Sekolah

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 (Sesi Januari & Julai)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) bagi mengumpul pelajar yang berpotensi menjadi atlet negara. Inisiatif ini dapat memastikan bakat yang cemerlang dalam sukan dan akademik dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih serta guru yang terpilih. Konsep SSM adalah sama seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari aspek pengurusan dan pentadbiran tetapi dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 secara online untuk sesi ambilan Januari dan Julai.

Sekolah Sukan Malaysia mempunyai objektif untuk meningkatkan tahap pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pelajar-pelajar atlet dalam bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik. Sehingga hari ini, lebih 25 jenis sukan yang akan dilatih dan mempunyai kemudahan infrastruktur bagi pelajar-pelajar berlatih untuk menjadi atlet di peringkat dunia. Atlet terjun negara, Pandalela Rinong dan Bryan Nickson Lomas merupakan antara produk Sekolah Sukan Malaysia yang berjaya sehingga ke peringkat dunia.

infografik sekolah sukan malaysia Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 (Sesi Januari & Julai)

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 Sesi 1 & Sesi 2 Online

Di bawah akan dikongsikan maklumat seperti tarikh dan cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan dua kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai.

Tarikh Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Berdasarkan pada Portal SPASSM, tarikh permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia adalah seperti berikut:

Tarikh Penting Pencalonan
Ambilan 1/2024
Tarikh buka1 Oktober 2023
Tarikh tutup6 November 2023
Ambilan 2/2022
Tarikh buka15 April 2022
Tarikh tutup15 Mei 2022

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia 2024

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia bagi ambilan tahun 2024 hanya boleh dilakukan oleh pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Kemasukan Ambilan Julai hanya dilaksanakan untuk:

  • a. menggantikan atlet murid yang berpindah atas sebab berikut:
    • i. permohonan ibu bapa;
    • ii. digugurkan hasil mesyuarat dialog prestasi di mana atlet murid telah diberi ruang, dipantau dan dibimbing oleh jurulatih(laporan prestasi disertakan)
  • b. bakat baru yang dikenalpasti.

Pencalon yang dinyatakan boleh mencalonkan pelajar melalui sistem aplikasi yang disediakan oleh KPM. Berikut adalah pautan aplikasi permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia:

Aplikasi Permohonan Sekolah Sukan Malaysia
SPASSM KPM

Syarat Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024

Pelbagai syarat dikenakan kepada pelajar bagi menapis calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia. Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia:

Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia
2. Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search/ Talent Scouting)
3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan
5. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

Di bawah pula adalah syarat khusus permohonan mengikut kategori bagi kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia:

Syarat Khusus

Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6:
1. Keutamaan adalah untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan
2. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS)
Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 1:
1. Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR
2. Telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 2 hingga 5:
1. Pemohon perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)

Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun, calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia

Terdapat lima buah Sekolah Sukan Malaysia yang telah disediakan oleh KPM. Empat daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia dan satu terletak di Sabah. Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia beserta informasi mengenai sekolah tersebut:

Nama, Alamat & Laman Web
NoNama sekolahAlamatLaman web rasmi
1Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)Kompleks Sukan Negara, 57000, Kuala Lumpurbjss.edu.my
2Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)Bandar Penawar, 81930, Bandar Penawar, Johorsstmi.edu.my
3Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)Lot 50393, Jalan Lapangan Terbang, 21300, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganussmt.edu.my
4Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)Jalan Bandar Gambang 10, Bandar Gambang, 26300, Kuantan, Pahangssmpahangv2.wixsite.com/ssmp
5Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)Peti Surat 18472, 88875, Kota Kinabalu, Sabah sites.google.com/site/ssmsabahkk/