemagnetan

Bagaimanakah angin dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik?

Apakah tenaga yang diperlukan untuk kenderaan bergerak?

Apakah yang menyebabkan kejadian kilat?

Mengapakah kompas sentiasa menunjukkan arah utara-selatan?

  1. Keelektrikan
  2. Pengaliran arus elektrik dalam litar bersiri dan litar selari
  3. Kemagnetan

Bab VIII Daya dan Gerakan 

Semua aktiviti dalam kehidupan harian melibatkan daya. Kita memerlukan daya untuk menghasilkan gerakan. Apakah maksud daya?

Apakah kesan daya terhadap aktiviti kehidupan harian?

  1. Daya
    • Daya ialah tarikan atau tolakan yang dikenakan ke atas suatu objek.
    • Hampir semua aktiviti harian melibatkan daya seperti membuka tin makanan, menekan suis dan menolak pintu. Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, misalnya daya graviti, berat, daya normal, daya geseran, daya elastik dan daya apungan.
  2. Kesan daya
    • Daya tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan. Apabila suatu daya dikenakan pada suatu jasad, daya itu boleh mengubah bentuk, saiz dan gerakan jasad

Bab VIV Haba

Mengapakah bangunan tinggi dipasang dengan cermin yang berkilau?

Mengapakah gelas kaca yang tebal pecah apabila diisi dengan air panas?

Bagaimanakah termometer berfungsi?

Mengapakah unggun api dinyalakan pada waktu malam yang sejuk?

Bagaimanakah haba memberi kesan kepada gas?

  1. Hubung kait suhu dengan haba
    • Haba diperoleh daripada pelbagai sumber seperti Matahari, peralatan elektrik dan pembakaran bahan api. Haba merupakan satu bentuk tenaga. Haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Apakah pula yang dimaksudkan dengan suhu? Suhu ialah sukatan darjah kepanasan atau kesejukan suatu objek. Suhu meningkat dalam persekitaran yang panas dan menurun dalam persekitaran yang sejuk. Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer.
  2. Pengaliran haba dan keseimbangan haba
  3. Prinsip pengembangan dan pengecutan jirim
  4. Hubung kait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Bab X Gelombang Bunyi

Bolehkah gelombang bunyi merambat sehingga ke dasar laut?

Bagaimanakah telinga bergerak balas terhadap bunyi?

Apakah yang dimaksudkan dengan gema?

Apakah had deria pendengaran manusia?

  1.  Ciri gelombang bunyi
  2. Kenyaringan dan kelangsingan bunyi
  3. Fenomena dan aplikasi pantulan gelombang bunyi

Tema IV : Penerokaan Bumi Dan Angkasa Lepas

Bagaimanakah manusia meneroka Bumi dan angkasa lepas?

Apakah teknologi yang digunakan oleh manusia untuk meneroka Bumi dan angkasa?

Adakah terdapat planet lain dalam Sistem Suria kita selain Bumi yang dapat menampung kehidupan?

Apakah yang mungkin terjadi jika berlaku perlanggaran meteoroid, asteroid dan komet dengan Bumi?

Bab XI Bintang dan galaksi dalam alam semesta

  1. Bintang dan galaksi alam semesta
    • Apakah maksud galaksi? Di manakah sistem suria kita terletak? Bagaimanakah pembentukan dan kematian bintang berlaku? Bagaimanakah bintang-bintang di angkasa berbeza antara satu sama lain?

Bab XII Sistem Suria

Apakah planet-planet yang terdapat dalam sistem suria?

Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berhenti berputar?

Adakah terdapat planet lain yang boleh menampung hidupan seperti di Bumi?

  1. Sistem suria

Bab XIII Meteoroid, Asteroid, Komet

Apakah perbezaan antara meteoroid, asteroid dan komet?

Apakah yang akan terjadi jika berlaku perlanggaran meteoroid, asteroid atau komet dengan Bumi?

  1. Jasad lain dalam sistem suria iaitu Meteoroid, Asteroid dan komet

Muat Turun (Dalam PDF) Buku Teks Form 2 Science

Anda boleh memuat turun salinan digital buku teks pada pautan di bawah:

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda dalam mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Related : pengenalan buku teks 2 bab bahan bahan untuk mendapatkan untuk membuat 3 soalan bab 5 air dan larutan format pdf spm 2018, penting untuk sekolah menengah, buku teks digital sains