Sekolah

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026 Online

Makluman buat pemohon dan ibu bapa yang telah membuat application ke Sekolah Seni Malaysia bagi ambilan tahun 2026. Pelajar-pelajar tahun enam pada tahun 2025 berpeluang untuk memohon penempatan bagi Tingkatan 1 di Sekolah Seni Malaysia. Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan sebagai alternatif kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni. Di samping itu, pemohon dapat mengutamakan perkembangan akademik dan boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni yang diceburi.

Info yang boleh dikongsi mengenai SSeM adalah dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik. SSeM menawarkan 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSEM) 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti tarikh dan cara melakukan semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia bagi ambilan tahun 2026. Sebelum mendapat kelayakan untuk memohon, pemohon perlu melalui Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat yang merupakan salah satu syarat sebelum mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia.

Sesi serlahan bakat akan dilakukan di sekolah yang di mohon dan pihak sekolah akan maklumkan kepada pemohon maklumat berkenaan sesi tersebut.

Semakan Serlahan Seni

Tarikh rasmi semakan keputusan serlahan seni di Sekolah Seni Malaysia akan dikemaskini. Berdasarkan tarikh pada tahun sebelumnya, keputusan serlahan seni boleh dilakukan pada bulan Oktober bermula jam 2.00 petang.

Tarikh Semakan Serlahan Seni SSeM

 

Tarikh bukaAkan dikemaskini
MasaAkan dikemaskini

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Seni Malaysia

Tarikh rasmi semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia akan dikemaskini. Berdasarkan tahun sebelumnya, berikut adalah tarikh semakan dibuka:

Tarikh Semakan Keputusan SSeM

 

Tarikh buka— Januari/ Februari 2026
Tarikh tutup— Februari 2026

NOTA : Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh keputusan tawaran diumumkan. Rayuan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Semakan Rayuan Ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 boleh dibuat bermula tarikh yang akan dikemaskini

Kaedah Cara Semak Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan sistem aplikasi semakan atas talian ke Sekolah Seni Malaysia. Melalui sistem ini, pemohon boleh melihat pengumuman terkini, melakukan application dan juga semakan serta informasi berkaitan dengan Sekolah Seni Malaysia.

Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi semakan keputusan ke Sekolah Seni Malaysia:

Aplikasi Semakan SSeM
eSSeM KPM

Jika pemohon atau penjaga mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan berkenaan semakan keputusan  ke SSeM, anda boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia di:

  • 03-8872 1616 / 03-8884 1012

ATAU

  • emelkan pertanyaan ke: mohonssem@moe.gov.my

Soalan Lazim Sekolah Seni Malaysia

Berikut adalah diantara soalan yang kerap ditanya berkaitan info umum dan semakan Sekolah Seni Malaysia beserta jawapannya :-

i) Berapakah jumlah Sekolah Seni Malaysia dan di manakah lokasinya?

Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
  2. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
  3. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L
  4. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:

  1. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

ii) Adakah Sekolah Seni Malaysia adalah Sekolah Berasrama Penuh?

Tidak. Sekolah Seni Malaysia beroperasi berkonsepkan sekolah berasrama penuh

iii) Bilakah pendaftaran murid ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dibuat?

Pendaftaran murid tingkatan satu Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat pada minggu ketiga Februari (tertakluk kepada perubahan)

iv) Adakah Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni juga mengambil murid selain daripada tingkatan satu?

Tidak. Pengambilan murid hanya untuk tingkatan satu sahaja

v) Bolehkah rayuan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dibuat?

Boleh. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi.

vi) Bagaimanakah cara membuat rayuan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Rayuan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, perlu dibuat secara atas talian )online) sahaja

Untuk maklumat selanjutnya, Klik Soalan Lazim Sekolah Seni Malaysia

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah yang gemilang ini. Semoga mencapai kejayaan yang diinginkan dan menjadi kebanggaan keluarga dan negara.