BPKP

Senarai Program Asasi Yang Ditawarkan Di UA/ IPTA

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahukah anda program-program asasi yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia? Terdapat lebih 40 program asasi yang ditawarkan di universiti-universiti awam. Oleh itu, di bawah dikongsikan informasi berkaitan senarai program Asasi IPTA untuk panduan semua.

Program Asasi yang juga dikenali sebagai Foundation merupakan peringkat pengajian yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM. Selain itu, pelajar juga layak untuk memohon program Matrikulasi yang menawarkan tempoh pengajian yang sama di Asasi iaitu selama 1 atau 2 tahun. Dengan menempatkan diri ke dalam program asasi, peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah lebih baik jika anda menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang.

Senarai Program Asasi Universiti Awam

Berikut adalah perincian informasi berkaitan senarai program asasi IPTA yang di tawarkan oleh universiti-universiti awam di seluruh Malaysia. Untuk makluman anda, terdapat dua jenis kategori Asasi yang ditawarkan oleh IPTA iaitu:

  • Kategori Terbuka : Universiti lain akan mengiktiraf program Asasi pelajar dan layak untuk memohon pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti lain.
  • Kategori Tertutup : Hanya Universiti yang menyediakan program tersebut akan mengiktiraf program asasi sendiri tanpa menerima lepasan asasi daripada universiti lain.

Baca juga: Maklumat Tawaran Program PISMP

Syarat Umum Kemasukan Program Asasi

Untuk makluman calon-calon, program asasi yang ditawarkan di IPTA terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki sijil SPM dengan mendapat skurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah. Pelajar juga akan dipilih ke program asasi berdasarkan merit dan syarat am kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA yang dipohon.

Selain itu, program asasi dibuka berdasarkan beberapa jenis pemohon mengikut kursus pengajian yang ditawarkan. Kursus pengajian berikut dibuka kepada semua jenis pemohon yang berkelayakan:

  1. Universiti Malaya (UM): Asasi Pengajian Islam
  2. Asasi UPM
  3. Asasi UPNM
  4. Tamhidi USIM
  5. Asasi UKM
  6. Asasi UUM

Manakala program asasi di bawah hanya terbuka kepada pemohon yang berketurunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sarawak dan Sabah sahaja (Bumiputera):

  1. Asasi UiTM
  2. Asasi UIAM
  3. Universiti Malaya (UM): Asasi Sains
  4. Asasi Unimas
  5. Asasi UMS
  6. Asasi UniSZA
  7. Asasi STEM UMT

Program Asasi Yang Ditawarkan Mengikut IPTA

Di bawah adalah senarai program asasi yang ditawarkan mengikut IPTA sebagai panduan untuk semua.

Universiti Malaya (UM)

  1. Sains hayat
  2. Sains fizikal
  3. Pengajian Islam dan sains
  4. Pengajian Islam

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

  1. Sains
  2. TESL
  3. Kejuruteraan
  4. Undang-Undang KPM
  5. Undang-Undang UiTM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  1. Sains hayat
  2. Sains fizikal
  3. Sains kesihatan bersekutu
  4. Kejururawatan
  5. Farmasi
  6. Pergigian
  7. Perubatan
  8. Sains Kemanusiaan
  9. Bahasa Inggeris
  10. Bahasa Arab
  11. Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa
  12. Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa
  13. Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa
  14. Ekonomi & Sains Pengurusan
  15. Perancangan Pelancongan Dan Perancangan Hospitaliti
  16. Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar
  17. Kejuruteraan dan Sains Komputer
  18. Undang-Undang

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

  1. Sains dan Perubatan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

  1. STEM

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  1. Sains

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  1. Pintar

Universiti Putra Malaysia (UPM)

  1. Sains Pertanian

Universiti Utara Malaysia (UUM)

  1. Asasi Pengurusan

Universiti Malaysia Sarawak (UMS)

  1. Sains Hayat
  2. Sains Fizikal

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

  1. Perubatan
  2. Pengurusan Dan Strategi
  3. Kejuruteraan dan Teknologi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  1. Tamhidi Perakaunan Dan Muamalat
  2. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

Sumber: Carian Program Pengajian MOHE

Maklumat Lanjut

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No. 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200, W.P.
    Putrajaya.
  • No. Telefon : 03-8870 8200 / 6767 / 6777

Diharapkan perkongsian di atas berkenaan senarai program Asasi IPTA dapat membantu anda dalam memilih program pengajian. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga berjaya dalam mencapai kecemerlangan demi masa hadapan.