Sekolah

Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2020 & 2021 boleh membuat pendaftaran permohonan murid ke tahun 1 sekolah kerajaan untuk tahun 2027. Berikut dikongsikan cara daftar murid tahun 1 secara permohonan online buat panduan semua mereka yang terlibat tidak kira di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah/ Sarawak.

Proses pembelajaran peringkat sekolah rendah akan bermula di Tahun 1 setelah murid tamat PraSekolah. Ianya tamat di tahun 6 iaitu selepas tamat menduduki peperiksaan UPSR. Seterusnya murid akan memasuki sekolah menengah untuk menduduki peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 Tahun 2027 Secara Online 

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) atau Darjah 1 ke Sekolah Rendah Kerajaan melibatkan sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan W.P labuan bagi sesi 2027.

Ibu bapa atau penjaga murid yang melepasi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menggunakan sistem aplikasi borang pendaftaran atas talian di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam atau ringkasnya MOiES KPM (idme.moe.gov.my).

Kenyataan Media KPM Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027

daftar tahun 1 2027 Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)

Tarikh Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 2027

Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2027 akan dibuka secara online bermula dari tarikh berikut :-

  • 15 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026 (Tarikh buka dan tutup)

Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendaftar permohonan pendaftaran secara online pada tarikh yang dinyatakan bagi membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Syarat Kelayakan Daftar Murid Tahun 1 2027

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :

✅ Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:

  • 👧🏻👦🏻 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan – 31 Dis 2021
  • 👧🏻👦🏻 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021

✨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.

Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online

Berikut adalah cara membuat pendaftaran murid ke Tahun 1 Sekolah Kerajaan untuk negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak yang boleh dibuat seperti berikut :-

i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan sistem aplikasi pendaftaran secara atas talian/ online iaitu di Sistem Pengurusan Identiti (IDME KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

daftar tahun 1 20271 Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2027 Online (Darjah Satu)

Langkah-langkah untuk membuat daftar murid Tahun 1 secara online adalah seperti berikut:-

  1. Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan (menggunakan id pengguna)
  2. Untuk pengguna baru IDME KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA. mengunakan ID pengenalan penjaga
  3. Cara daftar dan mendapatkan kata laluan boleh dirujuk di Manual Pengguna

Pemohon boleh memulakan pengisian borang permohonan secara online dengan memberikan maklumat yang perlu diisi seperti berikut :-

  1. Maklumat prasekolah/ tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Langkah Permohonan eDaftar Tahun 1

  1. Layari laman IDME KPM
  2. Pada paparan utama, klik tab Aplikasi dan pilih Modul Pengurusan Awam
  3. Klik Pengurusan Profil dan kemaskini Maklumat Peribadi, Maklumat Pasangan, Maklumat Anak Jagaan dan klik Simpan selepas selesai kemaskini secara lengkap
  4. Kemudian klik Permohonan Kemasukan dan klik pada Permohonan Kemasukan Tahun 1
  5. Klik Mohon pada nama anak yang dipaparkan
  6. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan.
  7. Muat naik dokumen-dokumen mengikut format dan saiz yang ditetapkan.
  8. Buat pengesahan permohonan dan klik Cetak Permohonan
  9. Borang sokongan perlu dicetak dan dihanta sekali dengan borang permohonan
  10. Untuk panduan lebih terperinci, rujuk Manual Pendaftaran Tahun 1

Info Ambilan 2026/ 2027

iii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan dari pihak sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1 2027

Berikut dikongsikan beberapa soalan lazim yang selalu ditanya oleh orang ramai berkaitan permohonan Pendaftaran Murid ke Tahun 1:-

1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.

2. Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my

4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

6. Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?

Klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.

Maklumat Lanjut & Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
Email : supportidMe@moe.gov.my

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia beserta alamat dan no telefon serta laman web yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-

Check Status Pendaftaran Murid Tahun 1 2027 Online

Berdasarkan kepada rekod tarikh tahun lepas, status pendaftaran Tahun 1 akan diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Untuk murid yang berjaya dalam permohonan, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa bersama pada hari pertama penggal persekolahan bermula.

  • Pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan/ pendaftaran boleh membuat rayuan selepas status pendaftaran murid tahun 1 diumumkan

Semoga perkongsian cara Daftar Murid Tahun 1 ambilan 2027 Online (Darjah Satu) boleh dijadikan panduan buat semua terutama mereka yang pertama kali membuat permohonan secara online. Semoga permohonan anda berjaya diluluskan.

Ref : mendaftarkan anak, kemasukan ke tahun 1, secara manual, sebarang pertanyaan, tahun 1 sesi persekolahan