Sekolah
Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 Secara Online

Adakah anda seorang pelajar Tahun Enam yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2026? Ini merupakan berita baik yang telah dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 melalui laman aplikasi e-SSeM.
Tumpuan yang menjurus ke arah ibu bapa yang berminat serta ingin tahu bagi peluang kepada anak mereka yang berbakat. Ini adalah peluang untuk menganjur anak anda supaya mengambil peluang ini supaya bakat yang terpendam dapat dipupuk daripada peringkat awal. Sekolah Seni Malaysia adalah pilihan terbaik untuk mengilap bakat anak anda.
Isi Kandungan
Tarikh Dan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 Online
Seperti yang sedia maklum, Sekolah Seni Malaysia adalah merupakan sebuah Institusi Pendidikan Formal satu sesi. Sekolah ini ada menyediakan kemudahan bagi menggarap dan menggilap potensi dan bakat diri generasi muda yang tergolong daripada para pelajar muda untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara kreatif dan aktif.
Perkongsian ini memberikan panduan dan maklumat penting untuk Permohonan Sekolah Seni Malaysia bagi Pengambilan untuk Tahun 2026. Di mana ianya boleh di mohon secara online.
- Applikasi untuk Permohonan : Dengan menekan laman sesawang e-SSeM
Tarikh Permohonan Dibuka
- Permohonan boleh dilakukan pada 15 Julai 2025
Tarikh Tutup Permohonan
- Tarikhnya telah ditetapkan pada 15 September 2025
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2026:
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Pengambilan pelajar ke SSeM hanya dibuka untuk ke Tingkatan 1 sahaja dan tiada pengambilan untuk ke Tingkatan 2, 3, 4 atau 5.
Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:
- Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L
- Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara
Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
- SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Syarat Kemasukan
Syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Bidang Kesenian Yang Ditawarkan & Subjek Mata Pelajaran
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Muzik
- Tarian
- Teater / Seni Lakonan
- Seni Visual
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Pendidikan Kesenian – seni muzik
- Pendidikan Kesenian – seni tari
- Pendidikan Kesenian – seni teater
- Pendidikan Kesenian – seni visual
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
Teras:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik Moden
- Sains
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Elektif Kesenian
- Muzik
- Tari
- Teater
- Seni Halus
- Komunikasi Visual
- Reka Bentuk
Elektif Kemanusiaan
- Prinsip Akaun
- Perdagangan
- Kesusasteraan Melayu
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan. Anda boleh hubungi
- No tel : 03-8872 1616 / 03-8884 1012 atau emel ke mohonssem@moe.gov.my
Ucapan khas kepada pelajar serta para ibu/bapa semoga selamat melakukan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 secara Online! Dengan penuh Harapan juga. Semoga pelajar atau anak anda berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia!
Rel : generasi murid untuk menceburi, bakat diri generasi murid, murid untuk menceburi aktiviti





